SBB2014 membina jaringan alam maya ke dunia nyata

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bersyukur kita kepada ALLAH SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat berkumpul pada hari ini. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhamad SAW kerana dengan pengorbanan baginda kita mendapat nikmat iman dan Islam.

Jutaan terima kasih kepada En. Mohd Sukari Bin Ab. Hamid yang mewakili sahabat saya YBHG. DATO’ MOHID MOHAMED, Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana sudi bersama dengan warga blogger pada pagi ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada :

  1. Saudara Shahul Hameed Shaik Dawood, Founder dan Presiden Majlis Sosial Media Malaysia
  2. Mr Joe Wong, Pengurus Perhubungan Awam Yeo’s Malaysia.
  3. Pn. Amiza CEO Ocean Life Marketing Sdn Bhd
  4. Pn. Rozita Ibrahim, Pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya.
  5. Tn Hj Azhar Hj Baharin, MD Segi Seri Sdn Bhd
  6. Pn Hasniza Pengasas Butik Umi Umairah
  7. Ustaz Ashaari Pengerusi Koperasi Islam Kemboja
  8. Rakan Blogger yang datang dari pelusuk Malaysia, sahabat blogger dari Indonesia dan Brunei.

Pejam celik rasanya baru semalam saya mengumumkan Majlis Sepetang Bersama Blogger Yeo’s 2014 alhamdulillah hari ini kita lebih 340 blogger dan jemputan berkumpul di Restoran Saloma Bistro. Memang tak rancang nak anjurkan SBB2014 tetapi memang rezeki untuk rakan blogger apabila Yeo’s Malaysia sudi untuk menjadi penaja utama. Jutaan terima kasih kepada Yeo’s.

sepetang bersama blogger 2014

Memang tak percaya apabila semua meja untuk rakan blogger ditempah penuh dalam tempoh tujuh hari sahaja walaupun dikenakan sedikit bayaran. Sambutan yang sangat mengalakan telah membuka pintu beberapa syarikat untuk menjadi co-sponsor iaitu :

  1. Oceanlife Marketing Sdn Bhd yg terkenal dengan produk kecantikan Ephyra akan datang bersama Duta produk Norman Hakim dan Memey.
  2. Lazada Malaysia sebuah Online Shopping Mall premier yang datang bersama associate Blogger.
  3. MyNic Berhad sole administrator domain .my.
  4. Butik Ummi Umairah pengeluar tudung premier khas untuk wanita eksekutif yang mementingkan kualiti.
  5. Al Ansar Health Sdn Bhd menyediakan pusat Rawatan Alternatif pilihan ramai.
  6. Segi Seri Sdn Bhd syarikat Pengendalian Perkhidmatan Makanan berpusat di Shah Alam.

Terima kasih kepada team iLuvTour kerana sudi menjadi photographer dan videographer untuk majlis ini begitu juga jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menaja berbagai hadiah cabutan bertuah antaranya Jamu Ratu Malaya, Severfreak, AirAsia Malaysia, Gaya Travel, Little Scarf Collection, MyMustaffa.org, Kedaicotton.com, Nadot.my, Bachplussize, Lagenda Otak-otak, Anjung Jelita Spa & Beauty Center, Noehas.com, Ciklaili.com, Mohd Zulfan Islami, Belladina Shop, Penmerah.com, Amanz.my dan penderma-penderma yg tidak mahu nama mereka disebut.

Terima kasih juga kepada pihak media massa yang sudi bersama memeriahkan majlis pada hari ini, semuga majlis ini akan dapat mengeratkan hubungan antara blogger dan rakan media yang kekadang ada pasang dan surutnya.

Terima kasih juga kepada Rakan-rakan Blogger yang sudi berkongsi ilmu selepas ini antaranya Ben Ashaari, Shafiee Bustan, Redmummy, Zarul Husin dan Hazman Fadzil.

sepetang bersama blogger 2014

Terima kasih juga kepada kumpulan Chempuling yang dibawa khas di Banting oleh Saudara Masruken. Semuga semua terhibur dengan musik tradisional ini.

Sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua kerana tanpa mereka pasti tiadalah seri majlis ukhwah pertemuan warga blogger ini. Untuk pengetahun para jemputan ini adalah majlis sepetang bersama blogger hari ini adalah kali ke tiga setelah berjaya dianjurkan pada tahun 2012 dan 2013. Alhamdulillah penganjuran majlis sepetang bersama blogger telah berjaya merapatkan hubungan bukan sahaja di kalangan blogger juga blogger dengan syarikat-syarikat korporat, media massa dan masyarakat. Program santai ini telah dapat mempertemukan rakan-rakan blogger yang selama ini hanya berinteraksi secara online di FB, Twitter dan Instagram. Ramai di kalangan kita yang kali pertama bertemu pada hari ini.

sepetang bersama blogger 2014

Peranan blogger dan masyarakat pada suatu masa dahulu memang agak renggang sehingga ada yang mengistilahkan blogger sebagai blogger liar yang ditakuti. Kini semuanya sudah berubah dimana blogger memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam masyarakat tetapi juga dalam dunia bisnis. Semakin banyak syarikat korporat berjenama besar yang sudah berani meluaskan perniagaan dengan menggunakan khidmat blogger. Menjadi azam Denaihati Network untuk melatih seramai mungkin blogger profesional yang bakal mewarnai dunia bisnis Malaysia dan dunia sehingga berjaya meningkatkan pulangan sesebuah perniagaan. Kalau dahulu blogger hanya hobi inshaa Allah ianya akan menjadi kerjaya profesional yang bukan sahaja boleh menyara hidup tetapi bakal menjadi usahawan online yang berjaya.

Untuk mencapai matlamat tersebut inshaa Allah berbagai latihan akan dianjurkan oleh Denaihati Network antaranya seminar asas buat blog, seminar master buat blog dan yang terdekat adalah “Seminar Gandakan duit dengan blog” pada 17/5/2014. Kepada yang berminat boleh mendaftar di meja pendaftaran dengan yuran istimewa untuk hari ini iaiatu RM88 sahaja. Selepas majlis SBB2014 yuran penyertaan adalah RM188 jadi jangan lepaskan peluang. Jangan sayang untuk melabur untuk ilmu kerana mungkin dengan pelaburan yang sedikit akan memberi pulangan ekonomi yang boleh mengubah nasib keluarga dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar.

Kerjaya sebagai blogger memang boleh diharap kalau kita bersungguh-sungguh memberi penulisan berkualiti kepada pembaca. Blog Denaihati telah membuktikan setelah mendapat berbagai kejayaan selama tempoh 5 tahun berada di alam maya. Antara kejaya manis adalah mendapat tiga anugerah dari Majlis Sosial Media Malaysia iaitu Best Blog of the year 2012, Most Creative blog 2013 dan terkini Best Micro Blog 2014. Blog Denaihati juga telah terpilih sebagai Best Personal blog 2013 oleh MyNic. Terima kasih kepada Majlis Sosial Media Malaysia dan MyNic kerana mempercayai blog Denaihati.

sepetang bersama blogger 2014

Sebagai menutup kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada team Denaihati yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Jika ada salah silap yang tidak sempurna saya bagi pihak team Denaihati memohon ampun dan maaf. Semuga majlis kita akan memberi manafaat bukan sahaja kepada yang berada di sini juga kepada pembaca-pembaca blog di luar sana. Dan paling penting semuga kita semua dapat memberi biar pun sedikit manaafat kepada seluruh alam.

Sekian terima kasih.

Dapatkan coverage Sepetang bersama blogger 2014 dengan hashtag #SBB2014 di Twitter dan FB



Spread the love

63 Comments

  1. Tahniah di atas penganjuran event yang hebat Tuan!
    Semoga terus sukses di masa depan.
    Sebab event ni lah saya menang iphone 5c. Syukur! ^__^

  2. Seronoknya majlis nie..rugi rasanya tak dapat join sebab banyak yang boleh dikongsikan dan banyak ilmu yg boleh diperolehi..disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan maka x boleh TPK naik join program nie..lain kali jika ada peluang pasti akan turut sama memeriahkan majlis nie..tahniah pada team denaihati kerana berjaya mengajurkan program ini..
    Curahan rasa Mohd yazed @ ..Buruk Baik Di Sebalik Kejadian #MH370My Profile

  3. Seronoknya majlis nie..rugi rasanya tak dapat join sebab banyak yang boleh dikongsikan dan banyak ilmu yg boleh diperolehi..disebabkan kekangan yang tidak dapat dielakkan maka x boleh TPK naik join program nie..lain kali jika ada peluang pasti akan turut sama memeriahkan majlis nie..
    Curahan rasa Mohd yazed @ ..Buruk Baik Di Sebalik Kejadian #MH370My Profile

  4. Pingback: buku denaihati
  5. alhamdulillah seronok sekali baca tentang event SBB kali ni, sha tumpang bangga dgn usaha Tn Hj Ilham dan team Denaihati 😉

    maaf sekali lagi sebab sha x dpt bersama-sama memeriahkan event SBB kali ini…
    Curahan rasa sha @ ..Tiada yang lama, tiada yang baruMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!