Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Proton baru sahaja melancarkan Proton Saga FLX versi baru dan terbaru mengumumkan akan melancarkan Proton Exora versi baru iaitu Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime. Pengumuman versi baru Proton Exora pasti disambut gembira oleh pengemar Proton. Proton Exora bukan sahaja mendapat sambutan baik di Malaysia tetapi juga di Indonesia. Ramai juga rakan-rakan Indonesia yang memamdu kereta Proton Exora.
Proton Exora Bold 1.6 baharu dikeluarkan dalam tiga versi iaitu Executive MT (transmisi manual), Executive AT (transmisi automatik 4AT), seterusnya versi tertinggi Exora Bold 1.6 Premium CVT (transmisi CVT) yang menggunakan enjin CFE (CamPro Fuel Efficiency) yang dibantu sistem turbo dengan keluaran kuasa setinggi 138hp@5,000rpm dan tork maksimum 205Nm@2,000-4,000rpm.
Senarai harga Proton Exora berbagai jenis :
1) Proton Exora 1.6 Standard MT – RM59,998.00 (CPS Manual)
2) Proton Exora Bold 1.6 Executive MT – RM70,998.00 (CPS Manual)
3) Proton Exora Bold 1.6 Executive AT – RM74,998.00 (CPS Automatik 4AT)
4) Proton Exora Bold 1.6 Premium CVT – RM79,998.00 (CFE + CVT)
5) Proton Exora Prime – RM88,998.00 (CFE + CVT)
Kepada yang nak melihat spesifikasi dan gambar Proton Exora Bold boleh terus meluncur ke blog Automobile no 1 Malaysia Paultan.org. Kalau dapat peluang test drive best juga ni. Team Denaihati baru je dapat jemputan test drive kereta Honda Hybrid terbaru Januari 2012 ni.
134 Comments
memang teringin nak beli MPV , tp tunggu lah bayaran keta pertama habis dulu .. jimat cermat amalan mulia , bersederhana lebih baik hehe ..
Curahan rasa puanbee @ ..Cashout Blind.gd Pertama
kalau anak ramai baru sesuai nak pakai mpv nei..tapi kalo rasa nak shopping barang2 beso elok jugak pakai neih
Curahan rasa lin azlina @ ..Jadi jugak buat tutorial threader Comment ni
anak 3 pun dah boleh lin , sbb nak balik kampung semua nak bawak bantal tilam pun nak angkut hehe
Curahan rasa puanbee @ ..Cashout Blind.gd Pertama
Wowwww canteknya tapi ongkosnye yang tak bape cantekkkkk
Curahan rasa AREE @ ..Indian Girls Dress Up
Xda giveaway bagi kereta?hahaha
Nampak menarik je… Teringin pulak nak pakai kereta besau…
Curahan rasa Azam @ ..Rival To Google Maps? Presenting… Nokia Maps 3D!
wah.. keren-keren..
blog amalul ahli= dunia info | dunia penuh informasi
Curahan rasa Amalul Ahli @ ..Cara Membuat Recent Post dilengkapi dengan Gambar
exora ni mmg power ler sbb hp dia dah 138.tp harap proton bleh kuarkan semua kereta memakai timing chain selepas ni.skang hanya inspira memakai timing chain.timing belt dah ketinggalan dan kebanyakan kereta di dunia memakai timing chain.
tunggu dia kuar 2.0 la baru puas hati hehe
Curahan rasa ROJAK @ ..Funny Taekwondo Match
ternampak test drive model ini kat tesco…huh sungguh menawan dan hebat dengan enjin baru….
Curahan rasa Syarih @ ..Bolehkah Dikuruskan Badan Dalam Waktu Yang Singkat?
Boleh dipertimbangkan utk kereta akan datang nih….
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Cadangan Hadiah Kahwin
Nampaknya, mmg proton makin maju dlm rekabentuk…terbaik!
Terliur tgk exora tu…fuh…
Curahan rasa hafizmd @ ..Wordless Wednesday #2 – Unta padang pasir?
jika proton teruskan dengan penampilan baru nescaya jualannya akan terjamin
Curahan rasa Syarih @ ..Bolehkah Dikuruskan Badan Dalam Waktu Yang Singkat?
Kalau harga diturunkan lagi mesti jualan bertambah lagi.. psstt.. kalau dorang ikut cara AirAsia buat promo bagaimana agaknya? haha
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
mobil impian saya itu mbakk,pasti mahal
Curahan rasa obat herbal nyeri haid @ ..Cara ampuh mengobati Diabetes Melitus
cantiklah kereta ni….
Curahan rasa Qaseh Gifts @ ..Fridge Magnets – Cenderahati Mudah / Fridge Magnets – Easy Souvenirs
wah makin mantap proton ni..aku masih Toyota…
Curahan rasa Bosco d’Glamor @ ..Angelina Jolie: “Saya bernasib baik saya tidak mati muda”
nampak elegan habis la..hehe..jom try.. 🙂
Comments are closed.