RON95 dialog panas dengan rakan Facebook

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ada yg komen kat entri “subsidi menghancurkan bangsa” katanya “kenapa nak banding dgn negara luar sebab gaji diaorang tinggi“. Jawaban aku memang gaji kat negara luar tu tinggi tapi mereka tak ada subsidi dan harga barang mereka pun lebih mahal contohnya harga petrol, tepung, gula dan semua bahan asas mengikut harga pasaran semasa.

Gaji Malaysia memang rendah tapi setiap hari kita nikmati subsidi petrol, diesel yg digunakan utk mengangkut semua produk, minyak masak, beras, gula, tepung, subsidi pelajaran, dan macam-macam lagi subsidi … kalau kita nilai subsidi yang kita dapat setiap hari + dengan gaji bulanan agaknya berapa nilai gaji sebenar kita.

Rahsia Facebook Sebagai Lubuk Duit Kini Terbongkar!!!

Bagi aku subsidi ini hanya perlu bagi kepada yang layak dan yg tak layak kena kerja kuat seperti konsep zakat yang ada asnafnya. Yang menerima asnaf akan berusaha untuk keluar dari kumpulan asnaf untuk menjadi pemberi zakat. Kan Allah dah berfirman dlm Al Quran yang memberi lebih baik daripada yg menerima.

Status di atas ini aku kongsikan di wall Facebook Denaihati dan mendapat maklumbalas yang panas. Berikut komen yang aku terima dari status yang di kongsikan di Facebook Denaihati :

[box type=”shadow”]Kamil Salleh : Dok kalut tentang minyak naik, lepas ni kerajaan akan laksanakan GST, lihat nanti siapa yng boleh hidup dengan laksanakan itu punya tax utk bayar ke kerajaan.

Ikan Bilis : Hmmmmmm bukan ke rakyat yang bagi subsidi kepada kerajaan? Feeling confius.

Denaihati Ilhamku : Kamil Salleh Singapore, Thailand dan banyak negara dah lama ada GST tapi rakyat mereka ok je. Kekadang kita diberi info yg salah oleh mereka yg ada kepentingan.

Aidil Omar : Ikan bilis.. Rakyat bagi cukai… Subsidi diberi oleh kerajaan kepada rakyat.

Mk Syahir : ron95 –> RM2.10+RM0.63 = RM2.73 (harga asal). ron97 –> RM2.70 Tanpa subsidi, ikut harga pasaran dunia.. *ron95 lebih mahal dari ron97. betul ke ron95 ni ada subsidi ye tuan? sekadar bertanya..

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir harga RON97 rm2.70 tu harga Malaysia bukan ikut harga dunia. Harga sebenar petrol lebih RM3 seliter. Kalau di Kemboja dan Thailand seliter USD1.10 kalau di europe 1.50 euro seliter dan di Singapore SGD2.2 utk RON98 dan SGD2.1 utk RON95.

Gandakan Trafik & Prospek 300%

Hasrul Hassan II : Tak guna mengeluh dah. Hadapinya dgn redha. Lepas ni … Kenalah kerja lebih keras lagi untuk bantu kerajaan bagi rasionalisasi soal subsidi. Kita tingkatkan ekonomi kita, kaut semua peluang yang ada.

Hasrul Hassan II : Matawang kita lemah…. Nk wat camner…. Jadi terpaksalah bayar mahal.

Denaihati Ilhamku : Hasrul Hassan II kita kerja untuk diri kita n keluarga dan yg lebih kita infaq dan sedekah kepada yg memerlukan in shaa Allah pasti ada keberkataan.

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir paling best harga petrol kat luar tu berubah setiap hari mengikut harga semasa .. kalau kat Malaysia macam tu boleh kiamat dunia.

Mk Syahir : bukan nak pertikai..just nak sama2 kita fikirkan je..setau saya ron97 memang takde subsidi, meamng ikut harga pasaran tuan.

harga RON97

Ijad Johorian : Ramai yang merentan disebabkan kenaikan harga minyak. Tapi tak seorang pun yang beriktikad untuk keluarkan nasib diri dan keluarga dari golongan susah. Perjuangan untuk menambah rezeki sebenarnya lebih tinggi dari hectic seharian di FB. Wallahu’alam.

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir betul la tu ikut harga pasaran Malaysia bukan pasaran dunia.

Denaihati Ilhamku : harga minyak singapore

petrol price singapore

Denaihati Ilhamku : harga minyak thailand hari ini

petrol price thailand

Mk Syahir : singapore dan thailand bukan pengeluar minyak utama dunia tuan.

Ijad Johorian : Dan Malaysia pun bukan pengeluar utama minyak dunia juga.

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir sebab tu harga kita lebih murah dari mereka.

