Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pejam celik 31 Ogos datang lagi dimana Malaysia sekali lagi menyambut Hari Kemerdekaan ke 56 dalam suasana aman damai sedangkan semakin banyak negara lain berada dalam keadaan kucar kacir dan yang terkini Syria dan Mesir. Kita hanya akan menghargai keamanan dan kedamaian setelah berlaku kucar kacir ibarat kata bijak pandai kita hanya menghargai sihat bila sudah sakit. Malangnya semakin ramai warga Malaysia yang mengambil mudah kedamaian dan keharmonian yang dikecapi oleh Malaysia hanya kerana perjuangan demokrasi.
Video Merdeka Petronas untuk tahun 2013
Lupakan perbalahan PRU13, mari kita bersama berpegang tangan membina Malaysia yang lebih harmoni, aman dan damai melampaui batas fahaman politik. Menyahut cabaran kempen #SaySomethingNice jom kita berkongsi idea yang bernas memeriahkan #Merdeka56 yang boleh membangunkan Malaysia daripada bercakaran menegakkan perbezaan pendapat yang tidak akan ada akhirnya.
Imej Google Malaysia sempenaa #Merdeka56
Sebahagian luahan hati #SaySomethingNice dari Rakan Blogger dan Rakan Facebook.
“Merdeka bukan hanya pada laungan , Merdeka bukan hanya pada menyambutnya dengan menyanyi, main mercun dan sebagainya, Merdeka juga bukan hanya pada mengibarkan jalur gemilang. Merdeka terletak pada hati kita dan minda. Cuba menghayatinya dengan ikhlas dan hargailah jasa jasa pejuang negara.” – Aiman Azia
“Merdeka kan diri kita dari pendirian kolot dan kebergantungan dgn sesiapa. Hidup berdikari.” – Top Up Mudah
“Merdeka! Merdeka! Merdeka!” – Mohd Shubhi Abdul
“Bebaskan pemikiran dari anasir luar.hayati perit gerih pejuang dahulu jangan sia-sia perjuangan mereka.merdeka bukan sekadar hanya duduk sambil melihat konsert dan bunga api.cuba bersihkan minda dan jiwa.salam merdeka.” – Muhamad Faizal Anuar PJ
“Merdeka berarti harus membangun bukan untuk pribadi atau golongan. Adil untuk semua, makmur untuk semua, hukum pun berlaku untuk semua. Merdeka berarti bersatu membangun.” – Dadan Darmawan
“Merdeka bukan setakat kita meraikannya dengan perbarisan atau menampal bendera di kenderaan dan bangunan tetapi ianya membawa erti kita telah “menampal” bendera Malaysia dalam-dalam di jiwa sanubari kita. Sehingga bila kita melihat bendera Malaysia berkibar, kita bangga menjadi Anak Malaysia! Saya Sayang Malaysia!” – Hafiz Mohd
“Kemerdekaan sebuah negara adalah nikmat yang terbesar kurniaan Allah yang bukan semua manusia dapat merasainya. Berapa ramai umat dan bangsa yang mendiami dunia ini semenjak daripada dahulu hinggalah sekarang, tidak berhenti-henti bejuang hanyalah.” – Melastik Bintang<
“#Merdeka bukan pada negara sahaja. ..tetapi pada diri kita sendiri juga….. merdekakan minda.. merdekakan hati.. merdekakan perasaan… supaya hidup kita akan lapang…sejahtera dan tenang.” – Sumi Jelly
“Istilah pada perundangan mungkin lebih tepat dalam ertikata kemerdekaan..lantas di uji oleh Allah SWT dengan mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada hambanya….kekadang kebebasan seperti terlalu disalahgunakan sehingga kita terlupa dengan saudara seagama kita di luar sana yang masih di uji dengan pelabagai musibah.” – Yusdi
“Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Kemerdekaan yang kita kecapi kini bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi mental dan spiritual. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih memperkasakan bangsa. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang kita miliki dapat dipertahan dan dikekalkan. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Merdeka! Merdeka! Merdeka!” – Syuhada Baharudin
“Merdeka hari ini, bukan hanya sekadar membebaskan diri dari belenggu penjajahan secara fizikal. Merdeka hari ini perlu lebih ke arah membebaskan diri dari penjajahan minda, jasmani, rohani, emosi dan sosial (MinJaROES). Kalau dulu perlu berperang, pegang senjata bermandikan peluh, berlumurkan darah untuk bebas merdeka, tapi kini perlu bersenjatakan akal, berpelurukan ilmu dan berperisaikan jati diri. Semoga kemerdekaan yang diraih, dapat dikekalkan. Sama-sama kita membangunkan diri sendiri demi negara, agama dan bangsa. Salam kemerdekaan buat semua.” – Khairul Anuar
“Merdeka. Kenali.Fahami.Jiwai.Rasai. Kita Hanya Rasa. Mereka Yang Berjuang Faham.” – Afendi Abu Talib
“Saya bangga menjadi anak Malaysia. Rasa sangat bersyukur kerana tiada peperangan sperti di negara islam yang lain. Semoga negara kita akan aman dan utuh walaupun ada anasir jahat yang sedang menduga Malaysia.” – Alin Marlini
Bayangkan apabila kita semua sentiasa #SaySomethingNice sudah pasti aura positif akan menyelubungi Malaysia yang akan mengaktifkan minda warga Malaysia menjadi manusia yang lebih bernilai dan membina negara Malaysia yang lebih maju bukan hanya pembangunan material tetapi lebih penting adalah modal insan yang bernilai tinggi.
