Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog ini memang rancak mempromosi PROGRAM AFFILIATE yang boleh membantu bukan sahaja blogger malah yang belum ada blog menjana pendapatan online hari-hari. Ramai yanag masih syak wasangka menyamakan program affiliate dengan Multi Level Marketing dan Skim Cepat Kaya. Berikut sedikit penjelasan yang diterangkan oleh Ustaz Noehas kepada sahabat-sahabat Ustaz yang bertanya :
Apa itu Program Affiliate
Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai. Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut. Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil “affiliate”.
Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.
Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng”klik” pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.
Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan “perniagaan internet”, dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda. Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.
Hukum Program Affiliate
[box type=”shadow”]Satu ciri utama yang perlu anda tahu tentang program affiliate ialah, program affiliate yang sah tidak mempunyai banyak tingkat (tier). Maksimun tingkat (tier) yang dibenarkan untuk program affiliate hanyalah 2 tingkat (2nd tier) sahaja. Ini kerana, program affiliate lebih mengutamakan kepada jualan produk dan komisyen yang diberikan juga adalah berdasarkan hasil bilangan jualan produk, dan bukannya dari bilangan “downline” yang diperolehi. Jadi, jika ada website yang mendakwa mereka menjalankan program affiliate dan peringkat (tier) affiliate mereka lebih dari 2, iaitu kadangkala sehingga mencecah 5-8 peringkat. Usah sertai! Itu adalah skim piramid yang cuba memperbodohkan anda dengan istilah “Affiliate Program” – Sumber.[/box]
Kepada yang mempertikaikan sistem affiliate, alhamdulillah berdasar penjelasan dari Dr Zaharuddin seperti di atas sistem affiliate yg dipromosikan di Seminar Buat Duit Dengan Affiliate anjuran Denaihati Network dan Karangkraf mematuhi syarat yg disebutkan.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Main Instagram 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini
Jana Duit 5 angka sebulan tanpa modal. Rahsianya terbongkar! Klik Sini
Rahsia Main Facebook 1 jam sehari dan jana pendapatan 4 angka sebulan! Klik Sini[/box]
Semuga penjelasan Ustaz Noehas tentang program affiliate dapat meyakinkan kepada yang belum yakin tentang hukum program affiliate. Kepada yang nak ikut serta seminar asas cara buat duit dengan affiliate masih boleh lagi sila daftar di SINI dan kepada yang tidak berkesempatan untuk datang seminar sila baca buku Buat Duit dengan Affiliate yang akan membantu menjana pendapatan online setiap hari. Baca juga entri Buat Duit Online Hari-Hari sebagai contoh bagaimana pendapatan online boleh dijana setiap hari.
102 Comments
macam2… ada lak nk menyamakan affiliate dgn MLM…? Hilang akal ke dah hape… hehe…
Curahan rasa ieta mat saad @ ..Pengalaman mendaftar syarikat perniagaan
memang lebih kurang sama sebenarnya.cuma dari segi teknikal tu ramai yang putar belitkan
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Best ya kalau hari-hari dapat income komisen melalui affiliate. Moga income yang kita dapat diredhai oleh Allah Taala.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Rakyat Malaysia Gila Telefon Pintar
mmg best kalau dapat hari-hari income affiliate ni,syok je tengok masuk dalam akaun
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Terima kasih, semoga sahabat-sahabat yang berminat dengan bisnes affiliate ini dapat ilmu ini untuk terus maju dalam bidang affiliate.
Curahan rasa ikhwan @ ..Komen Azizi Ali Tentang Belian Emas Berdiskaun
penjelasan ini boleh menarik lebih ramai bergerak dalam bidang affliate..bagus dan menarik!
Curahan rasa Kakiblog @ ..Blogger Penyampai Maklumat
penerangan berkaitan affiliate ini dapat menjelaskan keraguan yang mungkin melanda sesetengah orang…..
Curahan rasa asraff @ ..Pusat Pungutan Zakat MAIWP Beroperasi 7 Hari Disember 2014
Penerangan yang jelas. Tiada lagi keraguan dalam program affiliate ni.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengguna Bijak Jom Aktifkan Mykad
Terima kasih untuk perkongsian ilmu dan penjelasan terperinci mengenai affiliate ini.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Ada ke yg kata affiliate tu haram? Mesti tak faham atau salah faham tu.
Kalau ikutkan, affiliate ini lagi senang dr MLM atau skim cepat kaya.
Curahan rasa razis @ ..Kos Tukar Skrin Pecah Asus Zenfone 6 Mahal Nak Mampus.
Rasanya salah faham kot. Memang senang nak buat affiliate. Tapi lambat nak jadi kaya he..he..he..sebab tu org kita ni suka MLM atau skim cepat kaya. Mentaliti masih belum berubah.
Curahan rasa Wira Merah @ ..Pengguna Bijak Jom Aktifkan Mykad
disebabkan tamak dan nak cepat jadi kayalah juga orang kita senang kena tipu..bila orang suruh buat duit cara betul banyak alasan pula
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
MLM je nak bagi cepat income,org memula memang untung la join,dah lama, lepas tu senyap
Curahan rasa reezluv @ ..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
Setuju tu. Yg lucunya, ada juga bisnes MLM yg buat banner produk bisnesnya adalh bisnes Affiliate bukn MLM. Lawak2… 😀
Curahan rasa ieta mat saad @ ..KLIK-KLIK IKLAN
penjelasan yang bermakna kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut.. jom buat affiliate!
Curahan rasa KiD @ ..Pemenang Giveaway Kontes Kembara ke Turki Siri 1
lagi pun sistem affilate lebih merujuk kepada usaha promosi,jualan dan sales..tiada unsur judi atau perkara yang meragukan..terima kasih atas perjelasan tesebut
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Peraduan Gambar Selfie Bernilai RM20K
Terima kasih di atas perkongsian info. . Sebelum saya menyertai program affiliate pada tahun 2010, saya menjadikan blog UZAR sebagai rujukan.. Syukur Alhamdulillah. .. saya yakin dengan rezeki yang saya perolehi melalui affiliate. .
Curahan rasa anuar @ ..Dapatkan Sistem Autoresponder PERCUMA Untuk Mempromosikan Perniagaan anda..
selagi produk yang di promosikan tu halal..selagi itulah affiliate tu halal..ada orang salah faham anggap affiliate ni macam MLM kot
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pasti seminar affiliate akan menjelaskan lebih mendalam tentang affiliate. Macam seronok saja program affiliate nhe..
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Jom Aktifkan Mykad
mesti la seronok, setiap komisen tu kan dalam bentuk wang ringgit.cukup masa masuk akaun.senyum je lah
Curahan rasa reezluv @ ..Buat Duit Percuma Dengan Fotografi
Memang bila berhasil dalam hal program affiliate ini maka penghasilan yang akan didapat bisa menambah penghasilan tambahan kita semuanya yang menjalankan program semacam ini
Curahan rasa Ferry @ ..PP Baru Pengangkatan Honorer Menjadi CPNS Tahun 2015
betul tu. mana boleh samakan affiliate dengan MLM. Yeop tak ingin sertai pun kalau ia hanya sekadar menguntungkan upline. Jadi peluang untung dengan affiliate memang masih kecil.
Dengan seminar yang bakal dianjurkan minggu ini, ramai bakal membuka mata hati jiwa untuk memahami apa di sebalik affiliate. Rugi tak sertai ini.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Yeaaa! Gembira Akhirnya!
Comments are closed.