RON95 dialog panas dengan rakan Facebook

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ada yg komen kat entri “subsidi menghancurkan bangsa” katanya “kenapa nak banding dgn negara luar sebab gaji diaorang tinggi“. Jawaban aku memang gaji kat negara luar tu tinggi tapi mereka tak ada subsidi dan harga barang mereka pun lebih mahal contohnya harga petrol, tepung, gula dan semua bahan asas mengikut harga pasaran semasa.

Gaji Malaysia memang rendah tapi setiap hari kita nikmati subsidi petrol, diesel yg digunakan utk mengangkut semua produk, minyak masak, beras, gula, tepung, subsidi pelajaran, dan macam-macam lagi subsidi … kalau kita nilai subsidi yang kita dapat setiap hari + dengan gaji bulanan agaknya berapa nilai gaji sebenar kita.

Rahsia Facebook Sebagai Lubuk Duit Kini Terbongkar!!!

Bagi aku subsidi ini hanya perlu bagi kepada yang layak dan yg tak layak kena kerja kuat seperti konsep zakat yang ada asnafnya. Yang menerima asnaf akan berusaha untuk keluar dari kumpulan asnaf untuk menjadi pemberi zakat. Kan Allah dah berfirman dlm Al Quran yang memberi lebih baik daripada yg menerima.

Status di atas ini aku kongsikan di wall Facebook Denaihati dan mendapat maklumbalas yang panas. Berikut komen yang aku terima dari status yang di kongsikan di Facebook Denaihati :

[box type=”shadow”]Kamil Salleh : Dok kalut tentang minyak naik, lepas ni kerajaan akan laksanakan GST, lihat nanti siapa yng boleh hidup dengan laksanakan itu punya tax utk bayar ke kerajaan.

Ikan Bilis : Hmmmmmm bukan ke rakyat yang bagi subsidi kepada kerajaan? Feeling confius.

Denaihati Ilhamku : Kamil Salleh Singapore, Thailand dan banyak negara dah lama ada GST tapi rakyat mereka ok je. Kekadang kita diberi info yg salah oleh mereka yg ada kepentingan.

Aidil Omar : Ikan bilis.. Rakyat bagi cukai… Subsidi diberi oleh kerajaan kepada rakyat.

Mk Syahir : ron95 –> RM2.10+RM0.63 = RM2.73 (harga asal). ron97 –> RM2.70 Tanpa subsidi, ikut harga pasaran dunia.. *ron95 lebih mahal dari ron97. betul ke ron95 ni ada subsidi ye tuan? sekadar bertanya..

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir harga RON97 rm2.70 tu harga Malaysia bukan ikut harga dunia. Harga sebenar petrol lebih RM3 seliter. Kalau di Kemboja dan Thailand seliter USD1.10 kalau di europe 1.50 euro seliter dan di Singapore SGD2.2 utk RON98 dan SGD2.1 utk RON95.

Gandakan Trafik & Prospek 300%

Hasrul Hassan II : Tak guna mengeluh dah. Hadapinya dgn redha. Lepas ni … Kenalah kerja lebih keras lagi untuk bantu kerajaan bagi rasionalisasi soal subsidi. Kita tingkatkan ekonomi kita, kaut semua peluang yang ada.

Hasrul Hassan II : Matawang kita lemah…. Nk wat camner…. Jadi terpaksalah bayar mahal.

Denaihati Ilhamku : Hasrul Hassan II kita kerja untuk diri kita n keluarga dan yg lebih kita infaq dan sedekah kepada yg memerlukan in shaa Allah pasti ada keberkataan.

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir paling best harga petrol kat luar tu berubah setiap hari mengikut harga semasa .. kalau kat Malaysia macam tu boleh kiamat dunia.

Mk Syahir : bukan nak pertikai..just nak sama2 kita fikirkan je..setau saya ron97 memang takde subsidi, meamng ikut harga pasaran tuan.

harga RON97

Ijad Johorian : Ramai yang merentan disebabkan kenaikan harga minyak. Tapi tak seorang pun yang beriktikad untuk keluarkan nasib diri dan keluarga dari golongan susah. Perjuangan untuk menambah rezeki sebenarnya lebih tinggi dari hectic seharian di FB. Wallahu’alam.

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir betul la tu ikut harga pasaran Malaysia bukan pasaran dunia.

Denaihati Ilhamku : harga minyak singapore

petrol price singapore

Denaihati Ilhamku : harga minyak thailand hari ini

petrol price thailand

Mk Syahir : singapore dan thailand bukan pengeluar minyak utama dunia tuan.

Ijad Johorian : Dan Malaysia pun bukan pengeluar utama minyak dunia juga.

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir sebab tu harga kita lebih murah dari mereka.

