Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sekarang ni, boleh dikatakan dimana sahaja orang bercerita mengenai pilihanraya. Begitulah adatnya apabila musimnya telah tiba, bukanlah selalu boleh melihat suasana begini. Namun dalam masa yang sama, ingin ajak rakan-rakan pembaca untuk melihat bagaimana proses pilihanraya ini boleh dijalankan dengan telus.
Telus di sini, ianya melibatkan pengurusan undi yang tidak boleh kita ubahsuai atau manipulasi. Jika ada yang masih belum jelas apa itu block chain, boleh baca artikel Pengurusan Data Lebih Sistematik Dengan BlockChain dan Smart Contracts.
Bagaimana blockchain boleh digunakan dalam proses pilihanraya
Asas BlockChain atau Rantaian Blok ini adalah kumpulan lejer yang mempunyai data untuk dikumpulkan menjadi satu rekod yang salit berkaitan antara satu sama lain. Rekod ini tidak mudah untuk diubahsuai kerana ianya melibatkan data yang berkait dengan nombor hash yang unik dan tidak boleh diubah sesuka hati.
Hash yang digunakan ini menyebabkan sebarang perubahan dalam sesuatu blok itu akan menyebabkan hashnya turut berubah.
Anda bayangkan, dalam pilihanraya, undian telah dibuat, kemudian ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mengubah undi tersebut, ianya tidak boleh dilakukan apabila rantaian blok ini telah terbina dan digunakan dengan jayanya.
Ketelusan dan kemudahan untuk mengundi di mana sahaja
Apabila menggunakan konsep BlockChain ini, pengundi pada dasarnya boleh mengundi di mana sahaja lokasi mereka, selagi mana, rujukan mengundi atau ID unique digunakan. Konsep ID ini kita boleh gunakan nombor kad pengenalan sebagai rujukan kerana setiap rakyat Malaysia mempunyai nombor kad pengenalan yang unik hanya untuk satu individu.
Pengulangan nombor kad pengenalan dalam rantaian blok boleh dikesan dan ini menjadi mekanisme untuk memastikan tiada pengulangan undian atau undian berganda yang akan berlaku.
Ditambah dengan konsep smart contract, pengurusan pemilihan pilihanraya akan boleh berlaku dengan pantas dan proses untuk mendapatkan keputusan akhir, sudah tidak memerlukan pengiraan manual yang mungkin akan berlaku kesilapan. Tiada lagi tuduhan SPR memanipulasi peti undi dan seumpamanya.
Teknologi yang membantu proses dipercepatkan dan keputusan jitu
Konsep pengurusan rantaian blok ini akan mempercepatkan proses pilihanraya dan pengundian akan berlaku dengan baik. Mungkin akan ada kekangan dari sudut ingin mendidik para pengundi menggunakan sistem pengundian yang akan diperkenalkan. Namun simulasi pengundian boleh dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang pemilihan dilakukan.
Beruntunglah semua yang terlibat dalam proses pemilihan andai teknologi rantaian blok ini diperkenalkan dalam proses pengundian musim-musim pilihanraya akan datang. Rakyat akan lebih tenang, calon juga sudah tidak perlu memohon untuk kiraan semula dan perkara berkaitan.
Pilihanraya adalah untuk masa depan negara
Proses pilihanraya ini adalah perkara yang penting untuk masa depan negara. Ianya perlu diuruskan dengan baik, agar tiada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi sistem sedia ada untuk kepentingan pihak mereka. Tambahan apabila seseorang calon itu tidak digemari secara umum, tetapi menang di tempat beliau bertanding.
Akan ada suara sumbang yang menyatakan terdapat penipuan dan manipulasi. Teknologi BlockChain ini akan mengatasi masalah-masalah ini andai disusun dengan baik. Tambahan dengan perkembangan teknologi BlockChain yang telah mencapai beberapa generasi baru, banyak perkara yang boleh kita masukkan dalam sistem pengundian berasaskan blockchain agar ianya memenuhi sebarang keperluan pilihanraya sedia ada.
Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Jika belum, buatlah sekarang, walaupun anda hanya akan boleh mengundi pada musim pilihanraya akan datang.
31 Comments
Aplikasi teknologi dunia digital ni memang laju sangat. DUlu block chain ni untuk kegunaan bit coin saja kan
Nak buat mengundi pun boleh rupanya
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Pencuci Muka Safi? Ini 18 Pembersih Wajah Untuk Kulit Berbeza! Anda Suka Yang Mana
Sistem block chain pun boleh guna untuk mengundi ya. Tak sabar nak cuba. Ada negara lain dah pakai guna?
Curahan rasa Azmi Abdul Rahman @ ..Taman Botani Shah Alam Bukit Cerakah? Wah Nyamannya! Tempat Menarik Di Selangor 2018
Assalamualaikum & Selamat pagi. Ibu singgah blog walking. Semoga murah rezeki tuan. Teknologi block cahin pun boleh guna untuk pilihanraya.
