Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi info cara semakan keputusan SPM 2016 secara online.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Calon SPM 2016 terutama Kakak pasti berdebar-debar menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada 16/3/17. Menurut satu kenyataan hari ini, calon boleh semak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Semakan Keputusan SPM 2015 Secara Sms
Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.
- Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 16.03.17 hingga 22/3/2017 jam 6.00 pm.
Semakan keputusan SPM 2016 secara online
Sila klik Sistem Semakan Online Keputusan SPM 2016 Lembaga Peperiksaan.
Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2016 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan. Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.
Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.
Berhati-hati kepada yang memandu dan menunggang motorsikal untuk pergi mengambil keputusan dan pulang dari mengambil keputusan SPM. Banyak sudah berlaku kejadian yang tidak diingini.
Kepada ibu bapa sebelum share di sosial media keputusan SPM, tanya anak dia selesa ke?
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
33 Comments
sekarang ni dah macam macam cara utk semak SPM.. dulu wajib ambil sijil dengan cikgu kat sekolah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Lepasan SPM boleh isi borang online SPA untuk mohon kerja lulusan SPM atau masuk ke latihan Separa Perubatan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam
Mudah dan cepat je sekarang ni, semuanya di hujnung jari kalau mahu semak keputusan SPM dalam talian
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Sinopsis J Revolusi
tahniah kepada semua Calon-calon SPM 2016, semoga keputsan yang diperolehi menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya. Kepada yang lemah, teruskan usaha. gagak sekali tak bermakna gagal selamanya..
Curahan rasa Wan Syahida @ ..Dulu Saya Pernah Benci, Tapi Kemudian Saya Jadi Suka
budak sekarang pandai pandai sbb banyak pendedahan. beza dgn dulu. yg tak berjaya jgn ingat SPM penentu segalanya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lazada Birthday Blogger Contest
Kepada mereka yang berjaya dalam SPM tahniah diucapkan..
Kepada mereka kurang berjaya.. Cuba dan terus mencuba..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..10 Tip Usahawan Dari Tony Fernandez
Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir, masih banyak lagi peluang ada.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips jadikan blog sebagai mall jualan
SPM bukan penentu rezeki. ramai je yang berjaya walaupun tak dpt 10A dlm spm. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lazada Birthday Blogger Contest
mudah sekarang ni, siap ada sms, online pun boleh. serba serbi pantas. kita dulu memang kena gi sekolah untuk tgk result
Curahan rasa raihanah @ ..Resveratrol Dalam Vivix Bantu Mitokondria Tingkatkan Tenaga Sel
dulu macam macam mane pu kena pergi semak kat sekolah.. pastu cikgu letak kat papan kenyataan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Belajar Buat Blog
Apa-apa keputusan yang dapat, terima dengan hati yg redha..fokus pada episod seterusnya
Curahan rasa JMR @ ..Percutian Sempurna di Bayou Lagoon Park Resort
Zaman sekarang ada pelbagai jenis orang, ada yang bawak rombongan cik kiah, ada yang esoknya baru datang. ada yang anak-anak aje datang ada yang tak datang langsung cek online sahaja.
Curahan rasa Mrs. A @ ..Kejohanan Pencak Silat
terpulang kepada calon SPM sendiri..
nak semak secara online atau manual…
saya lebih galakan secara manua sebab inilah masa jumpa kawan-kawan semula
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Berhenti Kerja Makan Gaji Selepas 20 Tahun
Zaman sekarang memang mudah dan canggih. Boleh periksa secara online je.
Tapi tak dapat lawan perasaan kalau cek keputusan dengan pergi ke sekolah 😀
Curahan rasa Dedaun Comel | Buat Duit Online @ ..Antara Sebab Kenapa Adam dan Hawa Saling Melengkapi..
Dulu saya ambil SPM yang terakhir menggunakan sistem pangkat sebelum bermulanya sistem terbuka.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jabatan Kastam Diraja Malaysia Diswastakan
sama lah, sistem pangkat 1,2, 3 dan aggregate, algi rendah aggregate lagi baik ….heeee. lama dah bertukar.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips selesaikan masalah dan berjaya dalam hidup
zaman sudah berubah..
namun matlamat peperiksaan belum berubah..
peperiksaan awam diwujudkan supaya senang nak tapis pelajar untuk masuk universiti atau kolej
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Berhenti Kerja Makan Gaji Selepas 20 Tahun
dahulu kalau Bahasa Melayu tak kredit, automatik jadi pangkat 2 walau pun agregat kurang dari 20.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Kereta Guna Pembiayaan ASB
zaman sekarang semuanya dah canggih dah.tapi lagi seronok kalau pegi skolah ambil sendiri,dapat jumpa kawan-kawan 😀
Curahan rasa reezluv @ ..Belajar Memanah Di Ipoh
jumpa kawan-kawan dan tunjukkan keputusan yang baik memang itulah terbaik
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Berhenti Kerja Makan Gaji Selepas 20 Tahun
Untung la zaman sekarang boleh check dengan mudah.
Kalau zaman saya dulu, nak tak nak kena pergi sekolah nak tahu result periksa.
Curahan rasa Aziana @ ..Penyusuan Minggu Pertama Kelahiran : 4 Tips Penting Membuatkan Anda Lebih Gembira
Penyakit manusia sekarang semua nak di canang dalam media sosial . Tak semua budak mempunyai tahap yang sama. Orang yang cemerlang akademik tak semesti bagus dalam praktikal. Patutnya dari awal persekolah kita bagi peluang anak pilih apa yang mereka cenderung.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Adakah Bagasi Kabin Airasia 7 Kg Percuma Mencukupi ?
kalau semak menggunakan online tidak begitu saspen..
lebih baik semak di sekolah dan jumpa kawan-kawan yang lain..
lebih saspen dan thrill
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Ebook Cara Dapat Kerja Di Singapura
Ye saya setuju. Macam dulu dulu best berebut nak tengok result dekat papan notis sekolah.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Adakah Bagasi Kabin Airasia 7 Kg Percuma Mencukupi ?
hubungan kemanusiaan akan terjalin..
tulah yang terpenting buat kita semua
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Ebook Cara Dapat Kerja Di Singapura
tak dinafikan, kalau pergi sekolah jumpa kawan-kawan, suana meriahnya pun memang berbeza, bagi yang tak boleh pergi, terpaksalah guna online/sms.
Curahan rasa Denaihati @ ..Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa
betul la tuan..kecuali tempat terlalu jauh maka itulah pilihan yang terbaik
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Ebook Cara Dapat Kerja Di Singapura
Comments are closed.