Denaihati Ilhamku : harga minyak german.

petrol-price-germany

Mk Syahir : malaysia pengeluar minyak ke-27 terbesar di dunia..singapore dan thailand dimana ya tuan ijad?

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir kalau kita bukan pengeluar minyak mesti harga sama dgn diaorang. kesimpulan harga minyak kita jauh lebih murah dari mereka-meraka sebab kita adalah pengeluar minyak.

Ijad Johorian : Dr Mahathir pernah berpesan, “keluar dah lihatlah keadaan dunia/negara luar”… (sebab tu ramai rakan saya di luar negara still cakap Malaysia masih tinggi amal jariah pada rakyatnya) tapi malangnya kita masih duduk dalam takuk pemikiran yang sama… tidak mahu membuka pemikiran… mendengar celoteh dari orang yang sama.. tapi orang tu keluar negara pun tidak.. apalagi menjadi pemastautin di negara luar.

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir Malaysia boleh jual minyak semurah saudi hanya 50-60 sen sahaja seliter tapi pernah tengok macam mana kemudahan awam mereka… tengok toilet awam pun cukup lah.

Mk Syahir : macam mana tuan ijad tau saya tak pernah keluar negara ye?

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir aku pun suka kalau harga minyak murah tapi untuk jangka masa lama yg susah negara dan bila negara susah pasti rakyat pun susah.

Ijad Johorian : MK Syahir – bila masa saya kata Tuan tak pernah keluar negara?

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir, orang politik memang boleh janji macam-macam … tol free lah .. minyak murah lah tapi bila menang pilihanraya kat shah alam tu parking pun dah kena bayar sekarang … apalah sangat parking tu … tapi dari segi ekonomi mereka perlukan bayaran parking tu … jadi kita jangan terpengaruh sangat dgn kata2 ahli politik .

Mk Syahir : saya tak minta pon harga semurah tu tuan..saya cuma curious hal subsidi..adakah benar RM0.63 itu subsidi kerajaan.

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir, sudah pasti itu subsidi sebab kalau nak banding dgn harga minyak luar negara harga kita jauh lebih murah.

Mk Syahir : jgn banding dengan harga luar..subsidi ni dia tak ikut harga negara thailand or singapore tuan..dia ikut harga pasaran dunia..hehe

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir, kita tak ikut harga thailand atau singapore tapi ikut harga minyak dunia … harga crude oil terkini USD106/barrel meningkat dari USD90++/barrel.

MrEmas Macho : subsidi yg dijimatkan tu pegi mana?

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir, dari harga crude tu akan ada kos tambahan utk pross jadi RON95/RON97 tapi sebab diproses dlm Malaysia sebab tu harganya lebih murah dari negara luar.

Denaihati Ilhamku : MrEmas Macho, subsidi yg dijimatkan akan digunakan utk perbelanjaan negara seperti bayar gaji penjawat awam dan bayar BR1M kepada yg layak.

Denaihati Ilhamku : peehhh macam pakar ekonomi pulak aku … tapi saja share ilmu dari pengalaman n pembacaan .. kalau silap betulkan.

MrEmas Macho : sepatutnya subsidi tu pergi kepada pembangunan negara, penambaikan pengangkutan awam, jalanraya dn sbgainya.

Denaihati Ilhamku : MrEmas Macho, dengan konsep penswastaan biasa projek besar macam tu akan diserahkan pada swasta dan pihak swasta akan buat pinjaman bank melainkan projek jalan bawah JKR.

Ijad Johorian : dah betul tu… cuma dalam banyak hal, labih bagus kita bersederha dan cuba berjimat. at the same time, try to increase our income… either offline or online. 

p/s: aku pun tak suka harga naik… sebab effect semua… tapi percayalah, kalau itu boleh membuatkan kita lebih rajin dan lebih kreatif, that’s the hikmah.

Denaihati Ilhamku : Ijad Johorian, manusia akan jadi lebih rajin lebih kreatif apabila terdesak kalau tak kita jadi santai je belanja lebih dari kemampuan ujung bulan pening nak bayo hutang.

MrEmas Macho : bila diserah pada pihak swasta maka rakyat juga yg akan menanggungnya nanti. pihak swasta yg dipilih pula, tau2 jela dari mana. duit tu pusing2 kt situ juga.

Eridy Santaikata  :Realitinya,negara kita skrg ada defisit yg tggi..dan mslh defisit ini dr pemimpin kita..ini yg tersembunyi dlm pmotongan subsidi ini..aku tak setju kalau ini langkah negara kita nak maju sbb negara kta ada sumber minyak sndri tapi hmmm..inilah keburukan kapitalis.

Mohd Zulkarnain : harga diesel di brunei 35¢ seliter.

