Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang bukan menjadi polisi blog ini menulis kisah peribadi tapi kali ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada rakan pembaca. Tarikh 20 November tetap menjadi tarikh yang penting dalam kehidupan aku dan isteri seperti pernah di catat dalam entri “Suami Isteri bukan untuk dimiliki” dan “20 November yang tak boleh dilupakan“. Setiap tahun akan disambut sederhana tetapi pasti diingati.
Wedding anniversary 2015 memang tidak dirancang tetapi sangat berbeza bermula dengan pemberian sejambak bunga dan potongan kek ketika makan malam bersama rakan bisnis Malaysia dan Indonesia di Restoran Tom Yam Kung, Ayer 8, Putrajaya. Sejambak bunga memang bukan bandingan kepada sebuah pengorbanan isteri menjaga rumahtangga, mendidik anak-anak dan bersabar dengan permulaan ekonomi kehidupan keluarga yang susah tetapi sebagai tanda ingatan yg tulus. Terima kasih kepada blogger Shakiddo yang membantu buat suprise kecil yang menjadi.
Isteri kata nak bermalam di hotel lantas aku terfikir Grand Hyatt Kuala Lumpur kerana restorannya Thirty8 di tingkat 38 sememangnya cantik pemandangan. Mulanya nak booking guna Agoda memang dapat harga istimewa tapi bawa anak takut dapat bilik lantai berbeza. Cuba buat panggilan beberapa kali untuk booking bilik tapi tak berjawab akhirnya aku tinggalkan pesanan di FB Grand Hyatt Kuala Lumpur. Mereka jawab sangat cepat dan aku maklumkan semua detail keperluan termasuk kisah ulang tahun perkahwinan dan entri yang Grand Hyatt yang pernah aku tulis di blog Denai.my. Alhamdulillah hotel belanja kek anniversary dan bilik Grand delux king dengan harga istimewa. Alhamdulillah tidak dirancang awal tetapi dengan izin ALLAH menjadi sangat istimewa.
Mungkin ramai kekawan tidak tahun sejak 2008 mulanya blog ini dilahirkan aku sememangnya buat semua kerja secara online dari rumah. Sesuatu yang sangat mengembirakan kepada seorang isteri apabila melihat suami depan mata setiap hari bertahun-tahun sehingga hari ini tetapi bukan melepak sakan depan TV tapi bekerja online dari rumah. Nikmat bekerja dari rumah dengan kebebasan masa dan kewangan hanya kami nikmati setelah bersusah payah bertahun-tahun sebelum itu. Memang benar kata bijak pandai susah-susah dahulu senang-senang kemudian.
Hari ini aku dijemput ke sana-sini untuk bercerita bagaimana aku boleh bekerja dari rumah sudah bertahun-tahun. Insyaa Allah dalam tempoh dua tiga tahun kehadapan aku akan membantu ramai ayah dan suami menjadi usahawan online sepenuh masa dari rumah dan boleh menyambut ulang tahun di mana sahaja yang kita pilih. Semuga ALLAH permudahkan dan jutaan terima kasih kepada isteri ku yang sentiasa memahami diri ku dan perjuangan ku untuk dunia menuju akhirat.
160 Comments
Wahh.. lain dari yang lain sejambak bunga nih.. memang bro DH nih penuh dengan kelainan. semoga berkekalan…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Alhamdullilah.. Happy Annerversary yer bro DH… semoga berkekalan hingga ke Jannah .. Insyallahh aminnn..
Seronoknya.. selamat ulang tahun perkahwinan, semoga terus diberkati inshaAllah!
Tahun depan boleh hapgred hotel jauh pulak.. hehe
Curahan rasa Putri @ ..Susu Badan Kurang Semasa Period – 5 Langkah Yang Ibu Boleh Ambil SEKARANG Untuk Elak Merudum
Cantiknya permandangan hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur nih… nampak semua permandangan Kuala Lumpur, kalau malam kompem lagi lawa punya nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
dari pengalaman 5 tahun pertama perkahwinan agak perit sedikit haha..tambah2 zaman najib
Curahan rasa Belang tarung @ ..Benarkah Piring Astro Menghadap Kiblat (Ka’abah) di Mekah ?
