Program Affiliate adakah haram

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog ini memang rancak mempromosi PROGRAM AFFILIATE yang boleh membantu bukan sahaja blogger malah yang belum ada blog menjana pendapatan online hari-hari. Ramai yanag masih syak wasangka menyamakan program affiliate dengan Multi Level Marketing dan Skim Cepat Kaya. Berikut sedikit penjelasan yang diterangkan oleh Ustaz Noehas kepada sahabat-sahabat Ustaz yang bertanya :

Apa itu Program Affiliate

Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut. Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil “affiliate”.

Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.

buat duit dengan affiliate
Alhamdulillah rezeki buat duit dengan affiiate

Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng”klik” pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.

how affiliate work

Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan “perniagaan internet”, dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.

Hukum Program Affiliate

[box type=”shadow”]Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan “downline” yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah “Affiliate Program” – Sumber.[/box]

Kepada yang mempertikaikan sistem affiliate, alhamdulillah berdasar penjelasan dari Dr Zaharuddin seperti di atas sistem affiliate yg dipromosikan di Seminar Buat Duit Dengan Affiliate anjuran Denaihati Network dan Karangkraf mematuhi syarat yg disebutkan.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini

Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini

Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]

Semuga penjelasan Ustaz Noehas tentang program affiliate dapat meyakinkan kepada yang belum yakin tentang hukum program affiliate. Kepada yang nak ikut serta seminar asas cara buat duit dengan affiliate masih boleh lagi sila daftar di SINI dan kepada yang tidak berkesempatan untuk datang seminar sila baca buku Buat Duit dengan Affiliate yang akan membantu menjana pendapatan online setiap hari. Baca juga entri Buat Duit Online Hari-Hari sebagai contoh bagaimana pendapatan online boleh dijana setiap hari.


Spread the love

102 Comments

  1. Waalaikumsalam, terima kasih sudah berbagi informasi tentang Program Affiliate, semua orang pasti sudah pernah mengikuti program affiliate namun ada yang berhasil dan gagal. namun program ini yang paling cepat untuk mendapatkan penjualan. ya itu kembali kepada diri sendiri kalau yakin ya dikerjakan.
    Curahan rasa yandi @ ..Obat Tradisional Penyakit AsmaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!