Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ibu bapa mana yang tidak tertunggu keputusan apabila ada anak yang menduduki peperiksaan UPSR dan PSRA. Begitu juga kami apabila Abang Amirul Irfan juga merupakan calon UPSR dan PSRA 2015.
Kepada ibu bapa yang tertunggu boleh semak keputusan UPSR 2015 secara Online dan SMS dengan cara berikut :
Semak keputusan UPSR secara SMS
Taip UPSR<jarak>ANGKAGILIRAN & SMS ke 15888 selepas tarikh pengumuman.
Cth: UPSR AZ1211221 hantar sms ke 15888
- Lawat website : http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.
- Masukan no IC atau no Sijil Surat Beranak pelajar.
Semuga semua calon UPSR Sekolah Rendah Agama Ar Rahman mendapat keputusan yang cemerlang seperti keputusan PSRA 2015.
Alhamdulillah semalam keputusan PSRA telah diumumkan dan Abang Amirul Irfan mendapat pangkat muntaz bersama 22 calon yang lain. Sahabat sekoleh abang menjadi pelajar perempuan terbaik selangor dengan peratusan 99.8. Tahniah kepada guru besar dan semua guru-guru Sekolah Rendah Agama Ar Rahman, Bandar Tun Hussin Onn. Pengorbanan mengajar anak bangsa tidak sia-sia diberi ALLAH dengan keputusan terbaik sehingga terpilih sekolah terbaik Ulu Langat. Tahniah sekali lagi dan terima kasih kerana mendidik anak kami Amirul Irfan. ALLAH juga yang bakal membalasa jasa semua guru-guru.
PSRA Terbaik mengikut Daerah Negeri SELANGOR
1- Petaling – SRA BT13 -99.4
2- Kuala Langat – SRA KEBUN BAHARU -99.4
3- Kelang – SRA B.KAPAR – 99.6
4- Ulu Selangor – SRA KALUPANG – 99.2
5- Sepang – SRA TAQWA – sg Merap luar
6- Ulu langat – KAFAI ARRAHMAN – 99.8
7- Kuala Selangor – SRA MELAWATI – 99.2
8- Gombak – SRA SG CINCIN – 99.4
9- S.bernam – SRA – 99.4
Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Perjalanan hidup masih jauh lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun UPSR tidak cemerlang.
178 Comments
Daerah Petaling mencatatkan peratusan kejayaan tertinggi di negeri Selangor, tahniah buat anak-anak
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Tahnuah diucapkan kepada guru2 sekolah daerah Petaling kerana berjaya melahirkan pelajar2 cemerlang pada peperiksaan UPSR 2015..
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Memang hebat sekolah-sekolah yang berjaya mendapat kelulusan penuh nih.. kompom cikgu2nya berusaha keras-kerasnya dalam mengajar nih…
Format UPSR n asik lah bertukar- tukar…kesian kat anak-anak.
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Ya betul… tahun depan format baru.. mungkin bukan UPSR… In Shaa Allah tahun ni last guna format yang lama..
Curahan rasa anuar @ ..Berjaya merampas Takhta “Pengalaman Bersama ONEXOX”
Kesian kat cikgu yang mengajar, nak kena tukar2 kid mengajar & lagi kesian kat anak-anak yang nak amek periksa.
Tahniah kepada yang berjaya. PT3 dan SPM selepas ini pula.
Curahan rasa Idea Berita @ ..Semakan Keputusan PT3 2015 Online Dan SMS
Kalau yang ada anak yg ada ambil 3 exem n… mau tk senang ibu & ayahnya n..
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Terasa bangga saya dengan semangat mereka untuk mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. Tahniah sekali lagi buat pelajar semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Soalan UPSR la n semakin mencabar.. memang patut di berikan ucapan Tahniahhhh kepada anak2 n…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Bertuah sungguh mereka , mendapat semua A dalm semua subjek. Pelajar-pelajar inilah yang perlu digilap agar menjadi insan yang berjaya dan pelapis kepada pemimpin yang lama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Mereka ini lah yang akan menjadi pemimpin di masa hadapan.. semoga mereka ini terus maju jaya..
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Walau sesukar mana sekali pun, jika ada kemahuan, di situ ada jalan. Oleh itu berusaha adalah jawapan kepada kejayaan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Tepat sekali tuh… sesusah mana pun sialan yang di beri.. mereka kena rempuh jugak… permulaan masa hadapan mereka juga tuh…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Alamakk.. macam mana boleh typi n… sori2.. soalan ye perkataan yg betulnya… maappp sesgt k…
Buakn senang untuk capai kejayaan tetapi bukan susah untuk gagal. Oleh itu setiap kegagalan adalah permulaan untuk berjaya di masa akan datang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Gagal sekali tak bererti gagal tuk selamanya.. kena bangkut semula & teruskan usaha…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Terasa genbiranya ibubapa, jika melihat keputusan mereka mendapat semua A dalam semua subjek. Sejuk perut ibu mengandungkan mereka dan mendidik mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Semestinya tuh bro.. bangga sungguh kan perasaannya kalau anak2 kita dpt straight A…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Berikhtiar, berusaha dan berdoa adalah satu teknik yang perlu diterapkan dalam setiap pelajar. Jangan berputus asa jika gagal, ada lagi masa untuk pelajar itu memperbaiki pencapaian mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Ibu bapa dan penjaga kena memainkan peranan mereka untuk memujuk anak2 yang kmkeputusannya kurang memuaskan…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Pelajar yang hebat dengan keputusan cemerlang adalah insan-insan yang sentiasa berusaha semenjak awal lagi sebelum mereka tempuhi peperiksaan UPSR.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Rajin berusaha… tidak malu bertanya… study group.. antara yang mereka n kena buat untuk berjaya mendaoatkan keputusan yg cemerlang
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Setiap perjalanan hidup mesti menempuh segala ujian dan cabaran. Bila dah berjaya nanti jangan lupa kepada insan-insan yang menabur bakti mendidik mereka hingga berjaya terutama ibubapa dan guru-guru.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Generasi mereka inilah yang akan mengantikan pemimpin yang lama. Oleh itu gunakan kesempatan muda yang ada untuk terus mengapai cita-cita murni mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Dalam mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, pelajar dan guru-guru perlu membuat latih tubi untuk murid-murid mereka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Bukan senang nak dapat keputusan cemerlang tetapi bukan mustahil jika pelajar itu sendiri bersungguh-sungguh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Anak lelaki saya dua tahun lagi akan menduduki peperiksaan UPSR. Sekarang beliau dalam darjah empat. Semoga beliau berjaya juga dalam peperiksaan atau ujian bulanan di sekolah.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Comments are closed.