9 fakta yang menarik tentang tubuh badan kita

Spread the love

Sebenarnya dekat tubuh badan kita banyak benda yang unik tau! kalau tak percaya, jom sama-sama lihat info di bawah ini.

Berikut merupakan 9 fakta yang best, lain dari yang lain yang dikongsi oleh Dr. Samhan di laman twitternya. Perkongsian tersebut mendapat 270 retweets dan 379 likes setakat ini.

1. Tahukah anda, satu-satunya organ yang boleh tumbuh kembali selepas didermakan adalah hati.

2. Tahukah anda, kuku kita ni terdiri dari sejenis protein bernama keratin dan ianya juga merupakan sel mati yang keluar melalui jari. Sebab tu tak sakit bila dipotong. Oh ya, kuku di jari lagi cepat panjang berbanding kuku kaki tau.

3. Tahukah anda, tahi telinga tu bukanlah tahi. Ia adalah sejenis peluh. Tujuan tahi telinga ni untuk melindungi kita dari bakteria, debu, kotoran dan air. Ia juga akan melembabkan telinga kita. Tak perlu korek tau, nanti dia akan keluar sendiri. Hehe

4. Tahukah anda, perempuan ni lebih banyak lemak berbanding lelaki? Lelaki lebih cepat membakar lemak berbanding perempuan. Bertabahlah ya. Hehe.

5. Tahukah anda, otot kita akan letih bila lakukan kerja secara berterusan. Satu-satunya otot yang tak pernah letih adalah jantung.

Bak kata Almarhum Ustaz Ismail Kamus, bila kita jalan, jantung kita berjalan. Bila kita berhenti, jantung kita tetap berjalan. Namun bila jantung kita berhenti, kita pula yang akan ‘jalan’. Wohaaaa !

Baca: 9 fakta menarik tentang ulser mulut – Dr. Samhan

6. Tahukah anda, otak kita ni terbentuk sempurna pada purata usia 26 tahun.

Jangan hairan kenapa kita masa muda dulu perangai mengarut & merepek. Hahaha.

7. Tahukah anda, mimpi terhasil bila aliran sel-sel otak saling ‘berlanggaran’. Tu sebab mimpi kita pelik. Yang lagi pelik, 12% dari kita ni bermimpi dalam keadaan hitam-putih.

Dah macam mimpi klasik gitu!

8. Tahukah anda, bakteria pada skrin telefon lebih banyak dari bakteria pada mangkuk tandas. Haha! Bila last time lap skrin telefon tu?

9. Tahukah anda, dianggarkan hanya 10% penduduk dunia ni bertangan kidal.

Genetik merupakan faktor utama seseorang tu boleh bertangan kidal. Cuba angkat tangan siapa yang kidal? Hehe

Lagi fakta sains yang menarik, korang boleh tengok di sini ya @ https://t.co/Qsh5nNsTjm?amp=1


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!