Terbaik
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Tempat Menarik Di Cameron Highland Pahang? Wah Cantiknya!
mengundi secara digital merupakan idea terbaik untuk diimplimentasi dalam perubahan dunia teknologi masa hadapan.,
tidak mustahil membuat undi cuma perlu dari telefon pintar atau komputer sahaja
Curahan rasa mrhanafi @ ..Disebalik Stori Mencari Cinta Sejati
Benar, namun kena betul betul disemak supaya tiada undi bertindih dan berulang ulang supaya lebih telus.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Produk Laku Keras Musim Raya
InsyaAllah satu hari nanti SPR akan juga teknologi sebegini. Tapi digitalize macam ni, risiko nak kena hack tu tinggi tak?
Curahan rasa JMR @ ..Bufet Ramadhan 2018: Laman Kayangan, Shah Alam
Berharap sangat pilihan raya kali ini akan terlaksana dengan benar-benar telus.. Bagi yang belum mendaftar sebagai pengundi, cepat2lah daftar. Jalankan tanggungjawab anda.
Curahan rasa Farizah Hamid @ ..Tips Anak Tiada Sembelit
Yang penting kita daftar sebagai pengundi, ramai lagi yang belum mendaftar kerana pelbagai alasan. Walaupun teknologi dah berkembang
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Ubat Kencing Manis Terbaik? Sedapnya! Ini 11 Makanan Untuk Kawal Gula
Pilihan Raya menggunakan teknologi canggih ada baik dan buruknya. Semoga proses pilihan raya di negara kita berjalan dengan baik.
Curahan rasa Harapan Manir @ ..Israk Dan Mikraj – Hayati Pengajarannya
Jadi boleh lah mengundi di rumah? Bagaimana pun jika difikirkan…soal celup dakwat di jari pun “kecoh” dibuatnya, teknologi blockchain ini mungkin makan masa lama untuk beri keyakinan dan kefahaman kepada semua sebelum dilaksanakan.
Apa pun pada masa depan teknologi ini pasti akan dilaksanakan kerana teknologi tidak boleh ditinggalkan. Kena ikut perkembangan semasa kecuali bila demokarasi pengundian tidak wujud lagi untuk memilih pemimpin!
Curahan rasa ahmadyani @ ..The Loaf Hentikan Operasi Perniagaan Selepas 12 tahun Beroperasi
Semoga Pilihan raya di negara anda sukses tuan dan menghasilkan pemimpin -pemimpin yang jujur untuk bangun negara
Curahan rasa jalan dan makan @ ..Bubur Manis Mutiara
Proses simulasi pilihan raya akan memudahkan pengundi untuk lebih faham perjalanan pilihan raya sebenar. Namun pihak yang membuat simulasi pilihan raya belum tentu mendapat hasil yang diinginkan daripada pengundi. Pengundi berani berubah dan yakin undi mereka adalah rahsia.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Al-Salwa Ameer
Ya.
boleh dicuba dulu kat pilihan raya kecil nanti.
untuk yang akan datang ni, memang tak sempat dah nak ubah.
tapi kena make sure semua orang faham dulu menda nih.
Curahan rasa titan @ ..Second Child. First Daughter.
SPR dilihat menyebelahi sebelah pihak sahaja, kos untuk mengadakan pilihan raya secara tradisional juga amat tinggi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Produk Laku Keras Musim Raya
adakah benar penilaian SPR menyebelahi sebelah pihak tu tuan? atau hanya tanggapan kita sahaja. 😀
Masih belum faham apa itu Block Chain. Mungkin Tuan Eizil boleh tunjuk dan terangkan bagai masa proses itu dilakukan langkah demi langkah.
Kalau dah itu yang terbaik, mungkin boleh diguna pakai pada pilihan raya akan datang.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..PRU14 – 9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum
boleh rujuk artikel terdahulu mengenai asas blockchain, ada sudah diterangkan bagaimana rantaian blok ini berfungsi
Terima kasih Tuan Eizil. Bolehlah rujuk leoas ni. Apa pun sukar nak pastikan betul-betul trlus atau tidak PRU14.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..PRU14 – 9 Mei 2018 Diisytihar Cuti Umum
sistem pengundian yang sedia ada menelan kos yang amat besar iaitu RM500 juta atau setengah bilion..
jumlah ini jika dilaburkan dalam sektor berpotensi tinggi boleh menghasilkan pendapatan negara jangka panjang..
semoga teknologi blockchain boleh diaplikasi suatu hari nanti dalam pilihanraya
Curahan rasa mrhanafi @ ..Mencari Cinta Sejati Entah Di Mana
Comments are closed.