IFTAR 2018 Denaihati Network, Manhajj Mutawwif, Dato Adi Putra dan AbangEnsem

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Dirasakan seperti masa cukup pantas berlalu. Sudah pasti ramai yang mengambil kesempatan masa untuk berbuka puasa bersama keluarga, sahabat handai mahupun rakan sekerja.

Pelbagai lokasi di gerai, restoren, mahupun hotel ada mempromosikan pakej berbuka puasa. Ada yang sederhana dan ada juga yang mencapai sehingga beratus ringgit untuk seorang. Pada tahun ini, Denaihati Network bersama Manhajj Mutawwif, Dato Adi Putra dan Abang Ensem telah membuat majlis berbuka puasa di Dewan PERKIM, Shah Alam.

Pada awalnya, hanya merancang untuk majlis kecil-kecilan, namun tidak disangka respon untuk menyertainya meningkat sehingga menukar lokasi dewan yang memuatkan lebih 500 orang. Pada tahun 2014, Iftar Bersama Blogger juga telah berlangsung dengan lebih 300 orang di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.

Meraikan yang memerlukan

Di bulan Ramadan ini juga, kita digalakkan untuk memberi seberapa banyak yang boleh dalam konsep sedekah. Tidak kira pemberian berupa wang ringgit, bahan mentah mahupun kelengkapan untuk menyambut Hari Lebaran. Alhamdulillah, di dalam rangkaian dan sahabat Denaihati Network, terdapat ramai insan-insan yang bermurah hati untuk turut bersama dalam memberi sumbangan.

Ada yang tidak dapat hadir dan juga ada yang kejauhan. Namun itu bukan menjadi penghalang untuk bersama-sama meraikan dan melaksanakan konsep “Hidupkan Untuk Memberi”.

Pada tahun ini, Pusat Jagaan Baitul Hidayah di Puchong diraikan di dalam majlis IFTAR 2018 ini. Mereka cukup gembira dengan jemputan ini dan sumbangan yang diterima cukup membuatkan mereka tersenyum riang di Hari Raya nanti.

Eratkan hubungan, tambahkan amalan

Banyak yang istimewa di bulan Ramadan ini. Selain daripada berpuasa menahan lapar dan dahaga dan perkara yang membatalkan puasa, di bulan Ramadan ini juga kita eratkan hubungan. Memaafkan kesalahan, mengeratkan hubungan silaturrahim dan berpesan-pesan juga untuk menambahkan amalan yang baik.

Dalam bulan ramadhan, manusia dapat melatih dirinya agar dapat berbuat baik kepada sesama manusia. Timbulnya rasa saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia atau orang-orang yang kekurangan dan juga dapat menahan diri dari perbuatan yang tidak baik.

Kita juga akan membiasakan diri untuk berhati-hati dalam setiap perbuatan. Dengan menjalankan ibadah puasa, kita dapat menghindari hal-hal yang dapat mengurangi pahala puasa kita iaitu dengan menjaga lisan, perbuatan dan hati.

Jauh dan dekat berkumpul bersama

Istimewanya majlis Iftar 2018 ini adalah mereka yang hadir adalah daripada pelbagai lokasi jauh dan dekat. Selain dari Lembah Klang, ada rangkaian Denaihati Network yang datang daripada Singapura dan Indonesia. Dan yang paling istimewa juga adalah semua yang hadir dapat melihat Artifak Asli Rasulullah SAW yang dibawa khas ke majlis ini.

Rambut, janggut, darah bekam, capal, serban, bekas tapak kaki Nabi Muhammad SAW adalah antara yang dapat dibawa ke dewan ini. Terdapat juga bekas air zam-zam dan kiswah pintu kaabah pada tahun 1647.

Alhamdulillah sedikit sebanyak mereka yang hadir dapat melihat peninggalan Nabi di samping beramah mesra sesama mereka yang hadir di majlis ini.

Berbuka puasa kali ini juga istimewa dengan kehadiran Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raisuddin, Ustaz Abdul Halim, Dato Anuar Hassan, selain Dato Adi Putra dan isteri yang sentiasa menyokong bersama Denaihati network.

Selepas berbuka puasa juga, Shuib dan Ustaz Abdul Halim juga membuat perkongsian tentang Manhajj Mutawwif dan pengalaman menunaikan umrah di Tanah Suci.

Hikmah dan keistimewaan pada bulan ramadan menunjukkan bulan ramadan adalah bulan yang amat istimewa bagi seluruh umat Islam. Bulan yang penuh dengan keberkatan, rahmat dan pengampunan. Semoga kita tidak mensia-siakan bulan ramadan dan perbanyakkanlah amal ibadah kepada Allah SWT agar kita sentiasa diberi keberkatan, keredhaan dan diberikan kebaikan dan pahala yang berlipat kali ganda


Spread the love

19 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!