Impian untuk melihat harga Bitcoin cecah USD50K jadi kenyataan

Spread the love

Sekiranya anda mengikuti perkembangan harga bitcoin, pastinya anda cukup tahu harganya kini sudah melambung tinggi mencecah ratusan ribu ringgit untuk 1 BTC.

Peningkatan harga yang tinggi sejak beberapa bulan terakhir ini secara tidak langsung membuatkan mereka yang pernah mempunyai Bitcoin ini sedia untuk menjual semula dalam usaha untuk menukarnya kepada matawang.

Pada 16 Januari 2021, harga satu bitcoin telah mencecah $ 50,000 (RM201,500) dan ia merupakan pertama kali dalam sejarah sejak 12 tahun yang lalu.

Menurut Yahoo Finance, bitcoin melonjak melebihi $ 50,000 pada sekitar jam 12.30 tengah hari di London hari ini.

Jumlah tertinggi itu juga memperlihatkan bahawa mata wang kripto terbesar di dunia itu telah meningkat lebih dari 350%.

“Peningkatan bitcoin dari $ 40,000 ke $ 50,000 mengambil masa selama empat minggu,” kata ketua eksekutif syarikat mata wang kripto Nexo, Antoni Trenchev.

HARGA BITCOIN TERKINI

Tambahnya lagi, jangkaan bagi lonjakan harga yang seterusnya adalah sehingga $ 100,000.

Pada tahun 2017 harga bitcoin mencecah paling tinggi iaitu USD19,850 kemudian turun semuala sehingga USD3,000. Dari pengalaman ini ramai tidak yakin bitcoin boleh mencapai harga USD50K apabila berjaya pecah rekod yang dibuat pada tahun 2017.

bitcoin

Cara beli Bitcoin dan Altcoin

Kalian yang nak beli Bitcoin dan duit crypto yang lain pastikan beli di exchange yang bagus dan selamat.

Saya cadangkan kalian guna exchange Binance sekarang ranking no satu di dunia. Nak buka akaun boleh daftar di link ini @ https://www.binance.com/en/register?ref=YMLN6J0I

Exchanger Remitano juga sangat terkenal dan ramai pengguna di Malaysia. Nak buka akaun boleh daftar di link ini @ https://remitano.com/btc/my/join/1040316

Beli duit crypto kena sabar setahun dua bukan beli hari ini esok boleh naik banyak. Risiko tetap ada, kekadang harga akan jatuh banyak.

Hati-hati kepada yang nak beli dan simpan duit crypto jangan jadi kisah seperti ini “Hilang Bitcoin berjuta kerana salah sendiri


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!