Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, awal-awal pagi dah meninggalkan rumah menuju ke KL Sentral untuk ikut rombongan Intel Malaysia ke Penang. Alhamdulillah walaupun dah bertahun tak keluar pagi ke Kuala Lumpur aku sampai di check point Ruang Perlepasan ERL sebelum jam 8 am. Sementara menunggu berlepas pada jam 9 am aku dan rakan media Cik Nurul dari Bernama serta lain-lain bersarapan di Coffee Bean.
Lebih kurang jam 9 am kami mula bergerak menaiki bas ke Penang untuk program khas Intel Malaysia. Ramai juga rombongan ini … enam bas semuanya yang terdiri dari media dan wakil-wakil dealer. Setakat ni Blogger yang aku kenal hanya Aman Firdaus je. Bagus juga bolehlah bina network baru untuk Denaihati Network go next level.
Nak tahu program apa teruslah bersama Denaihati di sini, Instagram, twitter dan Facebook. Klik je hashtag #intel atau #4thGencore. Lima jam perjalanan ke Penang so ini masa untuk tidur. Sementara tu boleh baca entri Intel sebelum ini di SINI pasti anda akan tahu apa tujuan rombongan Intel Malaysia ke Penang.
Service Intel Malaysia pada media memang terbaiklah bukan setakat sarapan pagi di Coffee Bean dalam bas pun dapat macam-macam jajan mengalahkan Airasia.
Lebih kurang jam 2.30 pm rombongan kami sampai ke lokasi dituju. Masing sibuk dengan smartphone dan tidur jadi tak terasa masa berlalu. Selamat datang ke Pulau Pinang bukan kali pertama menjejaki pulau mutiara tapi kali pertama rasa naik Star Libra Cruise.
Naik Star Libra Cruise ni lebih kurang macam naik kapal terbang juga. Dari awal telah diingatkan untuk bawa kad pengenalan atau pasport kalau tak ada memang tak boleh boarding. Kami sedang menunggu dengan penuh sabar untuk check in jadi biasalah Blogger sibuk dengan macam-macam hal yang perlu di update. Semuga program hari pertama akan berlansung di atas kapal Star Libra Cruise. Ni yang teringat naik cruise ketika Kembara Musafir New Zealand.
Setelah menunggu lebih sejam masa untuk boarding.
Tepat jam 4.45 pm setelah check in bilik dan segarkan tekak dengan refreshment kami berkumpul di deck lima Star Libra Cruise untuk majlis pelancaran 4th Genaration Intel Core Processor.
Patutlah majlis pelancaran dibuat di Penang rupanya 4th Generation Intel Core Processor di design dan dibuat di Pulau Pinang tidak ada di mana-mana di dunia selain di Pulau Pinang. Daripada 60 jurutera yang design hanya beberapa orang sahaja bukan jurutera Malaysia dan untuk pembuatan 100% jurutera Malaysia. Tahniah team Intel Malaysia.
Dengan teknologi terbaru 4th Generation Intel Core processor akan mengubah dunia komputer dan IT dengan konsep 2+1 yg boleh mengambungkan tablet dan laptop yang lebih ringan, lebih nipis, lebih pantas, bateri lebih tahan lama, prestasi lebih tinggi, animasi lebih hidup, download lebih laju dan paling terbaik sensor untuk main game dengan tangan dan sensor muka untuk login komputer dan akaun email, fb, twitter dan lain-lain. Memang terbaik 4th Generation Intel Core pasti akan mengubah budaya kehidupan dan bisnis dunia.
Media dan Blogger mendapat penjelasan lebih detail daripada orang kuat Intel di majlis sidang media. Lebih banyak informasi 4th Generation Intel Core Processor dijelaskan. Memang terbaik teknologi terbaru ini dan paling bangga produk Malaysia.
Hari kedua awal-awal pagi kapal berlabuh di pelabuhan setelah semalaman di laut antrabangsa. Kami keluar dari kapal jam 8 am setelah sarapan pagi untuk dibawa ke kilang Intel Penang di Bayan Lepas.
