Sahabat adalah teman kepada kejayaan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur alhamdulillah ALLAH pertemukan aku dengan ramai insan-insan yang berjaya. Melihat kejayaan seseorang adalah motivasi kehidupan tetapi lebih penting menyelami perjalanan sebuah kejayaan seseorang kerana sudah pasti banyak onak dan duri. Kejayaan tidak datang bergolek pasti penuh dengan ujian dan kegagalan yang perlu di tempohi. Itulah yang kita perlu belajar apabila bercita-cita nak menjadi insan berjaya. Mencemburi kejayaan seseorang untuk dicontohi adalah baik tetapi mengata nista itu buruk perangai.

Bersama Datuk Husam CEO Karangkraf
Bersama Datuk Husam CEO Karangkraf
Bersama Ustaz Halim, Mudir Pondok Pasir Tumboh Kelantan
Bersama Ustaz Halim, Mudir Pondok Pasir Tumboh Kelantan

Insan-insan hebat berjaya kerana mereka kerja kuat, kerja bersungguh-sungguh, berdisplin, sanggup korban masa, korban tenaga, meninggalkan keluarga bila perlu, tidak pernah putus asa walaupun melalui berbagai kegagalan, tidak pernah mengalah, sentiasa positif, berjiwa kental, tidak berhenti belajar. Dan banyak lagi, terlalu banyak catatan positif kalau nak ditulis tidak cukup satu entri yang ada pada diri insan-insan yang berjaya.

Bersama Datuk Dr Azizan Osman pakar motivasi Malaysia
Bersama Datuk Dr Azizan Osman pakar motivasi Malaysia
Bersama Tuan Azizi Ali, Pakar Hartanah dan Tuan Mohd Suhaimi, tuan punya Wangcyber
Bersama Tuan Azizi Ali, Pakar Hartanah dan Tuan Mohd Suhaimi, tuan punya Wangcyber

Itu semua memang hebat tapi lebih hebat lagi walaupun sudah berjaya insan-insan ini masih lagi bekerja kuat untuk manafaat seluruh alam. Mereka menjadi seperti lampu bukan hanya menerangi diri sendiri tetapi menerangi insan lain untuk membina kejayaan bersama. Itu bezanya mereka yg berjaya berbanding orang lain yg sentiasa memberi alasan pada diri sendiri utk melapik kegagalan demi kegagalan hidup.

Bersama Ustaz Azhar Idrus
Bersama Ustaz Azhar Idrus
bersama aqif azizan
Bersama saudara Aqif Azizan sifu bisnis online

Nak berjaya menjadi blogger hebat berkawanlah dengan blogger yang sudah berjaya. Nak menjadi usahawan yang berjaya berkawanlah dengan usahawan yang sudah berjaya. Nak menjadi penulis buku yang berjaya berkawanlah dengan penulis buku yang sudah berjaya. Nak menjadi jutawan hartanah berkawanlah dengan insan yang sudah menjadi jutawan hartanah. Kawan disekeliling kita bakal mencorak kehidupan kita kelak.

Datuk Roslan Hamid
Selfie bersama Datuk Roslan Hamid di Big Bad Wolf 2013

Jangan malu untuk berkawan dengan mereka yang sudah berjaya apabila kita mempunyai cita-cita untuk berjaya seperti mereka. Jadikan mereka mentor untuk mengajar kita menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat.

Perbandingan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi .

Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau akan membeli minyak wangi darinya, dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya.

Sedangkan tukang besi, mungkin (percikan apinya) mengenai pakaianmu, dan kalaupun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tak enak .” (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628)


Spread the love

93 Comments

  1. Sahabat ni umpama keluarga kita juga DH,Bercakap tentang sahabat,saya rasa nak menangis pun Ada,saya terlalu menghargai seorang sahabat saya ni,walaupun beliau ada dunia nya sendiri(dunia seni) tetapi beliau tidak pernah lupakan saya dari dulu hingga kini,macam kptsan saya menjadi full time blogger,beliau paling banyak sangat bagi semangat,bukan sekadar semangat tetapi yang mengharukan saya apabila dia sanggup hadiahkan saya sebiji laptop yang saya gunakan sekarang sbg tanda dia menyokong saya,.hanya doa dalam hati yang mampu saya beri buat beliau,.
    Curahan rasa eyfa writer @ ..Review Dan Promosi Sambal Warisan Raja Segala SambalMy Profile

  2. Hi Folks, Suggest me good dating apps to connect with single professionals looking for a life partner. I have tried woo and tinder and profiles were really genuine and good looking. you can also download it from here https://goo.gl/3erija

  3. apalah artinya hidup ini tanpa adanya teman,karna teman kita bisa berjaya tapi kita harus benar teliti dalam berteman jangan berteman dengan orang2 yg dpat mnyesatkan

  4. sahabat ibarat orang yang rapat dengan kita. pilih la rakan yang baik agar ia dapat membimbing kita ke arah kebenaran. berkawan la, jangan hidup sorang sorang. kawan kawan dapat membantu kita untuk mencapai kejayaan dalam diri kita. mereka memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada kita.
    Curahan rasa Farina Al-Khareid @ ..Ovari kena buang sebab Shaklee??My Profile

  5. Setuju benget, emang benar teman akan membawa kita kepada kejayaan, tapi jika kita berteman dengan teman yang baik, tapi jika kita berteman dengan orang-orang yang buruk itu akan membawa kita pada kehancuran
    Curahan rasa Terjemahan lirik 7 @ ..True Love -ColdplayMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!