Selamat datang kepada semua teman-teman ke rumah baru DENAIHATI dengan platform dan domain yang baru. Bukan mudah untuk membuat keputusan untuk bermula segalanya daripada zero. Setelah berfikir beberapa minggu akhirnya pertengahan Disember aku mengambil keputusan BERANI kerana jika tidak sekarang pasti suatu hari kelak kena juga buat.
Pada awalnya aku bercadang sekadar guna hosting dan domain baru dengan mengekalkan blog DENAIHATI. Untuk dapat maklumat aku tweet kepada teman-teman twitter. Dua orang bagi feedback @anarmnetwork dan @kujie. Alhamdulillah dengan bantuan Kak Jie akhirnya aku dapat berhubung dengan Mr. JOsh Gan daripada ServerFreak. Mr Josh mencadangkan aku berpindah platform ke wordpress yang memang aku jahil sangat. Aku bersetuju setelah mendapat nasihat daripada Mr Josh dan Kak Jie.
Untuk bawa semangat blog DENAIHATI maka aku pindahkan semua entri ke rumah baru tetapi komen masih ditinggalkan di blog lama. Ini cabaran baru untuk aku kerana aku memang tidak mahir dengan Wordpress tetapi setelah menyelusuri selama 2 minggu rupa ada banyak kelebihan dalam Wordpress ni. Semuga teman-teman yang dah mahir dengan sepak terajang wordpress sudilah membantu aku ya!!
Sekali lagi terima kasih kepada Kak Jie dan Mr Josh Gan yang sabar melayan kerenah aku membina blog baru dengan templates baru.
Tahun baru 2010 dengan domain baru, platform baru, blog baru dan NIAT baru. Semuga HIJRAH ini Allah swt memudahkan segalanya dan merestui perjuangan HIDUP UNTUK MEMBERI walaupun hanya secebis ILMU. Saranan dan komen teman-teman sangat dialu-alukan.
@Kepada semua peserta contest Hidup Berani Untuk Gagal tunggukan pengumuman penting dalam 2-3 hari lagi.
@Jangan lupa subscribe ya @ http://feeds.feedburner.com/denaihati/NMIW .
183 Comments
1st time komen kt blog bru DH..
contest2 komen still on kn..
.-= sha-hir@meng´s last blog ..3 Seconds Rule!!! =-.
Masih on just klik je banner contest Hidup Berani Untuk Gagal dan tinggalkan komen.
komen2 pun still kire jgk la ek??
.-= sha-hir@meng´s last blog ..3 Seconds Rule!!! =-.
On seperti biasa dan akan diumumkan pada entri yang akan datang.
Wah.. cantik blog baru.. tahniah bro..
Sebenarnya saya tertarik dengan username tu.. Hidup berani untuk gagal.. Ada juga entri bro DH pasal benda tu kan..
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
………. malu tgok avatar sendiri kat page ni…:p
Tahniah – skrg ni ada lagi seorang kawan yang sedang berpindah.
Sibuk sikit tolong dia angkut perabut :p
.-= Kujie´s last blog ..Eh, Kenapa Komen Kat Atas? =-.
Tu sedikit daripada tanda terima kasih di atas bantuan Kak Jie sehingga impian menjadi kenyataan. TERIMA KASIH
nak test komen – apa yg bezanya
tak perasan pun…
.-= Kujie´s last blog ..Dear Reader, Who Are You? =-.
Ni pun nak cuba sebab dah minta SF tolong adjustkan.
Hahaha.. lawak pulak nak baca komentar ni..siap angkat perabot lagi tu.. Kita hire orang jer angkat.. senang cerita..
salam…
AYE join contest kat blog azizwan, dalam tu ada citer skit…
apa-apa ajelah 😕
.-= yangbaik´s last blog ..Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran http://www.azizwan.com =-.
Rupanya Yangbaik memang dah lama memantau dekat blog bro DH ni.. baru tahu..
Tahniah2. Semoga terus mantap.
.-= ariff´s last blog ..Nuffnang Kena Hack =-.
Mantap layout ni ! Taniah 😉
.-= Eldy´s last blog ..English to Malay translator ? =-.
congratzz bro.. patut lama x nmpk.. ada umah baru upenyee.. hehee..
Bro DH kena packing semua barang tu termasuk perabot2 dekat blog ni.. hehe
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
tahniah. akhirnya dah ada blog dot com sendiri..
.-= titan´s last blog ..Berikan aku kekuatan.. =-.
Macam best juga kan kalau ada .com sendiri ni.. Entah la, perasaannya lain tak dapat nak digambarkan.
Aha, sudah langgan melalui email. Memang terpaksa kansel langganan yang lama sebab guna emel yang sama.
Wah nampaknya sudah diangkat semua ke blog yang baru : )
.-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal Sempena 2010 : Edisi Kraf Anyaman Rotan =-.
Tahniah
moga saudara terus maju dan sukses dgn platform baru ni 😀
.-= hydir´s last blog ..[Blog] Komentar adalah satu blog baru? =-.
Kita harap macam tu juga kan.. yer la kita berpindah kerana nak maju juga.
Curahan rasa Steward John @ ..Time Traveler Caught on Charlie Chaplin’s Film
🙂 Salam bro.. best dapat seiring sejalan dengan bro ni.. jom sama-sama berwordpress..
.-= zuls´s last blog ..Blog Lama , Blog Baru & Twitter =-.
Bolehlah kita tukar2 ILMU. Aku memang baru nak belajar2 ni.
Wah, comey banglo baru tp ada
gak perabut lama bawak masuk eh??
Gurau jerk. Hehehe!!!
.-= Eriyza´s last blog ..Hari Jadi Di Januari =-.
Tu lah sayang pulak perabot lama banyak nostalgia tu yang kena bawa juga.
Haha.. Saya pulak tergelak nak baca ni.. siap dengan perabotnya.. ha, kalau ada perabot secondhand tu saya nak beli juga.
hahahha pandainye dia bergurau senda..hehe
Curahan rasa suarapeople @ ..Menjual Button Dengan Harga Murah
akhirnya, ada juga blog wp sendiri. hosted pula di tempat yg bagus. semoga lebih maju lagi.
.-= beliamuda´s last blog ..Isu Penggunaan Kalimah ALLAH: Gereja Desa Melawati Dibakar =-.
alhamdulillah berkat bantuan kawan-kawan terutama Kak Jie. Kalau tak silap bro pun guna server yg samakan.
yup. juga dihoskan di SF. baru je pindah masuk tahun ni.
.-= beliamuda´s last blog ..Isu Penggunaan Kalimah ALLAH: Gereja Desa Melawati Dibakar =-.
Salam
tahniah di atas perubahan
semoga lebih cemerlang buat DenaiHati di hari2 yang mendatang 🙂
ADHA
http://myadha.com
Terima kasih atas sokongan terutama sumbangan trafik daripada blog tuan.
Comments are closed.