Ramadhan bulan penuh BERKAT..apa azam kita??

Spread the love

Alhamdulillah syukur sangat Aku diberi peluang oleh ALLAH swt untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Ramadhan penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan KEBERKATAN dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan juga bulan Pengampunan. Insyallah Aku berazam untuk menjadikan Ramadhan tahun ini Ramadhan yang terbaik sepanjang penghidupan kerana Ramadhan tahun hadapan belum tentu akan bersua lagi…

Selamat Berbuka Puasa

Aku BerAZAM untuk ….

1. Solat 5 waktu berJEMAAH kerana mengikut Nabi saw sangat memBERATkanNya sehingga Nabi saw mengarahkan para sahabat mengumpul kayu api untuk membakar mereka yang tidak solat berJEMAAH. Nabi tidak pernah solat sendirian sehinggalah Baginda wafat.
2. Perbanyakkan solat SUNAT bermula dengan solat FAJAR, solat ISRAQ, solat DHUHA, solat WUDUK, solat TAUBAT, solat RAWATIB, solat TERAWIH, solat TAHAJJUD, solat ISTIKHARAH, solat TASBIH dan penutup dengan solat WITIR.
3. Istiqomah dengan dzikir pagi dan dzikir petang, dzikir minimum 300 pagi dan 300 petang serta banyakkan Istigfar.
4. Bersedekah setiap hari walaupun HANYA RM1.00.
5. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa.
6. Bertadarus Al-Quran bersama keluarga.
7. Banyakkan IKTIQAF di Masjid pada 10 hari terakhir Ramadhan.
8. Mengadakan majlis ILMU bersama keluarga dengan membacakan beberapa hadis nabi setiap hari.
9. Tidak membazir terutama JUADAH makanan.

Kepada Emak,abah, isteri, anak-anak, adik beradik, keluarga, jiran, teman dan TEMAN BLOGGER aku menghulur sepuluh jari memohon AMPUN dan MAAF jika ada perbuatan, perkataan dan tulisan yang menguris perasaan. DOAkan Ramadhan tahun ini Ramadhan TERBAIK untuk kita semua…..

Fadhilat Amal : Dari Aisyah r.a : “Adalah Nabi saw beriktiqaf sepuluh hari yang akhir dari bulan Ramadhan sehingga wafatnya, kemudian beriktiqaf para isterinya sesudahnya (iktiqaf isterinya adalah di rumah).” (Al-Hadith)

P/s : Entri puasa tahun lepas yang dikitar semula

[ad#serverfreak]


Spread the love

294 Comments

      1. Ibadah Ramadhan yang kita lakukan harus dapat merubah dan memberikan output yang positif. Perubahan pribadi, perubahan keluarga, perubahan masyarakat dan perubahan sebuah bangsa.

        1. Allah SWT berfirman : « Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri » (QS AR- Ra’du 11).

          1. Bulan Ramadhan adalah bulan dimana syetan dibelenggu, hawa nafsu dikendalikan dengan puasa, pintu neraka ditutup dan pintu surga dibuka.

    1. Sehingga bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat kondusif untuk bertaubat dan memulai hidup baru dengan langkah baru yang lebih Islami.

  1. Rasulullah SAW telah bersabda, ”Jika ummatku mengetahui nilai-nilai yang terkandung di dalamnya, pasti mereka berkeinginan supaya semua bulan dalam setahun terdiri dari Bulan Ramadhan seluruhnya”.
    Curahan rasa fais @ ..Marhaban Ya RamadhanMy Profile

  2. Terima kasih sharingnya yer….
    Alhamdulillah masih diberi kesempatan pada ramadhan kali ini. Pastinya sy juga ingin menjadikan ramadhan kali ini adalah yang terbaik, dan semoga ianya satu permulaan yg baik untuk diri dan keluarga.

    *teringin sekali berada dikelompok keluarga yang mengamalkan sunnah Rasulullah, makan dlm dulang, solat berjemaah, bertadarus.. Mudahan Allah beri peluang ini untuk ku …

    Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat DENAIHATI serta semua pengunjung setia blog ini…
    Curahan rasa tpinky @ ..Istimewanya Bulan RamadhanMy Profile

  3. Ramadhan yang penuh berkah ini bukanlah sebuah pemberian gratis dari Allah SWT, justru sebaliknya adalah sebuah hutang yang kita pinjam dengan jaminan yang sangat mahal, yaitu berkurangnya umur sebanyak satu tahun.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Menyingkap Makna RamadhanMy Profile

    1. Dengan kecintaan ini kita harapkan bisa meraih nilai plus dari bulan Ramadhan ini yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW dalam haditsnya, artinya “barang siapa berpuasa Ramadhan disertai keimanan dan dan “ihtisaban (karena Allah dan hanya mengharap pahala dari-Nya) maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. al hadits riwayat Bukhori, Muslim, Tirmizie dan Nasa’i.

      1. Embun suci di pagi hari, hati yang bersih akan lahir kembali
        Bulan ramadhan telah datang, bersihkan diri menghadap Ilahi
        Mohon maaf atas segala salah dan khilaf yg pernah ada
        “selamat menunaikan ibadah puasa, semoga amal ibadah kita diterima oleh ALLAH SWT..amin”
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..Penetapan Awal Ramadhan 1431 HMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!