Assalamualaikum dan salam 1Dunia, suatu masa dahulu pasukan bola sepak Malaysia jauh lebih baik dari pada pasukan Korea dan Jepun. Harimau Malaya sering menewaskan pasukan bola sepak Korea dalam pertandingan Piala Merdeka. Ranking FIFA Pasukan Bola Sepak Malaysia ketika itu jauh meninggalkan pasukan-pasukan bola sepak Asia Tenggara. Semua itu tinggal sejarah sekarang Ranking FIFA Pasukan Bola Sepak Malaysia terperosok di tangga 142.
Safee Sali dan rakan-rakannya telah memberi sinar kepada Harimau Malaya. Kalau dahulu stadium kosong apabila ada perlawanan melibatkan Pasukan Bola Sepak Malaysia tapi gelombang kuning dan biru telah melanda Malaysia. Sekarang rakyat Malaysia dah tak malu nak pakai jersi Malaysia. Mereka rasa bangga dan megah apabila menyarung jersi belang kuning atau biru merah.
Safee Sali telah berhijrah dari Selangor ke Pelita Jaya, Indonesia dan sekarang sedang mencuba nasib di Cardiff City. Mengikut beritanya Safee Sali melangkah dengan langkah kanan di Cardiff City dengan menjaringkan gol dalam perlawan percubaan dengan mengelecek 5 pemain lawan. Sebuah surat khabar tempatan telah mengelar Safee Sali sebagai David Beckham Malaysia. Semuga Safee Sali dapat di terima di Cardiff City yang pasti akan menjadi idola kepada pemain bola Malaysia untuk melangkah lebih jauh.
Semuga Bola Sepak Malaysia terus meningkat dan memperbaiki Ranking Fifa bawah 70 supaya mudah pemain Malaysia berhijrah ke BPL sebagaiman pemain Korea dan Jepun yang semakin ramai membanjiri kelab-kelab BPL.
76 Comments
huhu.. harap2 dpt la pengecualian dari segi ranking tu.. kalau tak tak tahu la bila tahun nak merasa..
Curahan rasa CMRatu @ ..Jom Blogwalking
perghhhh 5 lawan then goal kat plwnan tu. bangga semoga jejak di ikuti rakanlain n bnyk lg star bru muncul
Curahan rasa shah blogger @ ..Maksud dan Fungsi Pagerank
kebanggan kita semua rakyat malaysia
harap lebih banyak bakat baru muncul
Curahan rasa ariff @ ..#Perlibahasa Melayu
terbaik! huhuhu.. mula2 terfikir gak mmpu ke tak.. tpi rasanya tak ada maslah dah kot
Curahan rasa aried @ ..Dirham KGT Murah! Khas Buat Mereka Yang Ingin Buat Duit Sahaja
Semoga saja peringkta FIFA negara Asia tenggara bisa meningkat dalam update peringkat 21 September nanti.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..In Memoriam Utha Likumahuwa
Saya baru kenal Safee Sali waktu jadi Kapten Tim Harimau Malaya di Piala AFF dulu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..In Memoriam Utha Likumahuwa
Performanya memang luar biasa.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..In Memoriam Utha Likumahuwa
Terbaik Safee Sali. Anda membanggakan kami. Go Malaysia……
Curahan rasa Firdaus Latib @ ..Peraturan Lama Blogging yang Akan Membunuh Pembaca – Bahagian 2
wouu…bangga seyyy…
semoga performance dia makin mantap 🙂
Curahan rasa noriz @ ..My 1st Spagethi Bolognese utk jiran bertuah -:)
pemain cam ni yg kita nak cari…mendapat liputan yg baik dari media luar…moga safee dp lakukan yg terbaik
Curahan rasa neo @ ..Penulisan Blog – Mengapa Perlu Kepada Pengubahsuaian
wow sampai 5 pemain tu digeleceknya. mmg bgs la Safee ni. smoga berjaya terpilih dan terus menyinar di bumi asal bolasepak dunia itu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Idea House: Rumah Bebas Karbon Oleh Sime Darby Property
WK10 pelapis dia…
tp syg, dia semakin berusia, klo ada pelapis, lgi hebat…
wan zack haikal pon ada potensi utk pergi lebih jauh, dia masih muda lg 🙂
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Idea House: Rumah Bebas Karbon Oleh Sime Darby Property
tahniah safee!
Tahniah Safee Sali
Curahan rasa AMMAR YASIR @ ..YAHOOO!!!NUFFNANG BAGI BUFFERED EARNINGS KE-8 DAN KE-9
bagusnyaa… inilah yang kita mahu.. ada video safee score tu tak?
Curahan rasa KiD @ ..Update Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI
Comments are closed.