Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini nak respond kepada beberapa komen dan soalan di Facebook dan Twitter. Perkongsian ini mungkin dapat menambah ilmu aku dan Rakan Blogger yang lain. Ada banyak lagi komen dan pertanyaan yang lain insya Allah akan dijawab di entri yang lain. Terima kasih kepada yang sudi bertanya.
Komen Sesasi2020 : Banyak lg Denaihati kena buat artikel yg berkaitan dgn blog. Cthnya Trafik Organik, Page Rank, Bounce Rate, Loading Time, banner dan lain-lain. Jgn asyik mengejar PR1 aje, Ikutlah slogan “Hidupkan Untuk Memmberi” pad rakan2 bloger.
Jawaban : Sila klik BLOGGING ada sedikit entri untuk Trafik Organik, Page Rank, Bounce Rate, Alexa Ranking, Loading Time dan lain-lain Tips Blogging. Insya Allah dari masa kesemasa aku akan berkongsi sedikit ilmu melalui pengalaman yang ada. Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang berkongsi ilmu melalui komen-komen yang bernas di setiap entri tips blogging yang ada.
Soalan UpToMuNET : bro . leh mnx suggestion utk plugin2 yg bgs utk wordpress ? biasa la , noob lg bab2 wordpress ni.
Soalan Hizrie : leh mnx suggestion bro utk plugin2 wp.
Jawaban : Sebahagian Plugin yang digunakan untuk blog Denaihati adalah Advertising Manager, Akismet, Better WP Security, CommentLuv, Do Follow, Google Analyticator, Google XML Sitemaps, Google Searches Widget, Related Posts by Category, SEO Smart Links, SEO Super Comments, Socialize, Top 10, Top Commentators Widget, W3 Total Cache, WP-DBManager, WP Minify dan Yet Another Related Posts Plugin. Insya Allah dilain masa akan jelaskan fungsi dan kelebihan setiap plugin yang digunakan.
Blogging bukan mudah kalau nak sukses seperti Redmummy.com, Paultan.org, Cikepal06.blogspot.com, Blogserius.blogspot.com dan Beautifulnara.com. Sifu aku Kujie2.com selalu pesan nak jadi Blogger berjaya mesti rajin berusaha mencari ilmu dan cuba berkali-kali kerana kesilapan itu adalah pengalaman yang sangat mahal.
Kesilapan aku seperti dalam entri “Kena Lempang dengan Google” dan “Kejatuhan Page Rank Suatu Pengajaran” adalah pengalaman sangat berharga dalam perjalanan aku seorang Blogger. Bijak pandai berkata kegagalan adalah langkah pertama untuk berjaya bagi mereka yang tidak putus asa.
144 Comments
ibarat malukut di tepi gantang… hidup segan mati tak mau…
Curahan rasa yangbaik @ ..Ada apa dengan sakit hati
huhu..masih jauh nk menjadi pro..skrg ni pun still main2 je…hehehe
Curahan rasa aibat @ ..Soalan Matematik
rasanya kena bagi tips bahagi masa untuk blogging dan juga kehidupan offline jugak..hehe
Curahan rasa chekgu naman @ ..Jom Mengenal Kenderaan Bersama Darwisy
mantap banget…. lengkap sekali pluginnya bro. makasih banyak.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Pengejar Angin
tq bro DH atas perkongsian ni.Memang tengah cari plugin yg bagus-bagus untuk wordpress ni..hehehe..kebetulan..
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Diet dan Senaman Untuk Penghidap Kanser Prostat
hidupkan untuk memberi…
dalam banyak2 plugin DH senaraikan, saya cuma pakai 3 saja…nak tambah ilmu lagi
Curahan rasa azura @ ..Senaskhah Syaamil Al-Quran The Miracle 15 in 1
setakat ni hanya berblog ikut pandai sendiri jer. teringin gak nak mendalami ilmu blogging …
Curahan rasa Acik @ ..Macamana Nak Buat Doodle Mudah
bnyk juga plugin yg dipakai..tpi saya hanya guna blogspot saja..
btul tu, saya pun pengguna blogspot. bilalah ada plugin2 ini utk blogspot.
Ha.. pindah ker hosting sendiri sebelum terlambat.. kalau PR dah naik nanti………
Curahan rasa Steward John @ ..Review: Sothink Video Converter Pro
Pasal plugin2 tu yang nak tahu sangat.. yer la, kita ni install2 jer tapi guna tak tahu sangat.
Curahan rasa Steward John @ ..Review: Sothink Video Converter Pro
Memang blog ni selalu menjadi rujukan saya untuk terus berblogging
Pesanan sifu menjadi pegangan 🙂
Curahan rasa auc dot com @ ..Siapakah Pemimpin yang Jahat?
blog denaihati nie sentiasa menjadi sifu aku dlm berblogging. denaihati mmg telah byk memberi…
Curahan rasa razis @ ..Tindakan Jais Betul – Titah Sultan Selangor
dah cukup bagus sebenarnya blog ni..:D kalau tak, takde le aku selalu datang..:D
hehehe blog ko pn banyak tips apa :p
kunci untuk berjaya sebenarnya tak lain tak bukan usaha, belajar terus belajar.bila jatuh bangun semula. saya pernah beberapa kali kena tendang PR ni.dah biasa. usah lagi bukan terus give up. abaikan apa orang nak cakap, janji kita usaha dan kita akan dapat rasa kepuasan dala berblogging ni.
nak berjaya bukan duduk tunggu orang “suap” ilmu.kena cari. huhuhu.saya terkedek2 belajar, kadang2 bloggers baru terjah terus tanya mende yg saya sendiri tengah belajar tuh rasa cam…..hmm.hehehe
Curahan rasa Lizz @ ..Panduan Penggunaan Facebook dan Twitter Untuk Bloggers
setuju dgn Lizz, ilmu ni kena di cari, bukan tunggu kena suap je…
yg mintak suap tu ramai dah email aku. mmg suh ajar dr mula. cmne nak register blog pn tanya aku. pengsannnn
Curahan rasa eyra @ ..My Happiest Moment
Lebih baik kalau Eyra Buat tutorial pasal tu.. gerenti ramai jer yang cari nanti
Curahan rasa Steward John @ ..Review: Sothink Video Converter Pro
kalau ikut pengalaman saya, buat entry yg berkualiti dan bermanfaat, pasti akan memberi impak kepada PageRank. so far alhamdulillah walaupon trafik ciput je ke ER, tapi PR masih lg maintain PR3
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Lapangan Terbang Mestia: Sentuhan Moden J. Mayer H. Di Bandar UNESCO
Comments are closed.