Kempen #SaySomethingNice di restoran TGI Friday, Alamanda, Putrajaya.
Kongsikan #SaySomethingNice di blog anda semuga ianya menjadi sebahagian sumbangan kecil kita kepada Malaysia sempena #Merdeka56. Semuga usaha kecil kita ini akan menjadi asbab Malaysia terus aman damai sehingga kiamat.
Video laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman yang terus menjadi sejarah
Promosi Merdeka Special Akademi Denaihati Network
Kepada sesiapa yang mendaftar WordPress Master Class untuk sesi 22 September ni, akan menerima bonus Website Audit untuk satu blog pilihan anda.
Website Audit ini termasuk Security audit, Front page optimization, SEO audit dan one-time maintenance service. Bonus ini bernilai RM699, tetapi anda boleh dapatkan PERCUMA dengan hanya mendaftar WordPress Master Class untuk sesi 22 September 2013.
Rebut peluang ini sekarang, kerana tempat adalah terhad, dan offer akan ditutup selepas cukup penyertaan.
50 Comments
Hayati lah pengorbanan pejuang kemerdekaan dan kekalkan kemerdekaan yg ada.
Tema ” Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku” banyak memberi pengertian yang amat mendalam pada rakyat Malaysia. Kedaulatan yang harus dipertahankan, Tanah air kita yang kita duduki agar pertumpahan darah tidak dibiarkan terus berlaku suatu ketika dahulu sebelum kemerdekaan dan yang lepas iaitu pencerobohan Sulu di Semporna, Sabah.
Jadikan ini satu pengajaran yang perlu diberi perhatian. Semarakkan kemerdekaan dengan mengibarkan bendera “Jalur Gemilang” di kenderaan masing-masing.
Semoga negara kita terus aman, makmur, sejahtera dan sentosa sepanjang masa. Perpaduan antara kaum perlu dipertahankan dan terus kekal subur murni, agar keamanan terus dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
MERDEKA…MERDEKA,,,MERDEKA…..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tema Hari Kemerdekaan 2013 Kali Ke-56 “Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”
Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. Jadikan hari kemerdekaan untuk terus beringat akan erti perjuangan kita yang sebenar untuk menuju ke arah negara yang harmoni, makmur, aman dan sentosa. jadikan pengajaran apa yang telag terjadi kepada negara-negara Islam di dunia seperti Syria, Mesir, Iraq, Afganistan, Libya dan sebagainya. Eratkan perpaduan antara kita selama ini. Jangan abaikan apa yang telah kita nikmati kini. Kekalkan ia sepanjang masa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tema Hari Kemerdekaan 2013 Kali Ke-56 “Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”
Salam merdeka untuk semua sahabat dari Malaysia.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..AZRAX – Melawan Sindikat Perdangangan Wanita
Terima kasih bang Iwan di atas kata-kata ucapan semangat buat kami sebagai rakyat Malaysia. Semoga jalinan antara Malaysia dan Indonesia akan terus kekal sebagai sebuah negara sahabat yang mengekalkan keharmoni dan teloransi antara dua negara.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Tema Hari Kemerdekaan 2013 Kali Ke-56 “Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”
salam kemerdekaan kepada semua pembaca di denaihati
hujan rahmat di 31 Ogos
semoga keamanan dan keharmonian akan berkekalan, amin
#urmalaysianisshowing #saysomethingnice #gobeyond
Curahan rasa penaberkala @ ..#UrMalaysianIsShowing Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Salam Merdeka buat semua…!!
Curahan rasa papa mifz @ ..Kehabisan Air Mineral di Pasaraya
Selamat sambut hari merdeka ke 56…dengan penuh keinsafan!
Curahan rasa Mohd Shubhi @ ..Usahawan yang merdeka
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56, semoga kita dan bumi tercinta ini akan terus aman makmur di bawahan naungan Ilahi …. amin
Curahan rasa AUC @ ..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56
Selamat hari Merdeka semua blogger Sahabat dari Malaysia semoga yang terbaik untuk kejayaan bangsa dan Negara ANda
Curahan rasa munir ardi @ ..Blog Marketing Untuk Perusahaan
Ingati jasa pejuang2 negara yang berjuang kepada negara demi keselesaan anak2 sekarang..Malaysia, tanah tumpahnya darah ku
Selamat Hari Kemerdekaan ke-56 bagi negara Malaysia, semoga kedamaian, keadilan, kemakmuran dan kesejahteraan senantiasa menjadi milik bangsa dan rakyat Malaysia
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 saya ucapkan kepada Tuan Denaihati, rakan-rakan blogger, rakan-rakan pembaca dan seluruh Rakyat Malaysia.. Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku…
Curahan rasa Anuar @ ..Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 56 : Bersyukurlah dengan nikmat yang ada…
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Kita patut berstau padu demi negara 🙂
Selamat Hari Kemerdekaan….!
salam kemerdekaan
moga Malaysia terus aman sejahtera
Comments are closed.