Keputusan Majlis Perujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Daerah Johor 2019M / 1440H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majlis Perujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 2019M/1440H diadakan pada 28 hingga 31 Januari 2019, bermula hari Isnin hingga Khamis bertempat di Dewan Jubli Intan, Muar Johor.

Majlis Perasmian Perujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 2019M/1440H ini diadakan pada 31 Januari 2019, Khamis bertempat di Dewan Jubli Intan, Muar yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Peserta Lelaki

Kategori 10 juz & Tarannum

  1. Daerah Johor Bahru 99.5% : Muhammad Ziyad bin Muhammad
  2. Daerah Tangkak : 97.7% : Muhammad Nur Anaqi bin Muhammad Assabri
  3. Daerah Tangkak : 97% : Muhammad Mustaqim b. Idris (Pelajar Madrasah Annuur, Tangkak)

Kategori 20 juz & Kelancaran

  1. Daerah Johor Bahru 95.3% : Muhammad Danial Haziq bin Hasmadi
  2. Daerah kota tinggi 94.8% Muhammad Aslam b. Yahya
  3. Daerah Mersing 92.2% Muhammad Fakhrul Islam b. Jefridin

Kategori 30 juz & Tafsir

  1. Daerah Kulai 96.3% Muhammad Amir ikmal b khairul anuar
  2. Daerah Tangkak 89.4% Muhammad Syamil Islam b Ahmad
  3. Daerah Johor Bahru 84.8% Muhammad Nur Haziq b. Mohd Said

Peserta Perempuan

Kategori 10 juz & Tarannum

  1. Daerah Tangkak 92.5% : Durratun Nafisah bt Nasarudin
  2. Daerah Tangkak : 84.5% : Amira Aisyah bt Haron
  3. Daerah Segamat : 84 3% : Nurul Nadwarah bt jaafar

Kategori 20 juz & Kelancaran

  1. Daerah Kluang 93% : Nur Jahidah Hadirah Bt Aliyas (Tamat Madrasah Mukarromah Spg Renggam dan tamat Syahadah Madrasah An-Nuur Tangkak)
  2. Daerah Tangkak 89.7% : Siti Alya Atikah bt Hamdan (Pelajar Madrasah An-Nuur Tangkak)
  3. Daerah Kulai 89.2% : Siti Hajar b. Hamid (Pelajar Madrasah An-Nuur Tangkak)

Kategori 30 juz & Tafsir

  1. Daerah Tangkak 91.9% : Ummu Habibah bt Tuah (Tamat hafazan dan syahadah di Madrasah An-Nuur Tangkak dan sedang mengajar di Madrasah An-Nuur )
  2. Daerah Tangkak 87.3% : Nur Hasanatul Khadijah bt Maaruf.
  3. Daerah Tangkak 81.2% : Nurul Ainul Balqis bt Azman.

Sebagai penuntut ilmu, kita diibaratkan jihad di jalan ALLAH
Bila dikatakan jihad, ALLAH akan sentiasa hadirkan ujian sepanjang kita menuntut ilmu.

ALLAH berfirman yang bermaksud ALLAH tidak akan membebani hambanya diluar kesanggupannya.

Alangkah Nabi Muhammmad SAW dan para sahabat baginda sekalipun ketika menyebarkan agama islam ini, mereka sanggup mengorbankan harta dan nyawa mereka sehingga ketitisan darah terakhir mereka.

Walaupun ujian kita lain, kita ambil semangat mereka!!
Jangan sesekali putus asa.

“Man Jadda Wajada”
Sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya

Jadi,
Kita sebagai hamba Allah sentiasa membaca kisah para Nabi dan sahabat terdahulu bagi mengambil semangat mereka

Jom !!
Teruskan berusaha !!!
Janganlah risau..
Kita kan sahabat..
Sahabat apa?
SAHABAT AL-QURAN.

Semoga semuanya jadi asbab tersebarnya hidayah ke seluruh umat.

Tuan Mudir, Maulana Haji Noor Effendi Hamid
Madrasah An Nur, Kesang Laut

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!