Tatkala PKP sedang dijalankan ketika ini di seluruh Malaysia kecuali Sarawak, kerajaan membenarkan pasar malam, kedai gunting rambut dan kedai cuci kenderaan beroperasi bermula hari ini, 5 Februari 2021.
Menurut kenyataan Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri, operasi kesemua perniagaan itu hendaklah mengikut prosedur operasi standard yang ketat.
SOP Pasar Malam
Jelasnya, pasar malam boleh beroperasi daripada pukul 4 petang manakala jarak antara gerai hendaklah sekurang-kurangnya satu meter serta hanya laluan keluar masuk sehala sahaja dibenarkan.
SOP Kedai Gunting Rambut
Sementara itu, operasi kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam. Bagaimanapun, hanya perkhidmatan menggunting sahaja dibenarkan manakala prosedur rawatan kecantikan adalah dilarang.
Selain itu, pengusaha perlu mengikut SOP ketat seperti memakai topeng muka dan pelindung muka (face shield), sarung tangan serta apron pakai buang bagi setiap pelanggan.
Pengusaha juga perlu mencuci peralatan digunakan dengan air panas setiap kali selepas menggunting rambut pelanggan, katanya.
SOP Kedai Cuci Kereta
Sementara itu, operasi cuci kereta juga dibenarkan sehingga jam 10 malam.
Tegas beliau, semua perniagaan yang dibenarkan beroperasi akan ditutup sekiranya terdapat laporan berlaku pelanggaran SOP di premis tersebut.
Kerajaan benarkan operasi pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat cuci kereta dengan SOP ketat – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/r3ezBAc1Wq
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 4, 2021
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
- COVID-19: PKP di enam buah negeri zon merah – Perdana Menteri
- Mulai esok polis akan ambil tindakan tegas kesalahan langgar SOP khususnya pergerakan rentas negeri, daerah
- Vivy Yusof dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, sedia kongsi idea dan pembaharuan bermanfaat
- Sifat buruk Melayu di mata Gabenor pertama Tanah Melayu
- Diminta henti beri sumbangan di Pulau Sabah? Boleh dikenakan denda RM100,000