PKP seluruh negara berkuat kuasa 12 Mei hingga 7 Jun 2021

Spread the love

Kerajaan Malaysia dalam satu kenyataan yang dikongsikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan diseluruh negara bermula 12 Mei sehingga 7 Jun.

Menurut perkongsian itu lagi, keputusan berkenaan diputuskan oleh Sidang Khas MKN Pengurusan COVID-19 yang mengambil kira trend semasa membabitkan kes COVID-19 yang semakin meningkat.

”Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.

”Kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan sebahagian anggota masyarakat menuntut Kerajaan untuk mengambil tindakan yang lebih drastik bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka kesihatan yang lebih parah.

”Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan COVID-19,” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, beberapa perintah telah dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang PKP ini antaranya aktiviti raya ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur tidak dibenarkan.

Selain itu, aktiviti perhimpunan sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan juga tidak dibenarkan dalam tempoh ini.

Manakala, larangan rentas daerah dan rentas negeri turut dikekalkan.

Tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Mei 2021.

Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Sumber: Siakap Keli


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!