Dadan Darmawan : Subsidi secara tidak langsung mengajarkan rakyat menjadi orang-orang yang “tangannya berada di bawah”. Padahal menurut Nabi SAW “Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah”[/box]

Ini antara sembang kami di wall FB Denaihati, alhamdulillah berjalan dalam keadaan harmoni tanpa dialog panas danmaki hamun. Selepas ini kita bincang pulak cara nak berjimat supaya keperluan kita mencukupi walaupun RON95 dan Diesel dah naik hargan 20 sen. Kepada yang nak menambah pendapatan sampingan secara offline atau online contohnya buat duit dengan blog bolehlah kita buat perbincangan yang lain pulak. Kalau nak tahu reaksi kawan-kawan twitter pulak jom baca “Reaksi menarik di Twitter bila RON95 naik harga“.

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan
 

Jangan jadikan emosi politik membara di hati sehingga hilang pertimbangan yang akhirnya kita juga yang rugi. Tunggu lima tahun lagi kalau harga minyak dunia masih sama USD106/barrel dan dunia masih aman seperti sekarang maka ramai-ramai pakat pangkat pembangkang. Kepada kerajaan inilah masanya untuk berkhidmat kepada rakyat dengan memastikan barang keperluan tidak naik melambong setelah harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen juga RON97 naik 15 sen … itu pun kalau rasa nak terpilih lagi di PRU14.

Bagi aku walaupun minyak naik 20 sen tetap harga minyak kita dan kos kehidupan kita masih lebih murah berbanding banyak negara lain … kalau mereka yang harga minyak lebih mahal boleh hidup aman damai dan semakin maju kenapa tidak kita cuma perlu ada penyesuaian diri tak kira di bandar atau di kampung.


Spread the love

72 Comments

  1. Bercakap tentang ni, memang hati panasssssss. Tetapi, perlu fikir secara logik akal & rasional tanpa menurut perasaan. Barulah professional… Yg berjanji depa, yg tak tunaikan janji pun, depa juga… Had dok bagi manifesto macam2 tu, kalau yg di atas sekali lebih berkuasa dgn pelbagai taktik dan cara, manakan yg di bawahan dok menentang mampu nak ubah apa2. Tulah, sy nak ulang lagi… Dunia sekarang, yang kaya makin kaya. Yang miskin makin tersepit. Takpa2… ini dunia mereka… Di sana… tunggulah pembalasannya… Maaf jika terkasar bahasa
    Curahan rasa ieta @ ..RUMAH TIDAK SIAP, PERLU BAYAR CUKAI TANAH DAN CUKAI PINTU?My Profile

  2. bagi muja pulak, it is not about mahal or murah, this is about not fulfilling the promise stated in the manifesto. kalau tak janji minyak takkan naik, people wont get this angry rasanya. muja pun penyokong kerajaan and won’t change my choice because of this oil price increas but seriously i feel cheated. i believe in them and i didnt get something good in return. moga lepas ni JANJI BENAR-BENAR DITEPATI. itu kan dah jadi slogan kita? dalam Islam jugak, janji wajib ditepati and janji ini dilakukan kepada lebih 20 juta rakyat malaysia.. dan bila sudah dimungkiri? bukankah munafik gelaran diberi. correct me if i am wrong. effectnya di dunia dan di akhirat. wallahu a’lam.

    1. Tu lah susah kalau nak janji benda2 yg diluar kawalan Malaysia. Harga minyak ni ikut pasaran dunia jadi kalau harga dunia naik dan harga minyak Malaysia tak naik pasti akan memberi kesan buruk pada ekonomi Malaysia. Bila ekonomi tak ok pasti rakyat pun akan terkesan.

      Kesimpulan kalau harga minyak dunia naik tapi harga minyak Malaysia tak dinaikan atau dinaikan pasti akan memberi kesan pada rakyat Malaysia cuma cepat atau lambat.

  3. Saya sekarang di Melbourne. Hidup berkelana sampai tahun depan. Rasanya inilah masa yg sesuai untuk saya membandingkan kos sara hidup di sini dan di Malaysia. Mungkin ada sesuatu yang dapat saya pelajari.
    Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Nasihat KewanganMy Profile

  4. Kerajaan yg menaikkan harga tu sapa, bukankah org politik, dah le gaji tinggi, elaun itu, elaun ini, minyak subsisdi penuh, r/tax tak perlu bayar, tol tak perlu bayar, rasuah lagi, boleh ler diorang cakap, alah 20 sen jer apa ada hal.

    Tak sedar yg gaji semua penjawat awam rakyak yg bayar, tapi rakyak cukai tetap kena, cukai jualan kena, cukai pendapatan kena, cukai jalan kena, tol kena, cuba cek tengok apa cukai yg rakyat tak kena.

    Ahli politik juga yg kaya raya. Rakyat dahulukan, kesenangan ahli politik diutamakan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!