Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang bukan menjadi polisi blog ini menulis kisah peribadi tapi kali ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada rakan pembaca. Tarikh 20 November tetap menjadi tarikh yang penting dalam kehidupan aku dan isteri seperti pernah di catat dalam entri “Suami Isteri bukan untuk dimiliki” dan “20 November yang tak boleh dilupakan“. Setiap tahun akan disambut sederhana tetapi pasti diingati.
Wedding anniversary 2015 memang tidak dirancang tetapi sangat berbeza bermula dengan pemberian sejambak bunga dan potongan kek ketika makan malam bersama rakan bisnis Malaysia dan Indonesia di Restoran Tom Yam Kung, Ayer 8, Putrajaya. Sejambak bunga memang bukan bandingan kepada sebuah pengorbanan isteri menjaga rumahtangga, mendidik anak-anak dan bersabar dengan permulaan ekonomi kehidupan keluarga yang susah tetapi sebagai tanda ingatan yg tulus. Terima kasih kepada blogger Shakiddo yang membantu buat suprise kecil yang menjadi.
Isteri kata nak bermalam di hotel lantas aku terfikir Grand Hyatt Kuala Lumpur kerana restorannya Thirty8 di tingkat 38 sememangnya cantik pemandangan. Mulanya nak booking guna Agoda memang dapat harga istimewa tapi bawa anak takut dapat bilik lantai berbeza. Cuba buat panggilan beberapa kali untuk booking bilik tapi tak berjawab akhirnya aku tinggalkan pesanan di FB Grand Hyatt Kuala Lumpur. Mereka jawab sangat cepat dan aku maklumkan semua detail keperluan termasuk kisah ulang tahun perkahwinan dan entri yang Grand Hyatt yang pernah aku tulis di blog Denai.my. Alhamdulillah hotel belanja kek anniversary dan bilik Grand delux king dengan harga istimewa. Alhamdulillah tidak dirancang awal tetapi dengan izin ALLAH menjadi sangat istimewa.
Mungkin ramai kekawan tidak tahun sejak 2008 mulanya blog ini dilahirkan aku sememangnya buat semua kerja secara online dari rumah. Sesuatu yang sangat mengembirakan kepada seorang isteri apabila melihat suami depan mata setiap hari bertahun-tahun sehingga hari ini tetapi bukan melepak sakan depan TV tapi bekerja online dari rumah. Nikmat bekerja dari rumah dengan kebebasan masa dan kewangan hanya kami nikmati setelah bersusah payah bertahun-tahun sebelum itu. Memang benar kata bijak pandai susah-susah dahulu senang-senang kemudian.
Hari ini aku dijemput ke sana-sini untuk bercerita bagaimana aku boleh bekerja dari rumah sudah bertahun-tahun. Insyaa Allah dalam tempoh dua tiga tahun kehadapan aku akan membantu ramai ayah dan suami menjadi usahawan online sepenuh masa dari rumah dan boleh menyambut ulang tahun di mana sahaja yang kita pilih. Semuga ALLAH permudahkan dan jutaan terima kasih kepada isteri ku yang sentiasa memahami diri ku dan perjuangan ku untuk dunia menuju akhirat.
160 Comments
Penghargaan buat isteri. Kadang-kadang buat istimewa macam ni bagus juga untuk menghargai jasa isteri kepada Tuan DH.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cuti Sekolah Buat Kerja Dari Rumah
Sama-sama kita mengingati tarikh penting terutamanya hari kelahiran dan hari perkahwinan pasangan masing-masing dan cuba buat majlis secara kecil-kecilan. Boleh buat di tempat yang istimewalah sikit.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Memang bagus sangat tu JobDiRumah Buat Duit. Apatah untuk orang yang tersayang, yang selalu ambil tahu pasal makan, minum, sihat dan sakit.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Jobdirumah: Itulah isteri, dia rakan, dialah sahabat, dialah pendidik, dialah pemegang amanah dan dialah kekasih.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Aah, setuju..sesekali meraikan teman rapat hidup kita kan..
buatnya gembira pastinya kita juga turut bahagia
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
romantik juga tuan hj DH. semoga berbahagia dengan pasangan hingga ke akhir hayat
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
Tidak dinafikan tuan DH memang romantik orang nya…tahniah dan semoga berbahagia until jannah..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kebaikan Magic Sim Yang Terbongkar
Boleh tiru juga macam ni kalau nak buat annivesary. Agak agak hotel mana lah yang nak sponsor.?