Denaihati Ilhamku : harga minyak german.

petrol-price-germany

Mk Syahir : malaysia pengeluar minyak ke-27 terbesar di dunia..singapore dan thailand dimana ya tuan ijad?

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir kalau kita bukan pengeluar minyak mesti harga sama dgn diaorang. kesimpulan harga minyak kita jauh lebih murah dari mereka-meraka sebab kita adalah pengeluar minyak.

Ijad Johorian : Dr Mahathir pernah berpesan, “keluar dah lihatlah keadaan dunia/negara luar”… (sebab tu ramai rakan saya di luar negara still cakap Malaysia masih tinggi amal jariah pada rakyatnya) tapi malangnya kita masih duduk dalam takuk pemikiran yang sama… tidak mahu membuka pemikiran… mendengar celoteh dari orang yang sama.. tapi orang tu keluar negara pun tidak.. apalagi menjadi pemastautin di negara luar.

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir Malaysia boleh jual minyak semurah saudi hanya 50-60 sen sahaja seliter tapi pernah tengok macam mana kemudahan awam mereka… tengok toilet awam pun cukup lah.

Mk Syahir : macam mana tuan ijad tau saya tak pernah keluar negara ye?

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir aku pun suka kalau harga minyak murah tapi untuk jangka masa lama yg susah negara dan bila negara susah pasti rakyat pun susah.

Ijad Johorian : MK Syahir – bila masa saya kata Tuan tak pernah keluar negara?

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir, orang politik memang boleh janji macam-macam … tol free lah .. minyak murah lah tapi bila menang pilihanraya kat shah alam tu parking pun dah kena bayar sekarang … apalah sangat parking tu … tapi dari segi ekonomi mereka perlukan bayaran parking tu … jadi kita jangan terpengaruh sangat dgn kata2 ahli politik .

Mk Syahir : saya tak minta pon harga semurah tu tuan..saya cuma curious hal subsidi..adakah benar RM0.63 itu subsidi kerajaan.

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir, sudah pasti itu subsidi sebab kalau nak banding dgn harga minyak luar negara harga kita jauh lebih murah.

Mk Syahir : jgn banding dengan harga luar..subsidi ni dia tak ikut harga negara thailand or singapore tuan..dia ikut harga pasaran dunia..hehe

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir, kita tak ikut harga thailand atau singapore tapi ikut harga minyak dunia … harga crude oil terkini USD106/barrel meningkat dari USD90++/barrel.

MrEmas Macho : subsidi yg dijimatkan tu pegi mana?

Denaihati Ilhamku : Mk Syahir, dari harga crude tu akan ada kos tambahan utk pross jadi RON95/RON97 tapi sebab diproses dlm Malaysia sebab tu harganya lebih murah dari negara luar.

Denaihati Ilhamku : MrEmas Macho, subsidi yg dijimatkan akan digunakan utk perbelanjaan negara seperti bayar gaji penjawat awam dan bayar BR1M kepada yg layak.

Denaihati Ilhamku : peehhh macam pakar ekonomi pulak aku … tapi saja share ilmu dari pengalaman n pembacaan .. kalau silap betulkan.

MrEmas Macho : sepatutnya subsidi tu pergi kepada pembangunan negara, penambaikan pengangkutan awam, jalanraya dn sbgainya.

Denaihati Ilhamku : MrEmas Macho, dengan konsep penswastaan biasa projek besar macam tu akan diserahkan pada swasta dan pihak swasta akan buat pinjaman bank melainkan projek jalan bawah JKR.

Ijad Johorian : dah betul tu… cuma dalam banyak hal, labih bagus kita bersederha dan cuba berjimat. at the same time, try to increase our income… either offline or online. 

p/s: aku pun tak suka harga naik… sebab effect semua… tapi percayalah, kalau itu boleh membuatkan kita lebih rajin dan lebih kreatif, that’s the hikmah.

Denaihati Ilhamku : Ijad Johorian, manusia akan jadi lebih rajin lebih kreatif apabila terdesak kalau tak kita jadi santai je belanja lebih dari kemampuan ujung bulan pening nak bayo hutang.

MrEmas Macho : bila diserah pada pihak swasta maka rakyat juga yg akan menanggungnya nanti. pihak swasta yg dipilih pula, tau2 jela dari mana. duit tu pusing2 kt situ juga.

Eridy Santaikata  :Realitinya,negara kita skrg ada defisit yg tggi..dan mslh defisit ini dr pemimpin kita..ini yg tersembunyi dlm pmotongan subsidi ini..aku tak setju kalau ini langkah negara kita nak maju sbb negara kta ada sumber minyak sndri tapi hmmm..inilah keburukan kapitalis.

Mohd Zulkarnain : harga diesel di brunei 35¢ seliter.