Kami di bawa ke PG12 untuk bertemu dengan GM Intel Malaysia dan semua jurutera Intel dari berbagai bahagian yang menjadi “Men Behind Hasweel” yang menjadi Rock Star inovasi 4th Generation Intel Core Processor. Team Intel Penang sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakan Intel daripada berbagai negara dengan teknologi terkini untuk menghasilkan produk terbaik mendahului persaing yang lain.
Kami juga di bawa ke PG9 dan PG7 untuk melihat fasikiti yang disediakan sehingga majoriti jurutera Intel menjadikan kerjaya di Intel yang pertama dan terakhir. Majoriti sudah bekerja belasan tahun dan belum ada niat untuk berhijarah ke tempat lain. Intel Malaysia memang menjaga kebajikan staf sehingga mendapat anugerah khas daripada Kerajaan Malaysia. Kemudahaan bukan sekadar perpustakaan, kedai runcit, kafetaria tetapi juga gym, bilik iRelax, klinik, jogging track dan macam-macam lagi
.
Kami mengakhiri lawatan dengan makan tengahari di kaferaria yang cantik dengan hidangan masakan italio yang enak. Tepat jam 1 pm kami bergerak keluar meninggalkan Intel Penang menuju ke Kuala Lumpur.
Terima kasih kepada Intel Malaysia kerana sudi menjemput Denaihati bersama top teknologi Blogger dan rakan media yang lain. Selain mendapat pendedahan kehebatan 4th Generation Intel Core Processor banyak juga budaya kerja Intel yang aku pelajari untuk membantu Denaihati go next level.
79 Comments
Memang best kalau dapat join event dengan kompeni besar seperti intel.
Curahan rasa hatiputera @ ..Resepi Kerabu Kacang Botol
processor nie mcm khas utk gamers jer, setakat blogging & layan social network intel atom pun boleh pukul….
Curahan rasa epol @ ..Petua Menghilangkan Bau Mulut Busuk
Layanan kelas pertama buat para blogger. Hebat Intel!
Curahan rasa anif @ ..Di Sebalik Tabir Blog
menjadi kebanggaan orang Malaysia
Curahan rasa Mus @ ..Indahnya Saat Ketika Masih Kanak-Kanak
Aku pernah bermimpi untuk bekerja di Intel.. haha. tp jadi lain dah skang. I still have some friends still working here tho. Engineer Microelectronics.. yg buat design cip. bangga dengan mereka!
Curahan rasa jardness @ ..Angkor Wat from Sunset to Sunrise 🙂
bestnya naik cruise.. teringin juga nak naik ni
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Dulu dan Sekarang
cool…jangan lupaa pekena nasi kandaq no..:p
Curahan rasa beat @ ..TIPS UNTUK MUDAHKAN HIDUP KITA.
Star Cruise Superstar Libra tu. Allah. Allah. Allah.
Teringin sangat-sangat nak naik tapi belum rezeki 🙁
Tahniah Denaihati Network..
Curahan rasa ProfHariz @ ..Wordless Wednesday #14 – 16 June 2013
best la dapat jenjalan kann..
Curahan rasa titan @ ..Apa benda sebenarnya KakaoTalk ni?
pergghh memang classsss…
Curahan rasa AUC @ ..Wordless Wednesday 59 (Honda 65)
tak pernah lagi naik star cruise tu kat penang, huhu menarik
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..3 Bloggers Lelaki vs 3 Bloggers Wanita
bestnya dapat naik star cruise…harap suatu hari nanti den berpeluang naik star cruise….hehe
Curahan rasa papa mifz @ ..Papa…Mana..??
Selamat menikmati perjalanan semoga lancar semua urusan
Curahan rasa munir ardi @ ..Eceng Gondok tanaman yang serbaguna dan Indah
seronok dpt peluang lawaan sambil belajar ni..heheh
Curahan rasa JMR @ ..Makan malam pertama
makan banyak jajan lah sepanjang perjalanan ni
Curahan rasa azwan @ ..Behind The Scene Blogger Voice
Comments are closed.