Assalamualaikum dan salam 1Dunia, suatu masa dahulu pasukan bola sepak Malaysia jauh lebih baik dari pada pasukan Korea dan Jepun. Harimau Malaya sering menewaskan pasukan bola sepak Korea dalam pertandingan Piala Merdeka. Ranking FIFA Pasukan Bola Sepak Malaysia ketika itu jauh meninggalkan pasukan-pasukan bola sepak Asia Tenggara. Semua itu tinggal sejarah sekarang Ranking FIFA Pasukan Bola Sepak Malaysia terperosok di tangga 142.
Safee Sali dan rakan-rakannya telah memberi sinar kepada Harimau Malaya. Kalau dahulu stadium kosong apabila ada perlawanan melibatkan Pasukan Bola Sepak Malaysia tapi gelombang kuning dan biru telah melanda Malaysia. Sekarang rakyat Malaysia dah tak malu nak pakai jersi Malaysia. Mereka rasa bangga dan megah apabila menyarung jersi belang kuning atau biru merah.
Safee Sali telah berhijrah dari Selangor ke Pelita Jaya, Indonesia dan sekarang sedang mencuba nasib di Cardiff City. Mengikut beritanya Safee Sali melangkah dengan langkah kanan di Cardiff City dengan menjaringkan gol dalam perlawan percubaan dengan mengelecek 5 pemain lawan. Sebuah surat khabar tempatan telah mengelar Safee Sali sebagai David Beckham Malaysia. Semuga Safee Sali dapat di terima di Cardiff City yang pasti akan menjadi idola kepada pemain bola Malaysia untuk melangkah lebih jauh.
Semuga Bola Sepak Malaysia terus meningkat dan memperbaiki Ranking Fifa bawah 70 supaya mudah pemain Malaysia berhijrah ke BPL sebagaiman pemain Korea dan Jepun yang semakin ramai membanjiri kelab-kelab BPL.
76 Comments
Kesungguhan Safee Sali membuka mata semua pihak dan mengharumkan nama Malaysia untuk arena bola sepak pula di peringkat antara bangsa kalau sebelum ini diperingkat asia sahaja
Dengar khabar ada kelab dari Bundesliga berminat dengan beliau.
hebat safee..hebat..aku harap dia berjaya masuk cardiff city tu..dan pasukan Malaysia pula perbaiki ranking dalam fifa plak.
wah..terbaik~!
Curahan rasa syu90 @ ..menang SEGMEN KHAIRUL ASROL : "JOM JOIN SEGMEN !"
Terbaik
bukan selalu pemain Malaysia mendapat gelaran seperti ni
Curahan rasa wazy @ ..Internet Download Manager 6.07 Build 10
nice one safee sali ! 😀
Curahan rasa SS @ ..Ping Entri Dengan Send Button
Hebat !!
bayang belakang mokhtar dahari 😀
Curahan rasa pacifista @ ..Highlight Bonus Pacifista
Rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. walaupun ranking FIFA jauh ke belakang, namun pemain seperti Safee Sali mampu mengharumkan nama negara…
memang aku bangga dengan malaysia sekarang
terbaik la brader Safee…teruskan menyokong pasukan Malaysia!
Curahan rasa Shahrulsite @ ..Perkara yang Anda Perlu Tahu Tentang Windows 8
sempoi safee main ni , laju pon laju .
Curahan rasa fezal @ ..Wordless Wednesday #8 : EH LISA SURIHANI .
berhijrah ke BPL bukanlah sebab utama jadi hebat dlm arena bolasepak tapi sejauh mana mengangkat martabat sukan bolasepak dan mengharumkan nama negara di mata dunia. Sempena bulan kemerdekaan ini,kita haruslah berbangga dgn pencapaian sukan negara kita, moga-moga semakin meningkat..
Curahan rasa plain jane @ ..sama2 la kita berdoa hehe
gila power safee sali..kebanggaan Malaysia ni..:)
Curahan rasa kappokick @ ..Fiber Distribution Cabinet
bangga dengan pencapaiannya..
Terasa bangga dan terharu pulak Safee Sali digelar macam tu 🙂
lol setuju bro hahaha
Curahan rasa neo @ ..Penulisan Blog – Bagaimana Mencuri Idea Menulis Secara Sah
Comments are closed.