Dadan Darmawan : Subsidi secara tidak langsung mengajarkan rakyat menjadi orang-orang yang “tangannya berada di bawah”. Padahal menurut Nabi SAW “Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah”[/box]

Ini antara sembang kami di wall FB Denaihati, alhamdulillah berjalan dalam keadaan harmoni tanpa dialog panas danmaki hamun. Selepas ini kita bincang pulak cara nak berjimat supaya keperluan kita mencukupi walaupun RON95 dan Diesel dah naik hargan 20 sen. Kepada yang nak menambah pendapatan sampingan secara offline atau online contohnya buat duit dengan blog bolehlah kita buat perbincangan yang lain pulak. Kalau nak tahu reaksi kawan-kawan twitter pulak jom baca “Reaksi menarik di Twitter bila RON95 naik harga“.

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan
 

Jangan jadikan emosi politik membara di hati sehingga hilang pertimbangan yang akhirnya kita juga yang rugi. Tunggu lima tahun lagi kalau harga minyak dunia masih sama USD106/barrel dan dunia masih aman seperti sekarang maka ramai-ramai pakat pangkat pembangkang. Kepada kerajaan inilah masanya untuk berkhidmat kepada rakyat dengan memastikan barang keperluan tidak naik melambong setelah harga petrol RON95 dan Diesel naik 20 sen juga RON97 naik 15 sen … itu pun kalau rasa nak terpilih lagi di PRU14.

Bagi aku walaupun minyak naik 20 sen tetap harga minyak kita dan kos kehidupan kita masih lebih murah berbanding banyak negara lain … kalau mereka yang harga minyak lebih mahal boleh hidup aman damai dan semakin maju kenapa tidak kita cuma perlu ada penyesuaian diri tak kira di bandar atau di kampung.


Spread the love

72 Comments

  1. Wah! ada diskusi di FB pasal ni.. Patut kawe pon jom sama he he.. Bro, kawe setuju yg harga minyak kat Malaysia mmg antara yg termurah dan kita tak patut bagi subsidi selamanya. Namun, kita harus juga lihat kemampuan dan purchasing power rakyat secara general dan kesan keseluruhan akibat kenaikkan itu.

    Agak mudah utk suruh those yg low dan middle income to adjust lifestyle setiap kali ada inflasi akibat kenaikkan brg2 keperluan, namun ia should start dari yg atas dulu. Meaning to say Pak lahMenteri, Boss GLC dan top govt income earners kena kurangkan juga gaji mereka yg melimpah ruah itu. Baru mudah rakyat terima polisi mereka. Plus, maybe govt juga should start increase tax pada entertainment outlets, pub, minuman keras, rumah urut, luxury car etc, yg bukannya barang keperluan tetapi where ramai top earners tabur duit mereka.

    At the moment, those yg low and middle class income tak ada byk leverage lagi utk adjust pada kenaikkan harga barangan. Jadi priority govt skrg pada masa ni seharusnya antara lain ialah mengawal inflasi and at the same time imbangkan duit kita yg makin depreciate dan kurang value hingga rugikan kita bila berbelanja. Pendapat 20 sen kawe jer.. Sori bro sbb EMO sikit. Kalau bab2 rakyat ni..mmg kawe EMO.. 😀
    Curahan rasa Ismail N @ ..HAIR Come FellainiMy Profile

  2. Asaalamualaikum….apabila kerajaan dah tarik subsidi minyak, ia tidak akan berubah lagi dalam waktu terdekat. Apapun kita terpaksa terima hakikat. Kalau nak harganya turun, kena lihat pasaran dunia tentang harganya. Jika harga minyak dunia jatuh menjunam kemungkinan harga minyak di negara kita akan turun.

    Tapi bila ya akan turun. Situsai di negara Arab bergolak, AS nak serang Syria..kemungkinan harga minyak akan melambung tinggi jika AS betul2 mahu serang Syria.

    Nota: Kita tunggu dan lihat apa terjadi nanti???
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Berita Sensasi:Harga Minyak RON95 Dan Diesel Naik LagiMy Profile

  3. isu minyak..isu subsidi memang selalunya akan jadi isu panas..walaupun tak kenal antara satu sama lain, pasti akan ada interaksi diantara dua pihak..hahaha

    lepas ni..ron92? aduhai..

  4. Saya takde kereta, tak memandu dan memang tak komen langsung pasal minyak ni. Saya hanya menumpang kereta orang shj tapi di waktu lain saya menaiki public transport. Mungkin selama ni saya bersyukur dgn apa yg ada. Mencari pekerjaan yg dekat dgn rumah/LRT. Jika nak berjumpa kwn2, cadangkan mall yg paling dekat dgn rumah dan sewaktu dgnnya.

    Gaya hidup perlu berubah. Cuba cari rumah/pejabat yg berdekatan. Kadang2 pelik dengar bila bekerja di Shah Alam, rumah di Nilai, Anak pula bersekolah di Kuala Lumpur (bukan asrama)

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!