RM3.5 juta jadi saham akhirat Surau Al Ghazali
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nahas kapal terbang MAS yang berlaku pada Julai 2014 merupakan antara memori pahit bagi rakyat Malaysia selain MH370. Kapal terbang yang jatuh selepas ditembak peluru perpandu di 40 kilometer dari sempadan Russia telah mengorbankan kesemua 298 penumpang didalamnya, termasuklah sebuah keluarga rakyat Malaysia.
Sekeluarga yang maut dalam nahas MH17 itu adalah Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13.

Mereka yang berasal dari Kuching, berada dalam penerbangan pulang ke Malaysia selepas Tambi menamatkan perkhidmatan selama tiga tahun dengan syarikat Shell di Kazakhstan.
Berikutan dengan nahas yang berlaku, sejumlah wang pampasan telah dibayar kepada waris terdekat. Walau bagaimanapun, waris terdekat telah sepakat bagi mewakafkan kesemua wang pampasan tersebut untuk membina sebuah surau di Jalan Depo, Petra Jaya.

Menurut sumber, surau hampir siap dibina itu dan diberi nama Al-Ghazali berkenaan dibangunkan dengan wang pampasan diterima keluarga terbabit. Pembinaan surau yang membabitkan kos anggaran RM3.5 juta tersebut boleh menampung seramai 450 jemaah.
Pembinaan peringkat awalan Surau Al-Ghazali ini merangkumi ruang solat utama, ruang solat perempuan, tandas, tempat wuduk, pejabat, tempat letak kereta dan lain-lain kemudahan. Keluasan keseluruhannya ialah 620m2. Ia akan dapat memuatkan 450 orang jemaah pada satu-satu masa.

Seterusnya keluasan tambahan 320m persegi dibina bagi melengkapkan surau ini untuk berfungsi sepenuhnya. Dengan terbinanya ruang tambahan ini nanti ia akan dapat menyediakan ruang solat tambahan untuk Jemaah.
sumber hmetro
