Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, berdebar-debar di hati bukan setakat abang juga kami ibu bapa menunggu keputusan SPM 2013 yang akan diumumkan pada 20/3/2014 sehari selepas pengumuman STPM 2013 iaitu pada 19/3/2014. Sekarang mudah nak semak keputusan SPM 2013 tak perlu pergi sekolah boleh semak secara online dan sms tak macam dulu perlu beratur panjang di sekolah.
Abang kata tak best pulak kalau semak keputusan SPM 2013 secara online atau sms sebab tak dapat jumpa kawan-kawan lama yang sudah lama tak jumpa. Inshaa Allah kami akan menziarahi sekolah abang, Madrasah Arab Kluang untuk mengambil keputusan SPM 2013 yang akan keluar selepas jam 10 am. Selepas tamat SPM abang tak berkesempatan bertemu kawan-kawan lama kerana membawa haluan sendiri. Majoriti kawan-kawan menyambung pelajaran di beberapa madrasah di Johor tapi abang menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama di Shah Alam satu sekolah dengan anak Penderma Hati yang pernah menjadi penulis jemputan di blog ini. (Kalau belum pernah baca klik koleksi entri Kisah Secebis Hati).
Calon SPM 2013 pasti berdebar-debar menunggu masa untuk menyemak keputusan SPM yang akan diumumkan pada 20/3/14. Mengikut kata abang pengumuman peringkat nasional akan dibuat di dewan sekolah yang abang sedang belajar sekarang. Mungkin sekolah tersebut dapat keputusan terbaik peringkat nasional agaknya. Menurut satu kenyataan kementerian, calon boleh menyemak keputusan SPM mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari yang sama. Calon persendirian SPM pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Semak keputusan SPM 2013 secara SMS
Sekarang dah mudah calon boleh semak keputusan SPM secara SMS yang di sediakan oleh Kementerian di mySMS tak seperti dahului wajib kena pergi sekolah untuk mengambil keputusan SPM.
- Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
- contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888
Perkhidmatan Semak Keputusan SPM akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 pm, 26 Mac 2014.
Berdasarkan keputusan percubaan SPM rasanya tak risau dengan keputusan SPM sebenar abang tetapi apa pun keputusan kami akan terima dengan hati terbuka. Abang sudah buat keputusan untuk meneruskan pengajian STAM sehingga tamat peperiksaan pada bulan Oktober 2014.
Pemohonan IPTA
[box type=”shadow”]1. Calon SPM 2013 boleh memohon kemasukan IPTA secara online di SINI yang telah dibuka sejak 20/1/2014 sehingga 7/4/2014.
2. Pemohonan sambung belajar di Kolej Pengajian Tinggi Mara (KPTM) di http://kptm.edu.my [/box]
Tahniah kepada calon SPM yang berjaya dan kepada yang gagal ini bukan bermakna kehidupan sudah berakhir. Kepada ibu bapa jangan tunjukkan kekecewaan di hadapan anak seandainya keputusan SPM tidak seperti yang diharap tetapi beri semangat untuk anak bangun kembali dari kekecewaan kerana perjalanan hidup masih jauh. Perjalanan hidup masih panjang lagi dan berbagai cara masih ada untuk kita menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Telah terbukti ramai yang telah berjaya dalam hidup jadi ulama, usahawan dan jutawan walaupun SPM tidak cemerlang.
Pemohonan Biasiswa untuk SPM/STPM 2013
[box type=”shadow”]1. Biasiswa PETRONAS boleh memohon @ http://educationsponsorship.petronas.com.my (Tutup pada 26 March 2014) [/box]
68 Comments
Semoga berjaya kepada semua calon spm 2013.
Terbaik
Curahan rasa Akmal Zaidi @ ..Biasiswa 2014 : Permohonan Online Biasiswa Petronas Untuk Lepasan SPM 2013
hari ni habislah seksa penantian diorang. hehehehe!! tahniah yang dapat keputusan cemerlang
Curahan rasa Lizz @ ..Pelik ke Orang Islam Bagi Anjing Makan?
Semuanya mudah zaman sekarang ni. SMS je. Duduk rumah dah boleh tahu result.
Curahan rasa profhariz @ ..Diet Adalah Mengenai Cara Berfikir
Tahniah pada yang berjaya!
Curahan rasa Tengku Syukri @ ..Buku "Emas" DenaiHati Khazanah Blogging
All the best buat abang dan semua calon SPM.
Curahan rasa Myliferia @ ..Obesession Saya | Hari #25; Cabaran 30 Hari Entry
Dah mudah sekarang ni nak check result. Tapi, rasanya kebanyakan student prefer untuk ambil sendiri kat sekolah sebab time-time macam ni la nak jumpa balik kawan-kawan sekolah. Lepas ni tak tau dapat jumpa lagi ke tak bila masing-masing dah bawa haluan.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Permata Hati
erm..begitu mudah teknologi jika digunakan dengan betul…semoga berjaya pada yang mengambil peperiksaan
Curahan rasa shahfir @ ..BUAYA PANGGANG MENU MAKAN MALAM
betu2..gagal sekali tak bermakna gagal selamanya….
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Kenangan Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo’s 2014 (Part 2)
Doakan kejayaan saya…. saya juga calon SPM 2013
Curahan rasa Amirul @ ..Kelemahan Restoran Melayu
Semoga adik mendapat keputusan yang cemerlang dan terbaik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Majlis Penyampaian Hadiah Contest Funderful Video Yeo’s
senang kan sekarang…tak yah susah nak ke sekolah…hanya dihujunng jari sahaja…
Banyak juga dorang dapat income setiap kali result exam keluar. Maklumlah, konpem majoriti nak cek dgn handphone berbanding pergi sekolah. Result di sekolah selalunya lambat sebab cikgu nak buat kiraan bagai, cek laju2 guna SMS la jawabnya nak hilangkan suspen.
Curahan rasa Stuwie @ ..Review Leap Premium WordPress Theme. Saya Sudah Rugi USD40.
Calon dan keluarga calon pun jimat juga bayangkan kalau nak ge sekolah kena bayar minyak kereta, makan lagi dan kos2 lain.
Curahan rasa Denaihati @ ..Doa Untuk MH370
betul tu..kalau kene blajar kt asrama yg jauh2 tu mmg bnyk jimat
Curahan rasa Homestay Melaka @ ..Jonker Walk Night Market
tak sabar nk tunggu keputusan keluar esok hehe
Curahan rasa Farid Laham @ ..Tingkatkan SEO Dengan Yoast
Teringat tahun 2002 , ambil keputusan spm di sekolah,bersemangat bangun awal pagi terus jumpa semua kawan-kawan , bergerak secara konvoi ke sekolah . Memang pengalaman yang tidak boleh dilupakan masa tu . Selamat berjaya kepada abang
Curahan rasa wazy @ ..Menjemput Rezeki Dengan Lebih Mudah
Teringat plak zaman sekolah menengah.. Debaran begitu kencang lebih2 lagi student yg nak ambil result tu.. macam nak pecah jantung.. hehe 😀
Curahan rasa Aniq Bukhary @ ..Vokalis kumpulan Slam dibunuh?
goood luck to all candidates! huhuh chill!!
Curahan rasa aishah @ ..Sepetang Bersama Blogger 2014 Himpunan Penulis Blog
Comments are closed.