Puanbee.com Nada Membaca dan Nada Bercakap Tak sama

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sempena Ramadhan 2012 blog Denaihati memberi peluang ahli group FB Denaihati Network untuk menulis review blog mereka untuk di publish di blog Denaihati. Aktiviti ini dianjurkan untuk mengambil semangat Hidupkan Untuk Memberi dan memberi itu bukan sahaja duit tetapi peluang seperti ini. Blog pertama yang terpilih adalah blog Puanbee.com (Dah jumpa beberapa kali ni, memang very very hard working). Jangan lupa follow Facebook beliau @ Facebook Puanbee.

Blog Puanbee.com

Pada bulan ramadhan ini , denaihati.com telah membuka peluang untuk melakukan review blog rakan blogger yang ber PR2 . Terima kasih di ucapkan kepada admin blog denaihati.com. Peluang yang di berikan amatlah di hargai.

Maka dengan rendah hatinya saya lakukan review ini untuk blog Http://puanbee.com kini ber PR2 dan berada di ranking alexa : 52,084 untuk seluruh dunia dan 343 rank di dalam Malaysia.

Blog puanbee.com merupakan blog personal yang menulis apa sahaja yang terlintas di hati , fikiran dan mata saya. Saya menulis atas dasar hobi semata yang di lakukan semasa mempunyai masa lapang. Untuk saya fokos menulis mengikut waktu yang di tetapkan setiap hari adalah amat sukar , kerana saya seperti yang di ketahui ramai , saya adalah seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak yang cantik-cantik dan ada jadual yang penuh untuk satu hari . Sebagai surirumah dan ibu .. adalah amat sukar untuk saya fokos di blog.

Namun , setiap hari .. saya mencuba sedaya upaya untuk update entri di blog. Saya cuba sedaya upaya meletakkan blog saya sebagai blog yang aktif. Dengan itu saya merasa puas kerana hobi saya kini menjadi sumber kewangan sampingan juga.

Saya bermula menulis di blogspot , dan membeli hosting dengan pakej bandwidth yang kecil , semakin lama semakin besar spec yang di perlukan , bermakna semakin banyak pelaburan yang di perlukan. Saya tidak menjangga sama sekali perkara ini akan berlaku pada blog saya. Tetapi bak kata pepatah “apa yang kita berikan , kita akan terima pulangan nya semula ” dan segala apa yang saya laburkan adalah berbaloi. Setakat ini , telah saya cuba 4 perkhidmatan penyedia hosting yang berlainan , pelbagai masaalah di lalui .. tetapi semua itu tidak sama sekali dapat melemahkan kecintaan saya kepada blog.

Satu saja pegangan saya , duit yang saya dapat dari blog kebanyakkannya akan di laburkan ke blog semula. Bagi saya .. tak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baru walaupun kita tak tahu .. sentiasa bertanya pada yang lebih arif dan insyallah ramai rakan blogger lain akan memberi tunjuk ajar. Blog saya terbina dengan adanya rakan blogger yang membantu saya ketika blog saya mempunyai masaalah.

Ini adalah cita-cita saya untuk blog saya sebenarnya :

Dapat memberi kan sesuatu kepada pembaca.
Dapat membuat satu team network yang bersama-sama menjana income dari blog puanbee.com (namun belum tercapai , tak tahu bagaimana hendak mula 🙂 )
Dapat sama-sama memberi manfaat untuk pembaca dari segi penulisan dan juga hadiah saguhati misalnya.

Yang pasti .. saya tidak tahu bila saya akan berhenti berblog. Harap dapat di terima di hati blogger lain jenis entri simple saya tu ..

walaupun .. kadang-kadang ” nada membaca dan nada bercakap tidak sama ” menimbulkan pelbagai perasaan di hati pembaca.

Harap di maafkan..


Spread the love

155 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!