Sarapan Pagi bersama Adi Putra, Mira Filzah & Blogger selesai dengan senyuman.

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah bermula hari baru dan kita masih meneruskan perjuangan untuk mencapai apa yang dicitakan.

Seperti ramai yang telah sedia maklum, pada hari Sabtu, 20hb Februari baru-baru ini, satu Majlis Sarapan Pagi bersama AdiPutra Mira Filzah dan Blogger telah dianjurkan oleh pihak Denaihati Network. Majlis yang diadakan di Bangi Golf Resort ini telah mendapat sambutan yang hangat.

Majlis Sarapan Pagi Adi Putra Mira Filzah

Rakan-rakan blogger dari seluruh pelusuk negara telah hadir, tidak dilupakan para peminat AdiPutra (@adp1hotlovers), peminat Mira Filzah (@miracle.fc) dan para penaja telah memeriahkan majlis sarapan pagi yang bermula pada 8.00 pagi ini.

Ini merupakan julung kalinya Denaihati Network menganjurkan acara sebegini, dan untuk AdiPutra dan Mira Filzah, mereka juga buat pertama kalinya menghadiri majlis sarapan pagi sebegini.

Majlis Sarapan Pagi

Majlis ini diadakan untuk mengeratkan perhubungan silaturahim antara satu sama lain dan dalam masa yang sama, AdiPutra telah mengumumkan pakej Umrah bersama beliau yang akan diadakan pada tahun ini. Terdapat beberapa selebriti lain yang akan turut serta dalam siri pakej mengerjakan umrah bersama AdiPutra ini.

Selain itu, ada beberapa perkongsian yang tidak pernah dilakukan oleh beliau dalam mana-mana majlis. Memang banyak perkongsian-perkongsian pengalaman dan tips yang boleh dijadikan teladan dan panduan kepada yang hadir.

Mira Filzah juga berkongsi perkembangan semasa beliau dan projek-projek atau shooting yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Majlis santai mengeratkan silaturahim

Mira Filzah dan AdiPutra
Abang ngah Fariz dan kak ngah Zara kelihatan sama kacak sama cantik

Dalam Majlis Sarapan Pagi ini juga, ianya menjadi sebagai salah satu majlis untuk mengeratkan lagi silaturahim antara rakan-rakan blogger. Bukan selalu boleh berkumpul beramai-ramai sebegini. Alhamdulillah banyak perkongsian cerita yang berlaku dalam majlis pada pagi sabtu tempoh hari

Ada juga rakan blogger yang datang jauh dari Kelantan dan serata pelusuk Malaysia. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan blogger yang tidak pernah jemu untuk memberi sokongan kepada semua aktiviti yang pihak kami jalankan.

 

Penaja yang baik hati

Majlis Sarapan Pagi ini dapat dijayakan disebabkan sokongan dari rakan-rakan penaja yang sudi untuk memberi sokongan dengan menaja pelbagai perkara dalam majlis yang memang meriah ini.

Antara rakan-rakan penaja untuk majlis kali ini adalah Jemaah Bisnis Denaihati, EvoWang.com, CVS Production, AbangEnsem.com, Pav’s Lover Bakery dan Sohaini Cookies.

sarapan pagi adiputra mira filzah denaihati network geng blogger
rakan-rakan blogger tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama

Majlis yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 jam ini berjalan dengan lancar alhamdulillah. Ramai tetamu yang bertuah membawa pulang hadiah berupa shawl dan minyak wangi daripada Mira Filzah, barangan minuman Codi Cafe dan Codi Teh Tarik daripada Jemaah Bisnis Denaihati, buku daripada abangensem.com dan juga jam tangan tawaf denaihati.

semua tetamu yang hadir sarapan pagi adiputra mira filzah denaihati network
pelbagai aksi bergambar, gambar diuruskan oleh penaja foto – CVS Production
adp1hotlovers sarapan pagi adiputra mira filzah denaihati network
peminat tegar AdiPutra – ADP1hotlovers yang sangat sporting

Semoga dengan pertemuan yang sebentar ini mendatangkan banyak faedah kepada semua insyaAlLAH.

Rakan-rakan blogger yang lain, kita akan bertemu lagi dalam majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 yang akan diumumkan dalam masa terdekat, siapa tahu, kita boleh jemput sekali Abang Ngah AdiPutra dan Kak Ngah Mira Filzah untuk bersama-sama dalam #SBB2016 juga?


Spread the love

47 Comments

  1. terlepas pandang dengan event ni.
    mungkin sbb DT tak ade FB. IG tak aktif sangat.
    blogger baru come back.
    insyaAllah SBB2016 akan kembali semula…

  2. cantik-cantik dan ganteng -ganteng ternyata,,para blogger malaysia, bloger ternyata profesi yang punya gengsi tinggi juga ..slaam kenal

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!