Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah bermula hari baru dan kita masih meneruskan perjuangan untuk mencapai apa yang dicitakan.
Seperti ramai yang telah sedia maklum, pada hari Sabtu, 20hb Februari baru-baru ini, satu Majlis Sarapan Pagi bersama AdiPutra Mira Filzah dan Blogger telah dianjurkan oleh pihak Denaihati Network. Majlis yang diadakan di Bangi Golf Resort ini telah mendapat sambutan yang hangat.
Rakan-rakan blogger dari seluruh pelusuk negara telah hadir, tidak dilupakan para peminat AdiPutra (@adp1hotlovers), peminat Mira Filzah (@miracle.fc) dan para penaja telah memeriahkan majlis sarapan pagi yang bermula pada 8.00 pagi ini.
Ini merupakan julung kalinya Denaihati Network menganjurkan acara sebegini, dan untuk AdiPutra dan Mira Filzah, mereka juga buat pertama kalinya menghadiri majlis sarapan pagi sebegini.
Majlis Sarapan Pagi
Majlis ini diadakan untuk mengeratkan perhubungan silaturahim antara satu sama lain dan dalam masa yang sama, AdiPutra telah mengumumkan pakej Umrah bersama beliau yang akan diadakan pada tahun ini. Terdapat beberapa selebriti lain yang akan turut serta dalam siri pakej mengerjakan umrah bersama AdiPutra ini.
Selain itu, ada beberapa perkongsian yang tidak pernah dilakukan oleh beliau dalam mana-mana majlis. Memang banyak perkongsian-perkongsian pengalaman dan tips yang boleh dijadikan teladan dan panduan kepada yang hadir.
Mira Filzah juga berkongsi perkembangan semasa beliau dan projek-projek atau shooting yang akan diadakan dalam masa terdekat.
Majlis santai mengeratkan silaturahim
Dalam Majlis Sarapan Pagi ini juga, ianya menjadi sebagai salah satu majlis untuk mengeratkan lagi silaturahim antara rakan-rakan blogger. Bukan selalu boleh berkumpul beramai-ramai sebegini. Alhamdulillah banyak perkongsian cerita yang berlaku dalam majlis pada pagi sabtu tempoh hari
Ada juga rakan blogger yang datang jauh dari Kelantan dan serata pelusuk Malaysia. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan blogger yang tidak pernah jemu untuk memberi sokongan kepada semua aktiviti yang pihak kami jalankan.
Penaja yang baik hati
Majlis Sarapan Pagi ini dapat dijayakan disebabkan sokongan dari rakan-rakan penaja yang sudi untuk memberi sokongan dengan menaja pelbagai perkara dalam majlis yang memang meriah ini.
Antara rakan-rakan penaja untuk majlis kali ini adalah Jemaah Bisnis Denaihati, EvoWang.com, CVS Production, AbangEnsem.com, Pav’s Lover Bakery dan Sohaini Cookies.
Majlis yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam ini berjalan dengan lancar alhamdulillah. Ramai tetamu yang bertuah membawa pulang hadiah berupa shawl dan minyak wangi daripada Mira Filzah, barangan minuman Codi Cafe dan Codi Teh Tarik daripada Jemaah Bisnis Denaihati, buku daripada abangensem.com dan juga jam tangan tawaf denaihati.
Semoga dengan pertemuan yang sebentar ini mendatangkan banyak faedah kepada semua insyaAlLAH.
Rakan-rakan blogger yang lain, kita akan bertemu lagi dalam majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 yang akan diumumkan dalam masa terdekat, siapa tahu, kita boleh jemput sekali Abang Ngah AdiPutra dan Kak Ngah Mira Filzah untuk bersama-sama dalam #SBB2016 juga?
47 Comments
suka tengok adi putra…arits melayu maskulin.. segak bergaya…hehe
Peminat tegar mesti turun nak jumpa artis kesayangan mereka. Ada yang tidak tidur malam dapat bergambar dengan artis nampaknya. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Guna email autoresponder Emelmatik untuk simpan database pelanggan
Hihi, betul tu. Memang seronok dapat jumpa artis kesayangan. Teringat kenangan berjumpa Anuar Zain dulu. Memang manis
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..10 Tanda Badan Kita Banyak Toksin dan Perlu Detoks
Meriah betul acaranya. Mesti seronok jumpa geng blogger bersama-sama Adi putra dan Mira filzah.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bagaimana Nak Cari Pendapatan Tambahan Di Rumah
Hai Mira Filzah, awak baca komen ni tak? Jumpa di event lain pula.. heheeee
Curahan rasa KiD @ ..Cuti Tahun Baru Cina di Sungai Besar
tahniah atas penganjuran…tengok gambar2 semua muka ceria2 je…alhamdulillah
Curahan rasa siti hazreen @ ..Tips Sentiasa Tersusun Dengan Menggunakan Aplikasi Rainlendar
Betul tu. Semuanya bergembira. Sekali sekala buat acara macam ni boleh mengeratkan hubungan sesama blogger.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Kerja Dari Rumah Kena Ada Target
Tahniah diatas kejayaaan program ni… semoga akan ada lagi program macam denaihati anjurkan….
Tahniah..Semoga terus berjaya.Semoga selalu diberkati dan dirahmati selalu. Semoga berjaya dunia akhirat.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Beirut Gunung Liang
seronok nian ramai-ramai, undang-undang lah sekali-kali, hehe kami kan juga ingin merasakan kebersamaan, hehe
Curahan rasa ariefsigli @ ..Puisi : Diploma Pembatas Kisah
best!! tak sabar nak tunggu gambar dari CVS.. dan tak sabar jugak SBB 2016!!
Thanks denaihati anjur event untuk blogger mcm ni..
Peluang yang jarang-jarang terjadi…. peluang dah ada tetapi ruang pula tidak mengizinkan. Melihat dari kejauhan sajalah… 😛
Curahan rasa yangbaik @ ..Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
Ramai juga rakan blogger yang meraikan majlis sarapan pagi nie…
Kemeriahannya jelas terasa walaupun tidak dapat hadir … huhuhu
Tahniah dan terima kasih kpd Denaihati Network atas acara yg meriah dan menarik ini. Seronok dpt bersama-sama meraikannya… the best!.. 🙂
Curahan rasa Khir Khalid @ ..6 Perkara Perlu Tahu Apabila Membeli Rumah Townhouse
Acara meriah! Tentunya terhasil dengan usaha bersungguh-sungguh dari team denaihati… terbaik 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
Seronok sangat..
terima kasih denaihati untuk peluang ini..
terima kasih kepada pihak sponsor juga..
beautiful moments!
Curahan rasa ainie zubir @ ..Transformasi Steamboat BBQ Buffet Restoran D’Kayangan Shah Alam
Tahniah awak… dapat peluang keemasan ini.
Pastinya ini adalah antara moment indah untuk awal tahun2016 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
hoho..
rajin korang semua turun ye.
jauh la plak nak pegi kali nih.
lain kali la jawabnya.
Curahan rasa titan @ ..Boleh KAYA ke dengan Affiliate?
mereka ada kesempatan, bagi kita yang tidak berpeluang nie…. dapat tengok gambar pun jadilah… 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Cara pantas menghilangkan kelaparan
ramai yang join.. memang boleh tahan penangan drama cinta si wedding planner ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..6 Kesilapan Terbesar Ketika Siaran Secara Langsung
penangan drama cinta wedding planner nie memang hebat…. walaupun saya bukanlah penonton tegar tetapi sikit2 penghayatan tu ada juga … hihihi
Curahan rasa yangbaik @ ..Cepat Mudah & Lazat
Comments are closed.