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Romantik dengan isteri sendiri kan..
Kekadang suami ni nampak garang namun dalam hati ada taman juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Betul tu. romantik Tuan DH. Semoga berbahagia hingga ke syurga. Raikan orang tersayang dengan sebaiknya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Cuti Sekolah Buat Kerja Dari Rumah
Hari yang teristimewa begini, perlu diadakan majlis sambutan Anniversary perkahwinan sebagai tanda setia kita kepada pasangan kita yang selama ini hidup dalam suka dan duka.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Johor DT Gagal Ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2015
Memang patut pun di buat Special kan tuan Kamil. Barulah isteri gembira, semua penat lelah dan perit jerih terasa tiada apa-apa.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Sekali sekala, memang kena romantik, baru hubungan itu sentiasa hangat dan mesra.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Setuju, kena tunjukkan kasih sayang kepada pasangan..
Kekadang isteri nak juga belaian romantika de amour tu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Mudahnya Hilangkan Sel Kulit Mati Dari Wajah dan Badan
Bagusnya mendapat pasangan yang menghargai diri pasangannya kan..
sesekali feeling romantik gitu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin C Kurangkan Hormon Stress yang Menyebabkan Sakit Kepala dan Migrain
Bestnya dapat sambut Anniversary di Hyatt Hotel, di Kuala Lumpur. Satu kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan detik-detik bersama insan tersayang. Selamat Ulang tahun ke-?? buat Tuan Denaihati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Bagus tu, tahun depan boleh buat lagi, mungkin konsep yang berbeza dan suasana yang berbeza pula.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Aah, tahun depan mungkin dengan konsep yang berbeza…maybe di taman pula kan…penuh dengan bunga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin C Kurangkan Hormon Stress yang Menyebabkan Sakit Kepala dan Migrain
Kenangan manis yang akan tersemat di hati dan sentiasa menjadi ingatan.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Kenangan yang akan diingati sampai bila-bila..
Semoga berbahagia hingga ke jannah
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Mudahnya Hilangkan Sel Kulit Mati Dari Wajah dan Badan
Selamat ulangtahun yang ke????
Hanya mereka yang mengetahuinya…biarlah rahsia…hihi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Mudahnya Hilangkan Sel Kulit Mati Dari Wajah dan Badan
tu dia.
macam best aje hotel tu.
kali pertama tajuk artikel jiwang sikit lebih dari biasa.
haha..
Curahan rasa titan @ ..Hadiah hari jadi TERBAIK untuk bini tercinta.
Sekali sekala jiwang tu tiada maalah kan bro Titan. Inilah namanya kehidupan, kalau tidak boring aje kan tak syok tu.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Sesekali lari tajuk dari biasa kan cikgu..
Alhamdulillah ada rezeki buat di tempat yang mewah sikit
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Adakah Vitamin C Bantu Kurangkan Lemak Perut?
tahniah tuan mempunyai hati yang cukup murni untuk membantu ramai orang lain mencipta kejayaan
Curahan rasa mrhanafi @ ..5 Tips Atasi Bosan Bekerja
Kan, memang sungguh murni niat bro DH nih kan, buat business berjemaah, itu yang secara tak langsung, beliau pun mendapat banyak peluang…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Membantu lebih ramai orang berjaya membuatkan diri pun akan terdorong mendapat kejayaan juga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Usaha yang baik dan wajar dicontohi, sama-sama membantu untuk memajukan ummah. Memang terbaiklah bro DH!
