RM5,000 lesap bahana e-mail

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, 1Malaysia baca kisah seorang wanita kehilangan wang RM5,000 (RP15juta) akibat terpengaruh dengan e-mel phishing. Masih ramai lagi pengguna yang masih jahil dan tidak sensitif dengan penipuan online dan ada sahaja penipu yang mencari mangsa setiap hari. Aku pernah buat entri bertajuk “Phishing berleluasa memerangkap jutaan ringgit“. Bukan sekadar RM5,000 lesap bahana e-email tetapi jutaan ringgit mungkin juga billion ringgit seperti kes kastam dalam opearsi 3b.

Kita sebagai pengguna mesti ada ilmu bagaimana untuk melindungi harta benda dari dicuri oleh penyagak online yang berleluasa. Suatu perkara yang kita selalu tak ambil kisah adalah mengosongkan CACHE setelah menggunakan komputer.

Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer. Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya. Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer. Sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer  dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya.

Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan. Berikut adalah tutorial ringkas kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache bagi pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox yang disiarkan diruang bincangICT di Utusan Online.

Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-
*Klik ‘Tools’
*Pilih ‘Internet Options’
*Klik ‘General’
*Pada ruangan ‘Browsing History’, klik ‘Delete’
*Pilih ‘Temporary Internet Files’ dan klik ‘Delete’
*Klik ‘OK’
*Klik ‘OK’ sekali lagi untuk menutup Internet Options.

Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-
*Klik ‘Tools’
*Pilih ‘Options’
*Pilih ‘Advanced’ dan klik ‘Network’
*Pada ruangan Offline Storage , klik Clear Now.
*Klik ‘OK’

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-
*Klik ‘Tools’
*Pilih ‘Options’ , pilih ‘Privacy’
*Pada ruangan ‘History’, setkan bahagian ‘Firefox will:’ kepada Use custom settings for history.
*Klik kotak semakan untuk Clear history when Firefox closes.
*Klik pada Settings, akan dipapar satu tetingkap Settings for Clearing History.
*Klik pada kotak semakan untuk ruangan ‘Cache’.
*Klik ‘OK’ dan klik sekali lagi ‘OK’

Perkongsian oleh Saudara @Zulseffort

Saya menggunakan chromium (chrome for linux) , kalau nak clearkan cache mudah sahaja.

1. Klik simbol sepana (betul ke ejaan ni) tu
2. Klik Preference
3. Dekat preference , Klik Under the hood
4. Click Button Clear Browsing Data > kat situ boleh pilih apa nak clearkan termasuk empty cache. Biasanya saya clearkan semuanya.

Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web. Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan bagi mengelakkan kehilangan ribuan ringgit. Berjaga sebelum terkena.

[ad#nuffnang336]

108 Comments

    1. kehilangan wang tidak sama dengan kehilangan harta benda…kalau dah duit hilang..camna nak beli harta benda…kalau harta hilang boleh beli lagi…tak gitu??

    1. betul tu… kalau asyik clean je problem jugak… pernah dulu pakai pc..main clean2 sekali rosak program windows… memang bengang tul..huhuhu…

  1. Selalu juga saya dapat e-mel phishing ni. Tapi tak terpedaya kerana setiap e-mel yang masuk, saya akan roll-over pada link dan tengok apa URLnya. Sebelum delete, saya akan report pada bank tertentu.

      1. betul. tp agak tak paham jugak sesetngah org masih tertipu dgn email yg menang bape ribu bla2… mintak account bank dan sbg nya -.-

  2. ish ish macam2 zaman sekarng orang nak menipu.. kotak emel aku berapa puluh kali taktau la asyik dapat emel suruh update akaun bank

    1. dulu my dad sellu risau i pakai online banking. takut duet lesap. alhamdulillah dah alert dgn bahaya2 yg mcm ni :p

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!