Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berdebar-debar di hati bukan setakat abang juga kami ibu bapa menunggu keputusan SPM 2013 yang akan diumumkan pada 20/3/2014 sehari selepas pengumuman STPM 2013 iaitu pada 19/3/2014. Sekarang mudah nak semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolah boleh semak secara online dan sms tak macam dulu perlu beratur panjang di sekolah.
Abang kata tak best pulak kalau semak keputusan SPM 2013 secara online atau sms sebab tak dapat jumpa kawan-kawan lama yang sudah lama tak jumpa. Inshaa Allah kami akan menziarahi sekolah abang, Madrasah Arab Kluang untuk mengambil keputusan SPM 2013 yang akan keluar selepas jam 10 am. Selepas tamat SPM abang tak berkesempatan bertemu kawan-kawan lama kerana membawa haluan sendiri. Majoriti kawan-kawan menyambung pelajaran di beberapa madrasah di Johor tapi abang menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama di Shah Alam satu sekolah dengan anak Penderma Hati yang pernah menjadi penulis jemputan di blog ini. (Kalau belum pernah baca klik koleksi entri Kisah Secebis Hati).
Calon SPM 2013 pasti berdebar-debar menunggu masa untuk menyemak keputusan SPM yang akan diumumkan pada 20/3/14. Mengikut kata abang pengumuman peringkat nasional akan dibuat di dewan sekolah yang abang sedang belajar sekarang. Mungkin sekolah tersebut dapat keputusan terbaik peringkat nasional agaknya. Menurut satu kenyataan kementerian, calon boleh menyemak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Semak keputusan SPM 2013 secara SMS
Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.
- Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 pm, 26 Mac 2014.
Berdasarkan keputusan percubaan SPM rasanya tak risau dengan keputusan SPM sebenar abang tetapi apa pun keputusan kami akan terima dengan hati terbuka. Abang sudah buat keputusan untuk meneruskan pengajian STAM sehingga tamat peperiksaan pada bulan Oktober 2014.
Pemohonan IPTA
[box type=”shadow”]1. Calon SPM 2013 boleh memohon kemasukan IPTA secara online di SINI yang telah dibuka sejak 20/1/2014 sehingga 7/4/2014.
2. Pemohonan sambung belajar di Kolej Pengajian Tinggi Mara (KPTM) di http://kptm.edu.my [/box]
Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.
Pemohonan Biasiswa untuk SPM/STPM 2013
[box type=”shadow”]1. Biasiswa PETRONAS boleh memohon @ http://educationsponsorship.petronas.com.my (Tutup pada 26 March 2014) [/box]
68 Comments
tapi lebih seronok sekiranya ambil keputusan secara real 🙂
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Gagal Dalam SPM.Apa Nak Buat?
kalau sekarang sudah serba online jadi lebih cepat,
Curahan rasa bestagaric @ ..Obat Mengatasi Kurang Darah
Kalau terlalu banyak online pun tak seronok juga.. kurang “sentuhan”.. kurang “feel”..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ingin Hamil Tanpa Membazir??
Teringat zaman ambik keputusan SPM dahulu perlu pergi ke sekolah untuk ambik keputusan. Berdebar-debar pada masa itu.
Curahan rasa Rossaimi @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41
teringat waktu ambil keputusan SPM dulu… wajah wajah sedih kegembiraan mengambil keputusan SPM…
Curahan rasa melastikbintang @ ..Percutian Menarik Di PNB Ilham Resort
Perasaan sedih dan gembira bercampur baur kan MB.
Curahan rasa hatiputera @ ..Panduan Lulus Peperiksaan Bertulis Pegawai Arkib S41
Tapi saya sebenarnya pun tak merasa kemeriahan suasana ambil keputusan.. Sebab bapa ada contact dengan orang pendidikan, jadi tak payah ke sekolah untuk tau result.. Jadi tak seronok pula.. Huhu..
Curahan rasa Moms Avenue @ ..Ingin Hamil Tanpa Membazir??
Usaha untuk dapatkan keputusan dengan SMS pun seiring dengan teknologi sekarang….cuma saya lebih pasti ramai yang lebih berani mendapatkan info dengan slip di sekolah….
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..HAZMAN vs FOOD – Restoran Burgerbyte Bangi
memang lebih memudahkan juga bila bisa dicheck melalui online terutama keputusan untuk ujian akhir
Curahan rasa munir ardi @ ..General Information about Acne
Pengetahuan kita bertambah lagi berkat artikel yang anda postingkan, Terimakasih banyak atas artikel yang bermanpaat ini.
Nostalgia sungguh…. Walaupun dah lepas u & jadi WAHM, pelajaran masa high school @ SPM lebih diingati berbanding zaman u. Mungkin time tu, otak suci murni. Ilmu mudah meresap.htt
Curahan rasa Ida @ ..Jadi Ahli Shaklee dan anda boleh bawa anak-anak di setiap aktiviti termasuk seminar motivasi
tak cool kalau tak pergi sekolah ambil spm..
tapi saya ambil lambat sehari sebab keje
Curahan rasa zool @ ..Keburukan dan kebaikan laman sosial
Adik saya ada sorang SPM tapi tak ambik-ambik pun lagi result hari ni.
Curahan rasa Ammar @ ..Senarai Universiti Terbaik di Malaysia
Masih ada banyak perkara yang perlu harung selepas SPM..
Curahan rasa azlanvai @ ..Majlis kenduri, gotong-royong dan mentara
teringat kenangan masa spm dulu-dulu..hoho
Curahan rasa titan @ ..4 Teknik SUPER Ajaib untuk dapat komisen Affiliate yang banyak.
sebelum nak ambik result memang takut wo haha
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Anfield Jadi Tempat Penentu Juara EPL Musim Ni
mau tak, memang tak tidor malam dibuatnya…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Majlis Penyampaian Hadiah Contest Funderful Video Yeo’s
Teringat zaman nak ambil keputusan dulu. Cuak betul.
Curahan rasa halif @ ..Kenapa MH370 tidak dipintas oleh jet fighter RMAF?
Comments are closed.