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Selepasni mesti ramai lagi rakan bisnes tuan DH akan berjaya seperti beliau..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Taniah tuan , dan selamat ulang tahun perkahwinan, semoga tetap berbahagia sehingga ke akhirnya 🙂
Curahan rasa onlajer @ ..Panduan Dekorasi Budget Rumah Baru
Semoga berkekalah hingga ke Jannah.. Happy2 sokmo dan err.. semoga bertambah cahaya mata…
Tahniah Tuan denaihati…. semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan juga ke Syurga Jannah. Pasti ada hadiah yang best lagi daripada insan tersayang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Test SEO: Contest Review Lynk.my 2015
Tuan Kamil yang sudah pastinya hadiah yang istimewa untuk orang yang istimewa.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
cantiknya bilik.. memang sesuai utk pasangan yg nak berbulan madu. view dari bilik pun lawa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Itu lahnya, sememangnya sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu bilek maca ini.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Memang baguslah orang yang buat aranggement bagi pihak hotel. Pemandangan pun baik punya.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Nikkhazam: Terasa macma bulan madu kali kedua lah pulak ya? Anyway memang best lah. Cuma kalau saya suka tempat yang aman,sunyi dan damai.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Happy Anniversary Tuan DH. Semoga kekal bahagia selamanya. Best juga buat isteri teruja sekali sekala kan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Setuju, sekali sekala memang kena buat pasangan kita berasa gembira & di hargai…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Tahniah dan selamat ulang tahun 😉 sememangnya cita-cita saya untuk bekerja dari rumah seperti tuan haji..doakan juga kejayaan saya 🙂
Curahan rasa Mohd Zahran @ ..Cara Beli Ubat Online – Kempen Kesedaran Pembelian Ubat Online
Aminn. semoga berjaya cita-cita tuan juga. Ramai yang nak kerja dari rumah. Banyak masa bersama keluarga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Masa bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat-sangat bermakna buat semua yang bekeluarga.
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Supernifz: Kita buat pun kan untuk keluarga, sudah tentu ia memang amat bermakna.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Happy Anniversary Tuan Haji 🙂 Tahniah juga atas keputusan anak di tahun 6! All the best!!
Tahniah atas kejayaan anak tuan DH dan keluarga. Semoga bertambah kejayaan selepas ini.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
semoga tuan DH dan keluarga terus diberi kejayaan dan dilimpahkan rezeki
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bil Bercetak TM Dicaj RM5 Mulai 2016
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan tuan DH suami isteri Semoga bahagia hingga ke syurga.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Selamat ulangtahun buat bro dan isteri , semoga kekal bahagia , murah rezeki dan sihat walafiat sehingga ke syurga . Amin…
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Jom Pekena Kuey Teow Goreng
Wah romantikadiamour…selamat menyambut ulangtahun perkahwinan tuan..semoga bahagia kekal hingga ke akhir hayat…
Curahan rasa KERJA ADA KOSONG DI SINI @ ..JAWATAN KOSONG 7 ELEVEN
so sweet! happy anniversary bro!
semoga ikatan berkekalan ke akhirnya 🙂
Curahan rasa Nurul Syuhaida @ ..Keratan rentas tulang anda
Amin. Memang manis jika bersama isteri. Semoga kekal bahagia selamanya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Boleh Tampung Perbelanjaan Yang Meningkat
Memang sweet sangat tu Nurul Syuhaida, Apatah lagi untuk pasangan yang memang halal. orang kata till jannah.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
hepi anniversary ye tuan..moga dikurniakan keluarga yang bahagia sentiasa dan dilimpahi RahmatNya
Curahan rasa reezluv @ ..Selamat Tinggal REEZLUV.COM
Amin. semoga bahagia hingga ke syurga. Seronok buat Anniversary macam ni kat isteri.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
tahniah tuan, semoga terus sukses dan bahagia sekeluarga hingga ke syurga
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Set Resdung Shaklee Rawati Masalah Resdung / Sinus
Amin. semoga DH dan isteri sentiasa berjaya dan beroleh kebaikan dimana-mana berada.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah Bayar RM900 Untuk Tugasan
Aamiin dan saya juga doakan demikian…saya tumpang gembira dengan cerita gembira begini…
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kebaikan Magic Sim Yang Terbongkar
Moga Allah swt perkenankan doa kami ini, supaya kebahagian milik tuan DH sekeluarga hingga ke jannah. Teruskan perkongsia tuan dalam memandaikan bangsa.
Curahan rasa Sani @ ..Contest Review Lynk.my 2015
Comments are closed.