Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ada macam-macam cara nak iklan blog iaitu secara online dan offline. Nak iklan secara online bukanlah murah kalau Blogger nak tampal banner di blog popular seperti iklan banner Denaihati di SINI. Pernah juga tanya iklan advetorial di SINI memang tahap 5 bintang harganya kalau setakat Blogger biasa memang tak mampu nak bayar. Tapi jangan salahkan mereka itulah harga mereka setelah bertungkus lumus siang dan malam bekerja. Kita pun boleh jadi macam mereka dengan syarat kerja kuat dan jangan rendahkan martabat Blogger dengan bagi percuma iklan pada syarikat besar sedangkan syarikat PR yang uruskan iklan tersebut dapat bayaran.
Cara lain nak iklan blog adalah dengan cara offline iaitu iklan di surat khabar, gantung banner di lokasi strategik, buat sticker kereta, sponsor majlis yang ramai peserta seperti “Seminar Buat Duit dengan Blog” dan kalau mampu beli papan iklan tepi highway. Ramai juga Blogger yang buat T-Shirt dengan design URL blog terpampang di depan atau di belakang t-shirt. T-shirt kena buat banyak baru dapat promosi yang meluas. Kos nak buat t-shirt yang berkualiti bukan murah paling tidak RM15-20 dan kalau nak print 200 helai maka kosnya sudah cecah rm3000 – 4000 .. banyak tu.
Untuk jimat kos Denaihati Network mencadangkan satu Projek T-Shirt sempena “Seminar Buat Duit dengan Blog”. Design t-shirt telah dipilih dengan meletakkan url Blog di bahagian belakang t-shirt. Berikut adalah design t-shirt :
URL Blog terpampang di belakang t-shirt :
Projek T-Shirt Denaihati Network adalah projek untuk mempromosi 20 Blog. Sebanyak 250 T-Shirt akan di print dan dijual semasa seminar dan secara online. Hasil jualan projek ini akan disumbangkan untuk pembinaan Sekolah Pusat Islam Kemboja. Ada Blogger berminat dengan Projek T-Shirt Denaihati Network?
Cara menyertai projek T-Shirt Denaihati Network :
- Harga untuk setiap URL Blog ialah RM150. Bayaran boleh dibuat ke MBB Denaihati Resources 562834616817
- Pilih lokasi URL blog mengikut no yang telah ditetapkan
- Kirimkan bukti bayaran, no lokasi URL, nama Blogger, no hp Blogger dan URL blog ke admin@denaihati.com
- Hanya terbuka kepada 20 Blogger paling cepat
- Blogger yang ikut serta akan mendapat sehelai t-shirt
- Sebarang pertanyaan boleh di kirimkan di SINI.
Video Promosi di Keek Denaihati
Apr 8, 2013 | Projek T-Shirt Denaihati Network utk #blogger Nusantara. Detail di blog denaihati cepat jgn terlepas peluang. by denaihati on Keek.com
Dengan modal hanya RM150 Blogger akan dipromosi oleh 250 pemakai t-shirt tersebut selagi t-shirt tersebut tidak musnah dan paling menarik dapat berbakti menyumbang membina Sekolah untuk umat islam di Kemboja yang manafaatnya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat inshaa Allah.
Senarai Blog yang dah confirm
1. Melastikbintang.com
2. Aimedia.my
3. BloggerSentral.com
4. Mazamohd.com
5. Sitiatikah.com
6. Azri.my
7. Ladfeamir.com
8. Deqnoor.com
9. Sumijelly.com
11. Untuqsemua.blogspot.com
12. Bicaramakdara.com
18. ogysijemariseni.blogspot.com
19. Wanwidget.com
20. MalaysiaNetworks.my
KEPADA YANG BELUM DAFTAR “SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG” JANGAN TUNGGU SAMPAI SAAT TERAKHIR NANTI MELEPAS PULAK. JOOM DAFTAR SEKARANG DI SINI.
Sekolah Integrasi Nurul Iman, Pusat Islam Kemboja yang sedang dibina oleh Koperasi Muslim Kemboja (CMC) hasil infaq dari seluruh dunia termasuk Rakan Denaihati Network. Sila klik SINI utk melihat aktiviti CMC.
111 Comments
erm, masih belum penuh ya… cepat2 jangan terlepas peluang ni.
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..Cara-Cara Menyimpan Bukti Pendaftaran Tempat Mengundi Anda Dengan Print Screen
idea yang menarik. boleh cuba nanti satu hari nanti.
Curahan rasa ohcikgu @ ..Cik Hazanis – Terima kasih kerana memilih saya..
menarik.. promosi blog sambil menderma.. satu idea yg bagus untuk promosikan jenama
Curahan rasa Myvitrd @ ..Bergambar | Majlis Pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri
memang sangat berguna disamping promosi blog juga ikutan menyumbang luar biasa
Curahan rasa metrolisa @ ..6 Selebriti Dunia yang memiliki Pulau Pribadi
sudah terlambat. Memang berminat untuk join.
Curahan rasa daddydee @ ..Menjadi Pemimpin Yang Hebat
Cantik design baju.. Tahniah kepada 20 blogger yang bertuah.. First come first serve.
Curahan rasa AminJohar.com @ ..Cas Pindahan IBG Dikurangkan
bagus kalau melihat nama blog kita berada di kaos itu….
Curahan rasa dicoba @ ..Teknik SEO untuk Bing Search Engine
Keren kaosnya, kira-kira harganya nanti berapa ya….dan bakalan seru kalau nama blog saya ada di dalamnya…
Curahan rasa NetterKu @ ..Tips agar Cowok Terlihat Lebih Ganteng
Senangnya bila nama blog bisa terlihat di kaos tersebut
Curahan rasa safiyhati @ ..Tips Sukses Menghadapi Wawancara
wow.. menarik projek ni
Curahan rasa Mus @ ..Lagi Gambar Selepas Ops Daulat Di Lahad Datu
menarik nie boleh ber infaq sekali…ada peluang lagi tak..saya dah email copy pembayaran, admin tak der bagi confirmation untuk seat pun?
kalau nak beli saja-saja tak boleh? teringin jugak nak satu. hehe
Curahan rasa Zida @ ..Aduh, Peritnya Mengulang!
walaupun nampak warna hitam, akan tetapi warna ini akan kelihatan yang tidak mudah kotor.
Curahan rasa Pasudama SEO @ ..Daftar Blog .edu Auto Approve High Page Rank 2013
warna baju yang sangat menarik dan Design baru yang minimalis. good design
Curahan rasa Pasudama SEO @ ..Daftar Blog .edu Auto Approve High Page Rank 2013
Comments are closed.