Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya baru-baru ni telah berlangsung majlis pelancaran “The Influencer“, satu rancangan realiti baru yang memaparkan beberapa personaliti online paling berpengaruh di Malaysia dalam pelbagai bidang daripada gaya hidup, fesyen, kecantikan, makanan dan juga teknologi.
The Influencer merupakan idea pengasas PersonEdge Sdn Bhd, Choo Mei Sze bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lowyat MSC, Vijandren Ramadass dan dengan kerjasama Nokia Malaysia. Maka lahirlah rancangan yang bertujuan untuk membina dan menunjukkan kredibiliti serta kepentingan peranan personaliti online yang ada di Malaysia.
Siri “The Influencer” ini akan disiarkan di laman web Lowyat.TV bermula dari 6 Disember 2013 (Jumaat). Melalui rancangan ini, kita akan dapat lihat 10 personaliti online bertarung dalam 6 cabaran untuk merebut title “The Influencer” dan juga hadiah-hadiah menarik. Setiap episod akan memaparkan personaliti yang terlibat dalam cabaran yang mempunyai tema tertentu.
10 peserta yang akan bertanding dalam “The Influencer” ialah Cheeserland, Vernon Chan, Ben Ashaari, Sunshine Kelly, Rebecca Saw, Ami Schaheera, Karen Kho, Jacklyn Gan, Ah Bok dan Chriz Ooi. Ben Ashaari tak perlu diperkenalkan lagi antara Blogger Melayu yang paling terkenal. Vernon Chan dan Rebecca Saw memang biasa jumpa di berbagai majlis pelancaran produk tetapi yang lain memang tak berapa biasa sangat berjumpa.
Peserta akan menggunakan gadget baru Nokia Lumia 1520, smartphone terkini Nokia bersaiz 6-inci dengan kamera 20 Megapixel. Mereka merupakan antara orang pertama di Malaysia yang menggunakan gadget terkini Nokia Lumia 1520 bagi memperkasakan diri mereka dalam 6 cabaran berbeza yang akan mereka tempuhi iaitu teknologi, kecantikan, makanan, kesihatan, fesyen dan pelancongan. Teringat pulak ketika Denaihati bersama 7 Blogger Malaysia dan Singapore berentap untuk memperkenalkan ultrabook Toshiba pada awal 2012. Cabaran Ultrabook Toshiba 2012 yang telah memaparkan wajah sebenar Denaihati yang sebelum itu menjadi rahsia.
Rancangan “The Influencer” akan disiarkan secara online di laman web Lowyat.TV pada setiap hari Jumaat bermula 6 Disember 2013. Ingat tarikh tu! Jangan ketinggalan untuk menonton rancangan menarik ni. Rasa-rasa, siapa agaknya personaliti online yang akan dinobatkan sebagai THE INFLUENCER? Sama-sama kita tengok nanti.
2014 siapa tahu mungkin Shakiddo yang akan tersenarai … tiada yang mustahil. Pada anda siapakah personaliti online yang paling berpengaruh di Malaysia selain daripada yang tersenarai di atas?
No related posts.
91 Comments
hebat!! apakah sehebat produknya nanti.will see
Salam sukses untuk the Influencer Malaysia dari blogger Indonesia yang suka menggelitik dunia dan berbagi dengan orang-orang yang mendaki menuju kesuksesan. Good luck, guys …
Curahan rasa Muhammad Nurman @ ..Career Opportunities Not To Tickle Your Fancy
Murah rezeki abam Ben kita.. hokhok
Bam bam Anarm, tak mau join sekali ke jadi retis personaliti berpengaruh 😛
Curahan rasa Syahril Hafiz @ ..(Parody) Sindrom Oppa Gangnam Style Rakyat Malaysia
wahhh.. hari ni lahhh… nak tengok lahhh
Curahan rasa cik amal @ ..Rakyat Malaysia part 2
Wow…hebat mereka ini bertarung dalam segmen “The Influencer”. Selamat berjuang…
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Icon Bisnes Online Pilihan Kamil Salleh
wann tahniah abam Ben jadi The Influencer!
Curahan rasa eyra @ ..Solo Trip: Kuching, Sarawak
I mean, salah sorang calon hahaha
Curahan rasa eyra @ ..Solo Trip: Pattaya, Thailand
Program tv yang sangat bagus dan menginspirasi terutama buat kita2 yang jadi blogger. Insya allah saya akan nonton juga. Paasti seru dan mendebarkan …
Curahan rasa Rina @ ..Create MySQLi & PHP To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database Table
Semua yang terhebat berentap. Nanti boleh tengok siapa akan jadi juara.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest SEO Eridy
Kita lihat siapa juara utk julung kali rancangan ini dipertandingkan dgn menggunakan gadget terbaru keluaran NOKIA.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Icon Bisnes Online Pilihan Kamil Salleh
seronok bila tengok blogger2 hebat macam ni. boleh buat inspirasi. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
teringin nak jadi blogger sukses juga. kena banyak belajar lagi ni 🙂
Curahan rasa Hanipah Ghazali @ ..Penangan ESP..
Betul tu. Kena belajar secara berterusan.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Contest SEO Eridy
semoga yang terbaik menang…!!!
Curahan rasa papa mifz @ ..Batal Jika Banjir Berlarutan
Nampaknya…. Nisbah blogger MELAYU dan CINA memang agak ketara jumlahnya…. diharapkan tahun 2014 situasi akan berubah hendaknya
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..HAZMAN vs FOOD – TAT NASI AYAM Stadium Bukit Jalil
Terbaik…blogger pun ada , lagi elok bro Denaihati join sekali nanti baru meriah 🙂
Curahan rasa wazy @ ..Hello world!
wah senang sekali menjadi blogger sukses, semoga tambah sukses ya
Curahan rasa obat jantung alami @ ..Obat Diabetes Alami Xamthone Plus
Comments are closed.