Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, blog terpilih untuk disiarkan di blog Denaihati kali ni adalah daripada rakan blogger Hafizul, pemilik blog “Pondok Kecil“. Nama blog yang menarik juga. Semoga pondok kecil itu dapat memberi manfaat kepada para pelawat yang datang untuk berteduh. Joom sama-sama kita baca perkongsian daripada blog status PR2 iaitu PondokKecil.com.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pondok Kecil merupakan sebuah blog yang ditubuhkan untuk berkongsi suka dan duka kehidupan. Rempah ratus kehidupan diadun dengan baik lalu dimasukkan ke halaman blog untuk dijadikan panduan dan perkongsian buat mereka yang memerlukan. Penubuhan blog Pondok Kecil merupakan inspirasi daripada aku sendiri yang melihat aktiviti blogging begitu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Corak hidup yang dulunya sunyi dan sepi daripada aktiviti berfaedah akhirnya berubah. Berubah dari segi pengisian masa, suasana, perasaan dan kehidupan seharian.
Walaupun sudah lama terdedah dengan dunia teknologi maklumat, aku belum terdetik untuk menubuhkan sebuah blog. Sehinggalah sampai satu masa, kehangatan contest gadget impian anjuran rakan blogger Denaihati mengubah segalanya. Dari situ aku belajar selok belok membuat blog. Aku bermula dengan domain percuma dan beberapa bulan memakai domain percuma, aku dapati domain percuma tidak mempunyai banyak kelebihan. Bulan 5 tahun 2012, aku membeli domain yang diberi nama Pondok Kecil dot com. Sehingga sekarang aku masih setia bersama Pondok Kecil.
( BANTU DENAIHATI MENANG PETI SEJUK INI DENGAN KLIK LIKE > CONFIRM > LIKE DI SINI )
Blog Pondok Kecil banyak dimuatkan dengan artikel-artikel berkenaan dengan keluarga dan kehidupan. Selebihnya hanyalah pengisian yang kadang-kala sahaja akan dimuatkan mengikut kategori yang tertentu. Aku bukan membangga diri. Tapi aku pernah membaca artikel rakan blogger menyatakan artikel blog aku sangat menarik. Blog Pondok Kecil juga bakal mengegar dunia blogging. Serius, aku tak menipu dan bukan mereka-reka cerita. Aku hanya mengulangi apa yang mereka semua pernah katakan.
Ini cerita tahun lepas punya hal. Mungkin tahun ini lain pula tanggapan mereka semua. Namun apa yang harus aku percaya, di mana ada usaha di situ ada kejayaan. Mungkin aku masih baru dalam dunia blogging dan belum mampu menandingi pengalaman mereka semua. Tetapi itu semua bukan alasan. Buktinya, Pondok Kecil mendapat PR2 selepas beberapa bulan terlibat dalam dunia blogging. Sememangnya satu pencapaian yang membanggakan.
Statistik Traffic blog Pondok Kecil Tahun 2012
Akhir tahun yang lepas, blog Pondok Kecil mampu menduduki tangga yang terbaik dalam ranking Alexa. Bawah 900 dalam ranking Malaysia dan ini merupakan satu pencapaian yang agak baik untuk sebuah blog yang belum cukup usia satu tahun. Ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan di antara blogger baru dan blogger lama. Apa yang berbeza hanyalah strategi dan usaha kita dalam mengemudi blog kearah apa yang kita kehendaki.
(DAFTAR SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT)
Blog Pondok Kecil menggunakan themes Thesis yang mana banyak kelebihan yang terdapat dalam themes ini. Themes thesis dipercayai minimal, ringkas dan kemas. Aku sahaja yang belum mampu menguasai sepenuhnya berkenaan dengan kongfigurasi themes ini agar ia kelihatan lebih mesra terutama pada pandangan SEO dan SERP. Kenapa aku tekankan untuk menguasai teknik SEO? Salah satunya adalah berkaitan dengan buat duit melalui blog.
Header yang digunakan blog Pondok Kecil merupakan idea aku dan sedikit cadangan daripada Saudara Anarm. Akhirnya terhasillah header yang ringkas dan menarik. Walaupun ringkas, ia cukup menggambarkan identiti blog Pondok Kecil. Bagi aku, aku selesa dengan header blog macam ni. Disebabkan hal tersebut, header blog Pondok Kecil berkekalan sehingga sekarang. Ruangan sidebar pula, aku memilih untuk tidak menyakitkan mata pembaca dengan meletakkan perkara asas sahaja. Dengan cara ini masa capaian ke halaman blog juga dapat disingkatkan.
