Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
sekarang ni, boleh dikatakan dimana sahaja orang bercerita mengenai pilihanraya. Begitulah adatnya apabila musimnya telah tiba, bukanlah selalu boleh melihat suasana begini. Namun dalam masa yang sama, ingin ajak rakan-rakan pembaca untuk melihat bagaimana proses pilihanraya ini boleh dijalankan dengan telus.
Telus di sini, ianya melibatkan pengurusan undi yang tidak boleh kita ubahsuai atau manipulasi. Jika ada yang masih belum jelas apa itu block chain, boleh baca artikel Pengurusan Data Lebih Sistematik Dengan BlockChain dan Smart Contracts.
Bagaimana blockchain boleh digunakan dalam proses pilihanraya
Asas BlockChain atau Rantaian Blok ini adalah kumpulan lejer yang mempunyai data untuk dikumpulkan menjadi satu rekod yang salit berkaitan antara satu sama lain. Rekod ini tidak mudah untuk diubahsuai kerana ianya melibatkan data yang berkait dengan nombor hash yang unik dan tidak boleh diubah sesuka hati.
Hash yang digunakan ini menyebabkan sebarang perubahan dalam sesuatu blok itu akan menyebabkan hashnya turut berubah.
Anda bayangkan, dalam pilihanraya, undian telah dibuat, kemudian ada pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mengubah undi tersebut, ianya tidak boleh dilakukan apabila rantaian blok ini telah terbina dan digunakan dengan jayanya.
Ketelusan dan kemudahan untuk mengundi di mana sahaja
Apabila menggunakan konsep BlockChain ini, pengundi pada dasarnya boleh mengundi di mana sahaja lokasi mereka, selagi mana, rujukan mengundi atau ID unique digunakan. Konsep ID ini kita boleh gunakan nombor kad pengenalan sebagai rujukan kerana setiap rakyat Malaysia mempunyai nombor kad pengenalan yang unik hanya untuk satu individu.
Pengulangan nombor kad pengenalan dalam rantaian blok boleh dikesan dan ini menjadi mekanisme untuk memastikan tiada pengulangan undian atau undian berganda yang akan berlaku.
Ditambah dengan konsep smart contract, pengurusan pemilihan pilihanraya akan boleh berlaku dengan pantas dan proses untuk mendapatkan keputusan akhir, sudah tidak memerlukan pengiraan manual yang mungkin akan berlaku kesilapan. Tiada lagi tuduhan SPR memanipulasi peti undi dan seumpamanya.
Teknologi yang membantu proses dipercepatkan dan keputusan jitu
Konsep pengurusan rantaian blok ini akan mempercepatkan proses pilihanraya dan pengundian akan berlaku dengan baik. Mungkin akan ada kekangan dari sudut ingin mendidik para pengundi menggunakan sistem pengundian yang akan diperkenalkan. Namun simulasi pengundian boleh dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang pemilihan dilakukan.
Beruntunglah semua yang terlibat dalam proses pemilihan andai teknologi rantaian blok ini diperkenalkan dalam proses pengundian musim-musim pilihanraya akan datang. Rakyat akan lebih tenang, calon juga sudah tidak perlu memohon untuk kiraan semula dan perkara berkaitan.
Pilihanraya adalah untuk masa depan negara
Proses pilihanraya ini adalah perkara yang penting untuk masa depan negara. Ianya perlu diuruskan dengan baik, agar tiada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasi sistem sedia ada untuk kepentingan pihak mereka. Tambahan apabila seseorang calon itu tidak digemari secara umum, tetapi menang di tempat beliau bertanding.
Akan ada suara sumbang yang menyatakan terdapat penipuan dan manipulasi. Teknologi BlockChain ini akan mengatasi masalah-masalah ini andai disusun dengan baik. Tambahan dengan perkembangan teknologi BlockChain yang telah mencapai beberapa generasi baru, banyak perkara yang boleh kita masukkan dalam sistem pengundian berasaskan blockchain agar ianya memenuhi sebarang keperluan pilihanraya sedia ada.
Sudahkah anda mendaftar sebagai pemilih? Jika belum, buatlah sekarang, walaupun anda hanya akan boleh mengundi pada musim pilihanraya akan datang.
31 Comments
Saya suka ikut perkembangan semasa dalam dunia masa kini. Apa yang elok terus amalkan dan bawa kebaikan dalam hidup
Curahan rasa nasa azman @ ..Mengapa Harga Rumah Yang Berbeza Walaupun Saiz Dan Bentuknya Sama?
Calon parti yang baik akan fokus pada kebaikan dan manfaat, calon tak matang cerita keburukan parti lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..8 Tips Untuk Beli Kapal Layar Yang Pertama
Alah, rasanya tak boleh nak mengundi tahun ni disebabkan masa yang sangat tak sesuai. Nak balik kampung pun tak padan sangat dengan sehari jer
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kenapa Teh Pahit ni Best Sangat!
Cuti sehari, nak balik kampung jauh pulak tu, nak balik mungkin dapat lebih banyak penat dan kos.
Curahan rasa Ikhwan @ ..8 Tips Untuk Beli Kapal Layar Yang Pertama
Teknologi dah semakin canggih. Kita juga perlu seiring dengan teknologi yang ada.
Curahan rasa Nas Rubaee @ ..Razak City Residence Sungai Besi Kuala Lumpur
apa cara dan teknologi sekali pun, harap PRU tidak ada penipuan. jangan salah gunakan amanah yang diberikan rakyat utk kepentingan peribadi.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik A Quiet Place
setuju.
Amanah rakyat ni sangat berat untuk dipikul, diakhirat sana kena hisab nanti tak terjawab
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kenapa Teh Pahit ni Best Sangat!
Teknologi umpama mata pisau, kalau guna untuk baik boleh dapat manfaat. Kalau guna untuk keburukan akan dapat mudarat.
Bukan salah teknologi
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Pencuci Muka Safi? Ini 18 Pembersih Wajah Untuk Kulit Berbeza! Anda Suka Yang Mana
Salam rabu dari Maznee kepada pengunjung denai hati. Block chain ni dah berkembang menjadi teknologi yang relevan dalam pelbagai sektor kan
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Skincare Routine Malaysia? Ini Cara Untuk Kulit Cantik Putih Gebu Seperti Wanita Korea!
Smoga proses undi akan lebih bgus. Tambah baik dari semasa ke semasa.
Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Tanda Dan Cara Kecutkan Fibroid Yang Ramai Nak Tahu
Harapannya macam tu lah, semoga sistem makin telus. Teknologi yang membantu memberikan keputusan terbaik buat rakyat
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kenapa Teh Pahit ni Best Sangat!
Comments are closed.