Selangor apa nak jadi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan entri POLITIK tetapi lebih kepada entri masalah masyarakat. Aku menulis berdasar pengalaman sendiri yang mungkin juga menjadi kerisauan sebahagian besar rakyat Selangor. Aku tak nak cerita tentang kisah Datuk Dr Hassan Ali yang disingkir dari jawatan Exco atau kisah perniagaa Melayu di Kompleks PKNS yang merintih apabila sewa kedai dinaikkan dua kali ganda atau kisah masjid yang semakin aktif dengan berbagai aktiviti.

Selangor Darul Ehsan

Hanya dua perkara yang yang aku nak kongsikan.

1. Sejak 3 – 4 tahun ini kenapa agaknya banyak sangat aku nampak Pusat Refleksologi dan Rumah Urut yang tumbuh bagaikan cendawan bukan sahaja di bandar besar juga di bandar kecil seperti di Petaling Jaya, Klang, Kajang sehinggalah di Sungai Besar. Tu belum cerita lagi dalam Mall yang besar. Pernah jugalah aku dan rakan-rakan lalu di depan Pusat Refleksologi dan Rumah Urut daripada promosi yang dibuat oleh amoi-amoi dan cewek-cewek bunyinya lain macam je. Betul ke kat dalam tu hanya ada khidmat mengurut kaki dan badan sahaja? Ada sesiapa boleh bantu bukan apa takut juga di akhir zaman ini mudah sangat anak muda Islam dapat khidmat yang terlarang.

2. Sejak Khidmat mengutip sampah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dari Alam Flora perkhidmatannya SubhanAllah teruknya. Sampah terbiar dalam tong sehingga melompat ulat di atas lantai. Kalau dulu kita boleh tahu bila lori sampah datang sebab diaorang ikut jadual tapi sekarang entah bila kekadang datang tengah malam ketika semua sedang lena tidur. Adakah ini yang dikatakan penambahbaikan perkhidmatan?

Mungkin Rakan Blogger yang tinggal di Selangor boleh kongsikan pengalaman bukan sahaja yang tak baik juga yang baik untuk maklumat yang berkenaan.


Spread the love
author avatar
denaihati
Denaihati blog personal yang telah memenangi anugerah MSMW Best Blog of the year 2012, MSMW Most Creative Blog 2013 dan MyNic Best Personal Blog 2013.