Sejarah penghakiman penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam

Spread the love

Pada 10 Disember 2007, SIB dan Presidennya, Rev Jerry W. A. Dusing alias Jerry W. Patel, memfailkan permohonan untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap KDN dan kerajaan bagi mencabar tindakan Jabatan Kastam merampas buku yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia, di Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Sepang pada 15 Ogos, 2007.

Buku berkenaan bagaimanapun dikembalikan kepada gereja itu pada 25 Jan 2008.

Mereka memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam semua penerbitan dan amalan agama mereka, bukan sahaja di gereja.

Peguam Lim Heng Seng mewakili gereja berkenaan dan Dusing, manakala peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili kerajaan. 

makamah

Makamah Tinggi tolak pemohonan guna kalimah ALLAH

Hakim Datuk Zaleha pada tahun 2014 memutuskan Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Dalam penghakiman beliau, yang dibaca Penolong Kanan Pendaftar N. Arun di dalam kamar, Zaleha berkata mahkamah itu tiada pilihan selain merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kementerian Dalam Negeri lawan Gereja Roman Katolik berhubung larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguannya, ‘Herald’.

“Oleh yang demikian, walaupun keputusan itu adalah khusus bagi Herald, semua hakim yang arif berpendapat bahawa kalimah ‘Allah’ bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan Kristian dan oleh itu, larangan menteri berkenaan tidak bercanggah dengan perlembagaan.

kompleks makamah

Makamah Persekutuan larang guna kalimah ALLAH

Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015 menolak permohanan Gereja Roman Katolik untuk penilaian semula keputusan awal yang dibuat pada Jun 2014.

Keputusan dengan majoriti 4-3 itu menggariskan bahawa pihak gereja tidak dibenarkan membuat rayuan terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri mengharamkan penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar mingguan edisi Bahasa Malaysia, The Herald.

Ketua Panel Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abdull Hamid Embong berkata penilaian semula hanya boleh diguna pakai dalam beberapa keadaan.

Hakim-hakim lain dalam panel tersebut adalah Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.

Pihak Gereja Roman Katolik memohon penilaian semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun tahun lepas yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Kementerian Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald edisi Bahasa Malaysia.

Sementara itu, peguam plaintiff Datuk Dr Cyrus Das berkata pihaknya menghormati keputusan tersebut.

Video sejarah penghakiman gunakan kalimah ALLAH oleh penganut kristian @ https://youtu.be/yGh7CkkMVeM (Subscribe ya)

Makamah Tinggi benarkan guna kalimah ALLAH

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland selepas mendapati notis larangan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak sah dan terbatal.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penganut agama Kristian di negara ini boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam pembelajaran agama atau penerbitan buku agama mereka.

Selain ‘Allah’, penganut agama Kristian di negera ini juga boleh menggunakan perkataan ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘solat’ dalam penerbitan mereka.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan menjelaskan, penerbitan buku agama atau bahan keagaamaan Kristian yang menggunakan empat perkataan itu hendak disertakan dengan penafian (disclaimer) ‘Hanya untuk penganut Kristian sahaja’ pada kulit buku beserta lambang salib.

Semuga agama Islam sentiasa terpelihara dan bertambah kuat tersebar keseluruh pelusuk dunia walaupun berbagai ujian datang.


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!