Permulaan perkahwinan memang memacam dugaan yang ada.. dengan anak2 yang baru lahir.. dengan nak sediakan memacam persiapan tuk anak2.. memang satu tempoh yang penuh dugaan lah kan..
romantik bro..aku sendiri pun tak pernah bagi bunga dekat wife aku…semoga keluarga DH terus kekal bahagia
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Pengalaman Bersama ONEXOX
Sekali sekala menghappykan pasangan kita adalah sesuatu yang pasti akan di ingati selamanya. Next nanti boleh lah hadiahkan sejambak bunga untuk pasangan memasing ya…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
tahniah..biar macam halangan skali pun, kemanisan di pengakhiran yg kita cari..semoga terus berkekalan tuan
Curahan rasa JMR @ ..Jom esok ke Karnival Upin dan Ipin 2015.
Semoga kita yang berpasangan (Sah) sentiasa di dalam lindungan yang masa ESA… kuatkan semangat untuk menghadapi sebarang ujian dan dugaan.
Diberi penghargaan setelah bertungkus lumus beberapa tahun untuk memperkenalkan jenama sendiri pastinya diri berbangga akan pencapaian yang telah dicapai
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kelebihan Pengambilan Vitamin C dan E Secara Serentak
Setuju.. Segala penat lelah di balas dengan sesuatu yang pasti di ingati selamanya.. semestinya satu kenangan yang akan di ingati sentiasa nih…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Walaupun sambutan sederhana namun ingatan tu tetap dihati..
Semoga berkekalan abadi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Halia yang Menakjubkan untuk Kesihatan
Ingatan itu yang paling penting sekali kan… Bunga ke kek ke.. itu kire bonus tuk menambahkan kegembiraannya…Besh..beshh…
Tahniah.. semoga kekal hingga ke syurga…. Dalam kesibukan pun, mesti kena sentiasa ingat orang yang tersayang 🙂
Curahan rasa Fyda Noh @ ..Kembali Bertenaga Selepas 3 Hari Bersalin Secara Caeserean
Tuan Denaihati ni memang beruntung… Sebab bekerja dari rumah…. Sambil bekerja dapat tengok keadaan rumah tangga di hadapan mata…
Curahan rasa Anuar @ ..Calon-calon menang wang tunai RM1000!
Kan.. memang seronok lah kalau pandai macam bro DH nih… boleh buat duit sambil dok umah jer.. siap buleh g jejln merata lagi.. hurm….
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Ingatan kepada orang tersayang ni bukan setakat pada hari ulang tahun kelahiran sahaja…
Kalau setiap hari dapat sekuntum bunga pun jadi la…hihi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kelebihan Pengambilan Vitamin C dan E Secara Serentak
Ha’ah tepat sekali tuh dr. Tapi sekali sekala buat kelainan pun okeh jugak kan.. kasik suprise!!!! kompem akan ada yang meleleh ayo mata punye lah kan… hehehe…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah- Astro Awani
Sejambak bunga yang sangat cantik untuk diraikan di hari ulangtahun perkahwinan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Vitamin C Kurangkan Hormon Stress yang Menyebabkan Sakit Kepala dan Migrain
Memang kena buat macam ni, sekali sekala, supaya ikatan sentiasa mesra dan hangat sentiasa. Moga bahagia milik kita semua.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Best kalau dapat surprise dari kawan-kawan dan sahabat handai ketika meraikan hari bahagia macam ni kan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Kalau setiap hari isteri diraikan tanda penghargaan, pun seronok juga kan..pasti ikatan akan lebih erat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan, tuan Denahati. moga bahagia hingga ke syurga. Aminn…
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Dapat harga istimewa sempena hari ulang tahun perkahwinan pun sangat bagus kan..
boleh la belanja isteri dan anak-anak tuan DH
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Bestnya hotel siap belanja kek dan penginapan percuma lagi tu sempena hari ulang tahun tuan DH
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Manfaat Vitamin C dari Ekstrak Jagung Kepada Kesihatan.
Untunglah dapat kek surprise percuma. Hotel pun dapat harga special. Apatah lagi saat meraikannya bersama kekasih dunia dan akhirat.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Semoga tahun-tahun yang akan datang suami saya pun akan bekerja dari rumah sahaja bersama-sama menjana pendapatan melalui bisnes
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
Insyallah, moga tercapai cita cita Noriza sekeluarga. Amin ya Rab ball Alamin..
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Comments are closed.