Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya seperti menuju kehidupan tanpa tunai lagi. Kali ini menggunakan pelekat RFID untuk kegunaan bayaran di plaza tol. Masih teringat kisah Smart TAG baru sangat teruk dan penyelesaiannya?
RFID atau Radio-frequency identification adalah sistem pembayaran tol elektronik baru yang menggunakan pelekat untuk melepasi tol. Pelekat RFID, juga dikenali sebagai tag RFID, adalah unik untuk setiap kenderaan dan tertanam dengan cip frekuensi radio dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pelekat akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet yang mana kadar bayaran tol akan ditolak.
Apabila kenderaan melepasi tol, pengimbas akan membaca frekuensi radio dari pelekat RFID dan mengenakan bayaran tol. Tarif tol akan ditolak dari Touch ‘n Go eWallet yang dikaitkan dengan pelekat.
Syarat pasang pelekat RFID
Terdapat 2 syarat yang perlu dipatuhi apabila meletakkan pelekat RFID di atas kenderaan untuk mengekalkan prestasi optimum.
1. Pelekat RFID tidak boleh diletakkan pada cermin depan berwarna atau lampu depan berwarna. Pelekat mesti dipasang terus ke permukaan cermin hadapan.
2. Kandungan logam kaca cermin perlu diuji sebagai kandungan logam yang tinggi akan menjejaskan kebolehbacaan Pelekat RFID
Pakar fitment akan melakukan ujian yang diperlukan dan mencadangkan tempat sesuai. Sekiranya kedua-dua ciri tersebut ada di kenderaan, mereka mungkin tidak dapat meneruskan kesesuaian RFID pada kenderaan anda.
Antara kebaikan tag RFID ini adalah:
- Hanya pelekat, tiada bateri diperlukan
- Bayaran tol selamat dan cepat
- Semak dan uruskan sejarah baki dan urus niaga anda dari telefon pintar anda
- Tambah nilai ke Touch ‘n Go eWallet dengan serta-merta di mana sahaja dan bila-bila masa
Syarat menjadi perintis RFID adalah terbuka di Lembah Klang dan pengguna lebuh raya Wilayah Utara terpilih yang memandu kereta berdaftar peribadi seperti kereta, van, jip dan pickup (Kenderaan Kelas 1)
Selain itu, mestilah menjadi pengguna Touch ‘n Go eWallet yang berdaftar. Ini memerlukan telefon pintar yang akan digunakan untuk tambah nilai RFID dan hanya terpakai kepada kenderaan yang didaftarkan di Malaysia.
Senarai lebuh raya yang menggunakan RFID adalah:
1. Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
2. Damansara – Puchong Expressway (LDP)
3. Kemuning – Shah Alam Highway (LKSA)
4. Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
5. Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
6. Shah Alam Expressway (KESAS)
7. Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
8. Maju Expressway (MEX)
9. Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE)
10. Stormwater Management And Road Tunnel (SMART)
11. New Pantai Expressway (NPE)
12. Besraya Expressway (BESRAYA)
13. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
14. Kuala Lumpur – Kuala Selangor Expressway (LATAR)
15. Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
16. Guthrie Corridor Expressway (GCE)
Projek perintis atau pilot project ini baru sahaja bermula pada September yang lalu. Masih ada beberapa perkara yang perlu dikemaskini dan naik taraf bagi kemudahan pada masa hadapan. Contohnya sebelum ini pelekat RFID diletakkan di lampu hadapan dan kemaskini segera eWallet Touch n Go dalam tambah nilai.
Jika anda berminat menjadi pengguna perintis, boleh menghantar nama serta maklumat anda dihttp://www.touchngo.com.my/html/preregisterRFID.aspx www.touchngo.com.my/html/preregisterRFID.aspx. Maklumat lanjut dan arahan akan diberikan selepas mendapat balasan email.
65 Comments
harap nanti ia boleh digunakan di semua lebuh raya. leceh pula kalau ade yang tak boleh guna
Idea dan inovasi yang sangat pintar… Lebih menjimatkan masa dan tenaga serta lebih memudahkan pengguna…
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
harap harap engan cara ini boleh memudahkan lagi pengguna. ya lah. sebelum device tu selalu rosak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Pujaan Hati Kanda di Tv3
Itu lah, buat benda baru ni makan masa nak bagi pengguna tu faham. Kalau bagus mesti ramai pengguna akan pasang
Cashless ni bagus tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki. RFID salah satu drpnya. Ada kes pagar tol tak terbuka dan perlu diundur kereta seperti mana yang sering berlaku di lorong SmarTAG
Haaa, itu yang lemah semangat nak pasang. Sedangkan yang ada sekarang pun slow sangat, sampai depan pagar baru nak detect
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
memudahkan bagi mereka yang nak cepat, zaman sekarang nak cepat semu. Jadi salah satu alternatif yang bagus..
Curahan rasa akupenghibur @ ..2 Sebab Utama Lelaki Kemurungan Dan Diam
Ya betul tu..kalau blh semua nk dihujung jari je..tapi jgn plak nati jd mcm smartag,kdg2 sistem x dpt detect
Nama ja smart tapi tak berapa nak smart. Nak buat apa pembaharuan pun kena pastikan berkesan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
SmartTAG edisi lama cun je performance dia. SmartTAG yang baru ni je yang banyak masalah. Bateri kot
semakin lama alatan semakin kecil hinggalah kita dah tak payah bawa duit. inovasi yg macam kita mahu
Tapi ada yang report RFID ni sometime nak cepat gak. Pasti, buat masa skang ni, RFID lane ada satu je biasanya. Beratur panjang. Tak cepat jugak
Bagus jugak nih tak payah bateri dah. Kat mana nak dapat? Harga? Sape yang pasarkan nih?
