Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ada macam-macam cara nak iklan blog iaitu secara online dan offline. Nak iklan secara online bukanlah murah kalau Blogger nak tampal banner di blog popular seperti iklan banner Denaihati di SINI. Pernah juga tanya iklan advetorial di SINI memang tahap 5 bintang harganya kalau setakat Blogger biasa memang tak mampu nak bayar. Tapi jangan salahkan mereka itulah harga mereka setelah bertungkus lumus siang dan malam bekerja. Kita pun boleh jadi macam mereka dengan syarat kerja kuat dan jangan rendahkan martabat Blogger dengan bagi percuma iklan pada syarikat besar sedangkan syarikat PR yang uruskan iklan tersebut dapat bayaran.
Cara lain nak iklan blog adalah dengan cara offline iaitu iklan di surat khabar, gantung banner di lokasi strategik, buat sticker kereta, sponsor majlis yang ramai peserta seperti “Seminar Buat Duit dengan Blog” dan kalau mampu beli papan iklan tepi highway. Ramai juga Blogger yang buat T-Shirt dengan design URL blog terpampang di depan atau di belakang t-shirt. T-shirt kena buat banyak baru dapat promosi yang meluas. Kos nak buat t-shirt yang berkualiti bukan murah paling tidak RM15-20 dan kalau nak print 200 helai maka kosnya sudah cecah rm3000 – 4000 .. banyak tu.
Untuk jimat kos Denaihati Network mencadangkan satu Projek T-Shirt sempena “Seminar Buat Duit dengan Blog”. Design t-shirt telah dipilih dengan meletakkan url Blog di bahagian belakang t-shirt. Berikut adalah design t-shirt :
URL Blog terpampang di belakang t-shirt :
Projek T-Shirt Denaihati Network adalah projek untuk mempromosi 20 Blog. Sebanyak 250 T-Shirt akan di print dan dijual semasa seminar dan secara online. Hasil jualan projek ini akan disumbangkan untuk pembinaan Sekolah Pusat Islam Kemboja. Ada Blogger berminat dengan Projek T-Shirt Denaihati Network?
Cara menyertai projek T-Shirt Denaihati Network :
- Harga untuk setiap URL Blog ialah RM150. Bayaran boleh dibuat ke MBB Denaihati Resources 562834616817
- Pilih lokasi URL blog mengikut no yang telah ditetapkan
- Kirimkan bukti bayaran, no lokasi URL, nama Blogger, no hp Blogger dan URL blog ke admin@denaihati.com
- Hanya terbuka kepada 20 Blogger paling cepat
- Blogger yang ikut serta akan mendapat sehelai t-shirt
- Sebarang pertanyaan boleh di kirimkan di SINI.
Video Promosi di Keek Denaihati
Apr 8, 2013 | Projek T-Shirt Denaihati Network utk #blogger Nusantara. Detail di blog denaihati cepat jgn terlepas peluang. by denaihati on Keek.com
Dengan modal hanya RM150 Blogger akan dipromosi oleh 250 pemakai t-shirt tersebut selagi t-shirt tersebut tidak musnah dan paling menarik dapat berbakti menyumbang membina Sekolah untuk umat islam di Kemboja yang manafaatnya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat inshaa Allah.
Senarai Blog yang dah confirm
1. Melastikbintang.com
2. Aimedia.my
3. BloggerSentral.com
4. Mazamohd.com
5. Sitiatikah.com
6. Azri.my
7. Ladfeamir.com
8. Deqnoor.com
9. Sumijelly.com
11. Untuqsemua.blogspot.com
12. Bicaramakdara.com
18. ogysijemariseni.blogspot.com
19. Wanwidget.com
20. MalaysiaNetworks.my
KEPADA YANG BELUM DAFTAR “SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG” JANGAN TUNGGU SAMPAI SAAT TERAKHIR NANTI MELEPAS PULAK. JOOM DAFTAR SEKARANG DI SINI.
Sekolah Integrasi Nurul Iman, Pusat Islam Kemboja yang sedang dibina oleh Koperasi Muslim Kemboja (CMC) hasil infaq dari seluruh dunia termasuk Rakan Denaihati Network. Sila klik SINI utk melihat aktiviti CMC.
111 Comments
Mnarik jgk idea nie..
Curahan rasa syu90 @ ..Download 3 A.M (2012) | Thai Movie
kembali lagi nih saya kesini membaca dan mencari uptade-an artikelnya.
Curahan rasa Pasudama SEO @ ..Daftar Blog .edu Auto Approve High Page Rank 2013
Kreatif dan salut atas gerakan menyumbang untuk sekolah Islam di Kamboja, semoga sukses dan barokah! Aamiin!
Curahan rasa Edi – Aura Ide @ ..Cara memasang Plugin WordPress Thread Comment
bagus idea promosi di atas, semoga ianya akan membawa kebaikan untuk semua
Curahan rasa donnyien @ ..Keputusan penuh abpbh2012
Desain yang menarik t-shirt
Curahan rasa Ferry @ ..Tanda Penyebab Anak Hiperaktif
Boleh tempah ni sehelai…
Curahan rasa Imran @ ..Hati-Hati Beli Makanan
Wahhh macam tau tau saja saya berminat nak sertai.. dah siap siap ada nama saya di atas tu.. Ada acc Maybank? blh saya bank in asap.. nak cop no 12 hehe
Curahan rasa Mak Dara @ ..Tak Ada Idea Update Blog? Ini Cara Penyelesaiannya
Kat detail cara tu ada no akaun bank mbb
Sangat mendukung projek ini. Terus berbagi kepada yang membutuhkan. pembinaan Sekolah Pusat Islam Kemboja
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Soal UN Dilengkapi Barcode
Tak ada yang tak bisa dilakukan, DH selalu memberikan ide kreatif. Dengan t-shirt url blog bisa dipromosikan lewat t-shirt. Ini projek yang bagus dan disumbangkan kepada pembinaan Sekolah Pusat Islam Kemboja. Dukung projek ini.
Curahan rasa Vionetpalu.com @ ..Pengawas dan Peserta UN Yang Melanggar Aturan Akan Dikenai Sangsi
tuan.. nak request boleh? nak lengan panjang.. heeee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular 2012
keren . . semoga sukses selalu . .LANJUTKAN
Curahan rasa Ratihdewi @ ..Obat Herbal Kanker Payudara
bagus tul idea denaihati ni
Curahan rasa kak ina kl @ ..Resepi Sos Meatball Ala-Ala IKEA
mantap design tu, rm150 ok ler…
Curahan rasa Blog 3 Dalam 1 @ ..Tonton Online Sebenarnya Saya Isteri Dia ( Full Episod )
bagusnya…disamping buat pengik;anan dapat juga bantu rakyat kat kemboja. ingat nak join jugak tapi sob sob… tengah kering kontang.
bagus bangettt kaos nya sob
Comments are closed.