Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berdebar-debar di hati bukan setakat abang juga kami ibu bapa menunggu keputusan SPM 2013 yang akan diumumkan pada 20/3/2014 sehari selepas pengumuman STPM 2013 iaitu pada 19/3/2014. Sekarang mudah nak semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolah boleh semak secara online dan sms tak macam dulu perlu beratur panjang di sekolah.
Abang kata tak best pulak kalau semak keputusan SPM 2013 secara online atau sms sebab tak dapat jumpa kawan-kawan lama yang sudah lama tak jumpa. Inshaa Allah kami akan menziarahi sekolah abang, Madrasah Arab Kluang untuk mengambil keputusan SPM 2013 yang akan keluar selepas jam 10 am. Selepas tamat SPM abang tak berkesempatan bertemu kawan-kawan lama kerana membawa haluan sendiri. Majoriti kawan-kawan menyambung pelajaran di beberapa madrasah di Johor tapi abang menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama di Shah Alam satu sekolah dengan anak Penderma Hati yang pernah menjadi penulis jemputan di blog ini. (Kalau belum pernah baca klik koleksi entri Kisah Secebis Hati).
Calon SPM 2013 pasti berdebar-debar menunggu masa untuk menyemak keputusan SPM yang akan diumumkan pada 20/3/14. Mengikut kata abang pengumuman peringkat nasional akan dibuat di dewan sekolah yang abang sedang belajar sekarang. Mungkin sekolah tersebut dapat keputusan terbaik peringkat nasional agaknya. Menurut satu kenyataan kementerian, calon boleh menyemak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Semak keputusan SPM 2013 secara SMS
Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.
- Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 pm, 26 Mac 2014.
Berdasarkan keputusan percubaan SPM rasanya tak risau dengan keputusan SPM sebenar abang tetapi apa pun keputusan kami akan terima dengan hati terbuka. Abang sudah buat keputusan untuk meneruskan pengajian STAM sehingga tamat peperiksaan pada bulan Oktober 2014.
Pemohonan IPTA
[box type=”shadow”]1. Calon SPM 2013 boleh memohon kemasukan IPTA secara online di SINI yang telah dibuka sejak 20/1/2014 sehingga 7/4/2014.
2. Pemohonan sambung belajar di Kolej Pengajian Tinggi Mara (KPTM) di http://kptm.edu.my [/box]
Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.
Pemohonan Biasiswa untuk SPM/STPM 2013
[box type=”shadow”]1. Biasiswa PETRONAS boleh memohon @ http://educationsponsorship.petronas.com.my (Tutup pada 26 March 2014) [/box]
68 Comments
sekarang ni senang. semua benda buat melalui online tak payah keluar rumah lagi,
Semakin ada banyak perubahan positif yang dibuat oleh kerajaan terutamanya dalam sistem kerajaan…sangat menyenangkan pengguna…
Curahan rasa Vander Good @ ..Hari Inovasi : Produk daripada buah Tarap
sekarang semua dah berada di hujung jari, tak perlu susah2 nak pergi sekolah nak tengok keputusan, tapy kalau pandangan saya baik pergi ambik sendiri keputusan Spm baru best sikit, masa tulah kita nak tengok kwn2 kita yang berjaya malahan yang menangis pon ada, menangis ni ad dua sebb antara gembira atau kecewa.
Curahan rasa Nurul Aina @ ..Mudahnya Menjemput Rezeki
wah..makin canggih cara semakan keputusan spm zaman sekarang ni..zaman dulu siap pergi sekolah lagi..yang cemerlang melompat gembira
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
tapi seronok juga klau pergi sekolah utk tgk result. boleh jumpa kwn balik
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
mudah dan cepat ja dengan adanya gadjet terkini sms ja muhaha..kalau tahun ana mau kata esok result nk keluar hari ni terketaq-ketaq dah nk taw keputusan..huhuu:)takut ooo
Curahan rasa adna2029 @ ..Baju Menutup Aurat Di SweetMuslimah
teringat zaman dulu dulu masa nak ambil result. memang nervous habis.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Sekarang ini pelbagai kemudahan yang membolehkan segalanya diperoleh hanya melalui sentuhan dihujung jari. Kalau saya dulu…tak pergi ke sekolah, memang tak tahulah keputusan!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Zaman dah semakin canggih dah sekarang ni. Semuanya di hujung jari sahaja. Sangat memudahkan untuk semak keputusan peperiksaan.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Compare
zaman sekarang, spm pun boleh semak pakai sms. tapi wawa tetap pergi jugak sekolah nak amik result spm tahun lepas. Boleh jumpa kawan-kawan dengan cikgu. 🙂
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Zaman dah makin canggih semua di hujung jari tak perlu amek masa untuk ke sekolah cuma perlu semak secara online je dengan adanya internet.Jimat masa dan tenaga juga.
Curahan rasa Azhafizah @ ..Selamat Menyambut Hari Malaysia
Dunia tanpa sempadan. Capaian telekomunikasi ada dimana mana. banyak kemudahan yang dicapai jika ada kemajuan. Jadi bersyukurlah
Curahan rasa kizmyself @ ..Nak Salahkan Siapa , Sendiri Mahu Ingat
Untung budak-budak zaman sekarang ni. Semua boleh check di hujung jari sahaja.
Tapi saya lebih suka pergi ke sekolah untuk check result macam dulu-dulu. Jumpa kawan-kawan. Lebih bermakna rasanya.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Piala FIFA World Cup 2014 Dimenangi Oleh Germany
Kan. saya pun macam tu. Lebih suka pergi sekolah amik result sendiri. Sekalius dapat jumpa rakan, guru yang dah lama kita tak jumpa tu. Tipu la kalau tak rindu kat sekolah kan?
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
senang sekarang ni. semuanya di hujung jari…
teknologi sememangnya mendatangkan manfaat
Curahan rasa Zack One @ ..5 in 1 Emergency Light Car Hammer Flashlight Cutting Belt Magnet
saya pun lebih suka kalau dapat ambil keputusan sendiri di sekolah.. dapat merasakan suasana meriah tu lebih seronok..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ingin Hamil Tanpa Membazir??
Comments are closed.