Assalamualaikum dan salam 1Dunia, hukum ibadah korban adalah sunat muakkad sunat yang sangat dituntut bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam yang mampu untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberikan rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang sangat memerlukan terutama di kampung pendalaman yang daif bukan di bandar yang umat Islamnya mewah dengaan makanan setiap hari. Antara lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat Islam hanya makan daging setahun sekali.
eQurban.com menyediakan program Korban di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan iaitu RM230 untuk satu bahagian lembu atau RM1600 untuk satu ekor lembu atau RM500 untuk seekor kambing. Pesanan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga tarikh tutup 7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha.
Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :
- Lawati website @ eQurban
- Klik Tempahan
- Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
- Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
- Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
- Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban
Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. Sila rujuk FAQ eQurban.com untuk maklumat lanjut.
Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
eQurban.com menyeru kepada semua umat Islam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan 1Dunia untuk mengeluarkan hanya RM230 atau USD95 nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban yang insyallah ganjarannya syurga seluas langit dan bumi yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang RM230. Kepada yang ada masalaah peribadi, masalah kewangan dan berbagai masalah kehidupan pejamkan mata selok saku keluarkan wang RM230 dan laksanakan ibadah korban sambil berniat seikhlasnya untuk dapat redha ALLAH SWT, insyallah ALLAH SWT akan tunjuk jalan untuk menyelesaikaan masalah yang ada.
Kalau RASULULLAH SAW dan PARA SAHABAT berkorban setiap tahun mengapa tidak kita kalau benar kita sayangkan Baginda. Mari kita semua berazam untuk melaksana ibadah korban 1 keluarga 1 bahagian tanda kasih sayang kita pada RASULULLAH SWT. Semakin sukar kita mendapat sumber kewangan untuk ibadah korban semakin tinggi nilai pengorbanan kita di sisi ALLAH SWT dan semakin tinggi makam ibadah yang kita laksanakan.
Nota : Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat pesanan korban yang banyak adalah disyorkan sebahagiannya dilaksanakan di Kemboja melalui eQurban.com.
52 Comments
info yg mnarik….mohon share yee..:)
Curahan rasa amie7834 @ ..Tips menaikkan Berat Badan Secara Sihat
tq… mohon utk share
Curahan rasa IsuPanas @ ..Tunaikan Ibadah Korban Dengan Mudah
saya tengah nak update pasal program ihya kat Bangi hari tu..saya nak confirmkan DH ni salah satu manager equrban ke mcm mana ye?
Curahan rasa chekgu naman @ ..Pabila Yuna Cover Lagu Come As You Are (Nirvana)
wahhh best! rasa ingin copy =p
Sila kongsikan dengan seberapa ramai yg boleh
INgat nak copy entri ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Hantu Bonceng
sme lah kitew…
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
bro Denaihati,
mohon copy & paste entri ni untuk dikongsikan boleh?
Curahan rasa blackrosehunter @ ..Blackrosehunter’s 1st Giveaway [sticky]
copy paste aje ke entry ni?? ke nak kena buat entri lain tapi berkaitan?? hahha..
Curahan rasa yusenze @ ..Mengenali Kawan Biasa atau Teman Istimewa
Dah siap entri promosi eQurban..
kopipes pon lambat.. hahha..
Curahan rasa yusenze @ ..Pesanan Ibadah Korban Secara Online
hehe….
Curahan rasa amie7834 @ ..Membenarkan Atau Mendustakan Perkara Baik
mintak izin dr tuan blog tu benarkan saya kopipes entry ni dan dipublishkan di blog carca-marba.blogspot.com yer. thanks in advance
Curahan rasa penyubiru @ ..(Leaked Photo) Tablet Terbaru Dari Samsung
Terima kasih dan harap lebih ramai blogger lain sudi kongsikan entri.
Boleh copy & paste lah ni
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Link Download Hantu Bonceng
dah buat entri dan dah email
Curahan rasa Sya Isya @ ..VIDEO PRA PERKAHWINAN NABIL DAN NAZIRA: SAVE THE DATE
Assalamualaikum bro,
Cilok Entri 100% nak letak kat Blog ek..moga dapat dikongsikan dengan semua orang
Curahan rasa JAI @ ..Contest Banner Eyriqazz.Com
salam… saya lihat equrban ni pejabatnya dekat bangi.. dekat jugak laa dengan rumah saya.. boleh tak kalau saya pergi terus ke seksyen 8 tu untuk detail dan tempahan dan bayaran?
Curahan rasa KiD @ ..Gambar Bayi Tepi Tong Sampah
Boleh juga terus ke pejabat tu.
Curahan rasa denaihati @ ..Malaysia Top 10 Blog Pagerank 4 – 5
Oh Zakat pon Online ? xtahu plak. sbb stahun skali je kan byr. tp dah tahu ni lebih mudah la. thanks
Curahan rasa shah blogger @ ..Template Seo Blogger
dah wat entri dan email pun dah send…terima kasih
Curahan rasa manmala @ ..Pesanan Korban Secara Online
Comments are closed.