Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog ini memang rancak mempromosi PROGRAM AFFILIATE yang boleh membantu bukan sahaja blogger malah yang belum ada blog menjana pendapatan online hari-hari. Ramai yanag masih syak wasangka menyamakan program affiliate dengan Multi Level Marketing dan Skim Cepat Kaya. Berikut sedikit penjelasan yang diterangkan oleh Ustaz Noehas kepada sahabat-sahabat Ustaz yang bertanya :
Apa itu Program Affiliate
Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut. Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil “affiliate”.
Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.
Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng”klik” pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.
Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan “perniagaan internet”, dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.
Hukum Program Affiliate
[box type=”shadow”]Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan “downline” yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah “Affiliate Program” – Sumber.[/box]
Kepada yang mempertikaikan sistem affiliate, alhamdulillah berdasar penjelasan dari Dr Zaharuddin seperti di atas sistem affiliate yg dipromosikan di Seminar Buat Duit Dengan Affiliate anjuran Denaihati Network dan Karangkraf mematuhi syarat yg disebutkan.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
Semuga penjelasan Ustaz Noehas tentang program affiliate dapat meyakinkan kepada yang belum yakin tentang hukum program affiliate. Kepada yang nak ikut serta seminar asas cara buat duit dengan affiliate masih boleh lagi sila daftar di SINI dan kepada yang tidak berkesempatan untuk datang seminar sila baca buku Buat Duit dengan Affiliate yang akan membantu menjana pendapatan online setiap hari. Baca juga entri Buat Duit Online Hari-Hari sebagai contoh bagaimana pendapatan online boleh dijana setiap hari.
102 Comments
kalau affiliate sampai bertingkat-tingkat komisen, tu baru kira haram…tkd lagi saya jumpa affiliate macam tu lagi…
Curahan rasa Syami @ ..Bagaimana Hendak Buat Blog Perniagaan Yang Berkesan?
itu biasanya untuk produk macam MLM, banyak yang macam tu
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
saya rasa program affiliate itu tidak haram, dan blog saya jika sudah cukup umur akan mengikuti program ini …
Curahan rasa Info Menarik @ ..Download Billing Warnet Gratis dan Legal B-29
Terima kasih Banyak Atas Informasinya.. Semoga berjaya selalu..
Toko Buku Bahasa Inggris Murah Diskon Hingga 50 %
Kalo Affilliate nie haram bermakna jual insurans pun haram, jadi agen pun haram. Semua benda pun haram. X camtu?
Curahan rasa Jep @ ..Index Laman Web Anda Dengan Pantas Menggunakan ‘Fetch as Google’
Saya dah tgk dari awal lagi, memang tak salah dari segi agama … ia sah, halal .. sebab kita dibayar komisen atas jualan produk, lepas tu benda ni FOC … bukan kena bayar apa2 untuk sertai dan buat promosi.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..25 Percent OFF Voucher Lazada 12.12.2014
betul tu, tapi ada sesetengah program, memang ada tapisan untuk join, contoh macam Cj.com
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Alhamdulillah…
Tak ada orang nak pertikai lagi…
Bila dah ada penerangan macam nie…
Curahan rasa fa @ ..Shopping Terapi untuk orang mengandung!
keren dan membantu kami sehat selamat lancar dan sukses thank admin
kita promote barang, orang beli dengan kita, kita pun dapat komisyen. gitu kan?
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Idea Menyambut Hari Jadi yang Tak Mainstream
Ya betul tu … memang boleh jana income dengan affiiate ni .. saya dah merasa banyak dah komisen … alhamdulillah, dengan teknik dan cara betul, memang lumayan.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Susah ke Senang Buat Duit Affiliate?
memang lumayan, macam-macam teknik yang digunakan untuk mempertingkatkan lagi income affiliate
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
inilah pentingnya ilmu, tak boleh buat andaian je, alhamdulillah affiliate ni jelas hukumnya..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Nak Bebas Hutang Tapi Taknak Kerja..
Begitu cepat ada yang sudah memanipulasikan nama Affiliate ye. Nak tak nak untuk menyertai sesuatu program mesti kena ada ilmu dulu kan?
Curahan rasa emalinmohd @ ..5 Langkah Mengurangkan Stress
punca rezeki kena usul betul-betul..jangan ada was-was dan syubahah
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
memang betul, tapi ada juga yang masih tak ambil kisah tentang perkara ini
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
Pernah ditawarkan program yang dinamakan affiliate tetapi caranya memang skim piramid … tak kena betullah.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..16 Video Formula Pemasaran Affiliate Menerusi Facebook
Ya betul. Affiliate yang betul punya tak banyak level. Satu dua level saja. Contohnya jual ebook pasal Hartanah. Salah sorang yang buat ada share diorang punya revenue dari affiliate tu. Beriban gak tu. Kena aktif buat marketing. Buat yang tengah belajar pasal affiliate, elok daftar seminar ni. Tak rugi beb.
Curahan rasa En Zac @ ..Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam
kalau xde ilmu pengetahuan..memang mudah kena tipud oleh pihak yang sentiasa nak mengambil kesempatan
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Senang je. Affiliate ni percuma lepas tu dia tak suruh cari orang … kalau diminta cari downline ke apa ke .. memang dah tersasar dah tu.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Susah ke Senang Buat Duit Affiliate?
minta cari downline, lepas tu ada pair la bagai, itu dah sah la MLM.affiliate mana ada semua tu
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
nak tahu lebih lanjut kenalah hadir seminar ni untuk kefahaman yang lebih lanjut sambil mengetahui tekniknya
Curahan rasa adarain @ ..Ada Apa Kat Legoland Malaysia Sampai Beratus Kena Bayar?
selepas hadir seminar, perkara paling penting adalah action, tiada action tak guna juga
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
tapi ada juga program ala ala skim cepat kaya pakai nama affiliate.. macam macam tau diorg ni nak menipu..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Mahu membina perniagaan di luar negara?
Memang ada, semua tu nak ambil kesempatan atas nama program affiliate yang semakin hari ramai join.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..25 Percent OFF Voucher Lazada 12.12.2014
penting untuk dapatkan ilmu dan kefahaman dulu..bila dha faham, baru rasa yakin! Saya pun masih baru dalam affiliate ni..banyak lagi yang nak kena belajar..bab hukum tu yang saya dah check awal2 lagi.. 🙂
Curahan rasa Faezah @ ..Cara untuk menguatkan sperma dan mengatasi masalah kesuburan lelaki
betul tu. ramai yang salah anggap dengan “Affiliate Program” kerana mereka tidak tahu apa itu “Affiliate Program”.
Curahan rasa Bistari Corner @ ..E-Book Percuma : 5 Tips Perahan Susu Ibu
kalau faham konsep asas, mudah je sebenarnya, tak payah pening kepala
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Comments are closed.