Tulah tertanya tanya jugak ni berapa harga nk pasang benda ni& kat mana nak dapatkan benda ni..huhu
Tak silap, sekang ni pilot user boleh apply melalui website diorg. Free.. nanti nanti kena bayar. harga murah sket drp SmarTAG kot..
Curahan rasa JMR @ ..Kaunseling Bersama Dr.Kartini – Mari Belajar Mengenai Ekzema
buat masa skang ni, tak perlu bayar pa per.. cuma kena register dan gi sesi fitted in. Pastu dh boleh guna
bagus juga cara ni. tak perlu caj device. tampal shj pada kereta. lebih mudah
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
Zaman sekarang nih semuanya mudah mudah belaka, hanya di hujung jari anda sahaja.
Ya kalau boleh semua nak dihujung jari je..huhu..harap yg ni lg baik dari smartag
Nampak gaya boleh pergi jauh sitem RFID ini. Ada 2,3 je minor issue yang boleh diperbaiki
Harap yang mudah ni tak menyusahkan pengguna lah. Suami saya macam malas ja nak pasang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
Buat masa skang ni RFID masih percuma. Lepas habis tempun pilot user ni, bbayaran akn dikenakan
Dah lama saya lalu ditol dan nampak benda ni tapi masih tak sempat nak tukar sbb saya tengok dilaluan tol RnR masih ada 1 lorong ja so takut jem hehehe
Menda baru g nih, sebab tuh hanya 1 lorong jer di bukak, nennt dah ok boleh aa bukak lebih dari 1 lorong n..
Benda baru dan masih dalam percubaan kot..tapi dah byk highway da yg guna benda ni..
Ye la kan, skang ni baru fasa pilot user. nanti mesti banyak lane yang akna dibuka
Kalau semua pakai RFID, dan lane ade 1 je, memang akan jem panjang la. pasang je dul, guna nanti 2 pun takpe kan
Menarik ni. Nak cuba daftar lah, duduk dekat klang valley ni mmg tak lari dari tol 😅
Mereka mereka yang duduk kat area lembah klang memang patut cuba nih. Jimat segala2nya nih.
Untung la sape2 yg duk lembah klang blh dptkan benda ni dgn percuma je..just kena dftar dlu kt link
Apa yang merisaukan adalah bila tambah nilai secara automatic. Harap Tak tertolak banyak.
Curahan rasa aRzMoHa @ ..BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR
Nak kena sentiasa pantau akaun kita so that takder lah kita nak risau apa apa terjadi kat akaun kita nanti
masa lalu dekat palang tu ada dah tulis nilai bayaran tol kita. So far ia tally dengan kiraan di dalam aplikasi ewallet Touch N Go.
Kalau Tak silap beberapa plaza tol di Penang juga terlibat. Harap berjalan lancar
Curahan rasa aRzMoHa @ ..PRODUK KELENGKAPAN PERIBADI KETIKA UMRAH DAN HAJI DENGAN PEK MUDAH TRAVEL SUCHI
Wah… kat Penang pun dah ada nih… tapi memang patut pun kan sebab Penang pun agak sesak jugak
Penang memang patu guna RFID kalu nak cepat. Rasanya boleh elak kesesakan di tempat tempat tumpuan
Tak lama lagi akn diperluaskan ke seluruh tol yang ada di Malaysia. Mujurlah harga tol tak dinaikkan dlm masa terdekat ni
bagus rfid ni. kat company sy menggunakan system rfdi. memang efektif dan menyenangkan staff.
Curahan rasa Azrul @ ..Menerokai Kashmir, Agra, Jaipur Dan Delhi India – Part 8
Kalau ada kompeni yang pakai nih, memang kompem kompem aaa menyenangkan para pekerjanya, tak pening nak pk nak pakai duit sendiri
Terfikir gak guna utk kereta kereta kompeni kan. Boleh la juga halang staff hantar claim yg tak betul utk toll hahaha
Berapa harga dan di mana nak dapatkan pelekat tu?harga lebih kurang smartag?
Setakat ini percuma dan kena daftar di link pilot project RFID. Lepas dapat balasan email, mereka akan minta kita buat appointment untuk pasang stiker tu
Curahan rasa admin DHN @ ..Hadiah wang tunai untuk penulis komen paling banyak 2018
Wah percuma je..untung la sape2 yg duk kl&lembah klang blh dptkan dgn percuma..terbaik la
Hebat teknologi zaman skrg..ada pro&kontra jgk teknologi ni..akan terjadi jgk masalah spt sistem x dpt detect sticker RFID tu..
ya betul. ia dibuat untuk gantikan smart tag device tu. Sebab tu masa sekarang diorang run dulu pilot project untuk RFID ini.
dulu ramai yang komplain device tu cepat rosak dan susah nak detect. harap yg ni dpt selesaikan masalah.
Curahan rasa nikkhazami @ ..9 Cara Tingkatkan Jualan di Shopee
pertama kali tahu mengenai pasal RFID ni, menarik dan canggih cara yang RFID buatkan memudahkan kerja,
Full.. tak pernah dengar lagi pasal RFID nih, lagik canggih nih… haduihh jauh ketinggalan dah nih.. sib baik ada DH nih… tqtq admin
untuk yang sentiasa menggunakan lebuhraya di lembah klang, ia memang seperti jadi satu keperluan.
Curahan rasa admin DHN @ ..Hadiah wang tunai untuk penulis komen paling banyak 2018
Betul tuh betul setuju sangat dengan kata kata admin tuh, orang orang di lembah klang semuanya nak cepat kan…
bagi yang sentiasa gunakan lebuhraya dan lalu tol di lembah klang, benda ini dah jadi macam satu keperluan
sama first time juga dengar RFID dan harus di war-warkan kepada semua.
Comments are closed.