Pengalaman memohon Universiti Islam Madinah

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah syukur akhirnya selesai juga urusan pemohonan online Abang untuk masuk ke Universiti Islam Madinah. Pada mulanya Abang yang baru dapat keputusan STAM 2014 memang tak berapa minat nak pergi UIM kerana ramai rakan-rakannya sambung belajar di Jordan dan Mesir. Setelah berbincang hati ke hati akhirnya Abang setuju untuk melanjutkan pelajaran ke Bumi Madinah terlebih pulak mendapat galakkan dari Ustaz Noehas.

gambar Universiti Islam Madinah

Cara Memohon Masuk ke Universiti Islam Madinah

  1. Pemohonan mesti dibuat secara online di website rasmi Universiti Islam Madinah.
  2. Calon mesti lulus peperiksaan SPM dan sijil STAM adalah bonus.
  3. Dokumen kad pengelanan, surat beranak dan sijil SPM mesti diterjemah ke bahasa arab di Institut Terjemaah & Buku Malaysia beralamat di Wisma Itnm, 2, Jalan 2/27e, Taman Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan. Proses penterjemahan mengambil masa 3 – 5 hari bekerja tapi kalau nak buat ekspress ada yuran tambahan yang dikenakan. Kami bayar RM250 untuk 3 dokumen. Terima kasih kepada Ustaz Syed Puad yang membantu.
  4. Borang pemeriksaan kesihatan perlu diambil di Kedutaan Arab Saudi Malaysia beralamat di Jalan Ampang, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pemeriksaan kesihatan perlu dibuat di hospital yang disenaraikan oleh Kedutaan Arab Saudi. Kami memilih KPJ Selangor kerana ada kenalan. Pemeriksaan kesihatan mengambil masa 7 hari bekerja.
  5. Perlu mendapatkan dua surat sokongan (tazkiyah) daripada individu atau organisasi yang diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah.
  6. Dokumen berikut mesti di scan pada format jpg dengan saiz tidak lebih 4 mb. Calon akan ada masalah untuk memuat turun dokumen seperti kami pada awalanya sekiranya dokumen menggunakan format pdf dan file melebihi size 4 mb.
    • Kad pengenalan asli
    • Kad pengenalan terjemahan arab
    • Sijil SPM asli
    • Sijil SPM terjemaah arab
    • Sijil STAM asli (jika ada)
    • Sijil STAM terjemaah arab (jika ada)
    • Gambar berukuran passport
    • Laporan kesihatan menggunakan borang yang disediakan oleh Kedutaan Arab saudi
    • Surat sokongan pertama berbahasa arab
    • Surat sokongan kedua berbahasa arab
    • Passport calon
  7. Calon perlu mengisi data peribadi  dan data-data lain ke dalam borang pemohonan secara online dalam bahasa arab dan muat masuk semua dokumen yang telah di scan ke dalam borang online tersebut.
  8. Calon akan mendapat no pemohonon 8 digit setelah semua selesai sebagai no rujukan setiap kali berurusan dengan pihak UIM.
  9. Calon juga dikehendaki menyerahkan no pemohonan kepada pihak hospital dimana pemeriksaan kesihatan dibuat untuk pihak hospital mengirimkan laporan kesihatan secara online ke Kedutaan Arab Saudi.
  10. Uruskan pertemuan dengan Sheikh Pengajian untuk interview samada di Madinah atau di Malaysia semasa lawatan beliau ke Malaysia.
  11. Dapatkan berita pengajian terkini melalui wakil pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah.
  12. Baca  Maklumat dan Syarat Permohonan Belajar Di Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi tulisan sahabat aku, Sheikh Mohd Danial dan Wan Muhd Usaid.

Pemohonan Abang untuk ke UIM secara online sudah diuruskan, sekarang nak kena cari informasi bila Sheikh dari UIM akan datang bercuti ke Malaysia. Biasanya ketika musim panas bulan Jun atau Julai. Terima kasih kepada semua yang membantu antaranya Ustaz Noehas, Hj Masrukhin, Ustaz Syed Puad, Eizil, Abang Fuzilan, Haji Azman, Datuk Zainal dan semua yang terlibat. Semuga ALLAH permudahkan kehidupan dunia akhirat kalian.

Doakan semua calon yang memohon ke UIM dipilih ALLAH untuk menjadi tetamu menyambung pengajian di Bumi Haramain Madinah Al Munawarah. Seterusnya menjadi pejuang-pejuang Islam yang meneruskan pengorbanan Rasulullah SAW untuk manafaat agama dunia akhirat.

50 Comments

  1. Semoga abang berjaya dalam pengajiannya di UIM. Buat apapun pertama kena pasang niat baik-baik. Di Madinah dekat dh dengan Mekah, bolehlah selalu buat Umrah dan mudah buat Haji. Gunakanlah peluang yang ada sebaik mungkin. Insya-Allah.
    Curahan rasa Afiffuddin @ ..Tiket Flight MurahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!