Apa yang terkandung di halaman blog Pondok Kecil tiada keistimewaannya. Apa yang ada hanyalah kisah-kisah kehidupan yang tidak akan basi dan sentiasa menjadi kenang-kenangan yang abadi.
104 Comments
Familiar jugak dengan blog ini…semoga bertambah maju pada masa depan..
Curahan rasa weschairs @ ..Jagung Permata Kaca
blog personal macam ni sebenarnya seronok bila kita terus konsisten menulis. santai2 je 🙂
Curahan rasa Lizz @ ..Hati Terhijab?
bertambah lagi sebuah review untuk sahabat semoga akan semakin meningkat prestasinya setelah direview di blog ini
Curahan rasa metrolisa @ ..6 Selebriti Dunia yang memiliki Pulau Pribadi
Terbaik! Pastinya ruang yg diberi di sini oleh tuan DH akan melonjakkan lagi prestasi blog pondok kecil.
Moga terus konsisten berblogging dan berkongsi idea dan manfaat utk dihadami bersama.
Tahniah Pondok Kecil dot com =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Super Suami?
Seronok baca entri di PK. Santai dan bersahaja. 😉
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..Infografik: Kenapa Anda Perlu Mula Bina Blog Perniagaan Sendiri?
Nampak cam menarik, jom terjah
Curahan rasa Malaysia Terbaik @ ..Ringkasan Manifesto Pakatan Rakyat pRU 2013
Memang menarik. Tuan takkan kecewa terjah ke sana
Curahan rasa hafizmd @ ..Super Suami?
Unik visitornya semakin bertambah dalam tiap bulannya
Curahan rasa safiyhati @ ..Penyebab Dan Tanda Endometriosis
Pernah sekali mengunjunginya pondok kecil
Curahan rasa safiyhati @ ..Penyebab Dan Tanda Endometriosis
Tahniah dah dapat pendedahan.
banyak dapat trafik la lepas ni. hehe..
Curahan rasa titan @ ..Lemak baik vs Lemak jahat.
Mencanaklah lepas ni…terbaik!
Curahan rasa hafizmd @ ..Super Suami?
Ada juga terjah blog ni…mmg menarik^^
Curahan rasa kozumi_ro @ ..Tempahan Design Template D’Golden Apple
Beberapa kali pernah terjah blog Pondok Kecil…
Curahan rasa Ferry @ ..Pendidikan Untuk Anak
Dan banyak pula perubahan yang dilakukan sahabat rakan blogger Hafizul pada blognya apalagi setelah kontes yang diadakan mengenai perbaikan-perbaikan
Curahan rasa Ferry @ ..Pendidikan Untuk Anak
Semoga berjaya sebagai seorang blogger rakan sahabat Hafizul
Curahan rasa Ferry @ ..Pendidikan Untuk Anak
hanif menhad masih lagi dengan blog versi percuma wordpress dan blogspot. belum lagi ke domain berbayar…
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..MINDA AKTIF 9A PLUS
insyaAllah satu hari nanti akan berubah untuk ada domain dan hosting sendiri kan?
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Diet Ikut Jenis Darah
tahniah pondok kecil. berubah ke domain satu tindakan yang sangat bijak…
*tetiba ternyanyi lagu “di pondok kecil” sedih tu….
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Diet Ikut Jenis Darah
alaaa tak sempat jadi supersonic… heeee
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Diet Ikut Jenis Darah
he he, supersonic bertukar tangan nampaknya…
Curahan rasa Denaihati @ ..Pondokkecil.com di sini Impian Bermula
biasa lah, hari ahad bercucuk tanam, kemas rumah… sibuk sikit … he he
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Diet Ikut Jenis Darah
bakar lemak..bagus2…hhehehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Super Suami?
Suatu perkongsian yang menarik & percapaian yang hebat kurang dari 1 tahun boleh capai PR2 & Alexa rank kurang dari 1M.
Tahniah @Hafizul, blogger Pondok Kecil.
Ikhlas,
AminJohar.com
Curahan rasa AminJohar.com @ ..Cas Pindahan IBG Dikurangkan
Comments are closed.