Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, bertempat di Hotel Hilton Petaling Jaya baru-baru ni telah berlangsung majlis pelancaran “The Influencer“, satu rancangan realiti baru yang memaparkan beberapa personaliti online paling berpengaruh di Malaysia dalam pelbagai bidang daripada gaya hidup, fesyen, kecantikan, makanan dan juga teknologi.
The Influencer merupakan idea pengasas PersonEdge Sdn Bhd, Choo Mei Sze bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lowyat MSC, Vijandren Ramadass dan dengan kerjasama Nokia Malaysia. Maka lahirlah rancangan yang bertujuan untuk membina dan menunjukkan kredibiliti serta kepentingan peranan personaliti online yang ada di Malaysia.
Siri “The Influencer” ini akan disiarkan di laman web Lowyat.TV bermula dari 6 Disember 2013 (Jumaat). Melalui rancangan ini, kita akan dapat lihat 10 personaliti online bertarung dalam 6 cabaran untuk merebut title “The Influencer” dan juga hadiah-hadiah menarik. Setiap episod akan memaparkan personaliti yang terlibat dalam cabaran yang mempunyai tema tertentu.
10 peserta yang akan bertanding dalam “The Influencer” ialah Cheeserland, Vernon Chan, Ben Ashaari, Sunshine Kelly, Rebecca Saw, Ami Schaheera, Karen Kho, Jacklyn Gan, Ah Bok dan Chriz Ooi. Ben Ashaari tak perlu diperkenalkan lagi antara Blogger Melayu yang paling terkenal. Vernon Chan dan Rebecca Saw memang biasa jumpa di berbagai majlis pelancaran produk tetapi yang lain memang tak berapa biasa sangat berjumpa.
Peserta akan menggunakan gadget baru Nokia Lumia 1520, smartphone terkini Nokia bersaiz 6-inci dengan kamera 20 Megapixel. Mereka merupakan antara orang pertama di Malaysia yang menggunakan gadget terkini Nokia Lumia 1520 bagi memperkasakan diri mereka dalam 6 cabaran berbeza yang akan mereka tempuhi iaitu teknologi, kecantikan, makanan, kesihatan, fesyen dan pelancongan. Teringat pulak ketika Denaihati bersama 7 Blogger Malaysia dan Singapore berentap untuk memperkenalkan ultrabook Toshiba pada awal 2012. Cabaran Ultrabook Toshiba 2012 yang telah memaparkan wajah sebenar Denaihati yang sebelum itu menjadi rahsia.
Rancangan “The Influencer” akan disiarkan secara online di laman web Lowyat.TV pada setiap hari Jumaat bermula 6 Disember 2013. Ingat tarikh tu! Jangan ketinggalan untuk menonton rancangan menarik ni. Rasa-rasa, siapa agaknya personaliti online yang akan dinobatkan sebagai THE INFLUENCER? Sama-sama kita tengok nanti.
2014 siapa tahu mungkin Shakiddo yang akan tersenarai … tiada yang mustahil. Pada anda siapakah personaliti online yang paling berpengaruh di Malaysia selain daripada yang tersenarai di atas?
No related posts.
91 Comments
Wow…dahsyatnya..
Tuan blogger pun dikira individu berpengaruh di dunia blog jugalah yer
Curahan rasa Mohd Azrin bin Abu Bakar @ ..Pengalaman Ketika Anak Mengalami Simptom Kecederaan Di Kepala
Hebat juga penangan personaliti online ni. Hebat Tn. Denaihati terlibat juga sebelum ni 🙂
bagus gak kalau ada program tuk blogger2
Curahan rasa encikarman @ ..Gambar Mitsubishi Attrage 2013
personaliti yang power2 nih. thumbs up.
Patut aku tersedak sedak kejap.. anarm pun boleh influencer.. tapi task mereka, kena tengok jugak.. macam-macam laaaa.. =)
Curahan rasa KiD @ ..RM11,000 dengan Nuffnang
Nama-nama hebat semua ni, Ben Ashaari memang tak dapat dinafikan kehebatannya. Siapa yang akan menang yea… Best ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya
Hensem dan macho giler Ben, jeles aku!
Betul tu. Ada harapan Ben boleh menang tu.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya
..bilalah agaknya > dapat gak masuk pertandingan The Influencer
Curahan rasa kie @ ..Win A Ducati Monster Superbike
profesi pemain online memang menjanjikan
Curahan rasa sne indonesia @ ..Cara Putihkan Alami
Saya Follower baru DH nie. saya amt tertarik dgn Artikel2 dlm web Tuan DH. Saya rase jika tuan rumah DH ni join saya akn pstikan saya sokong and undi Tuan DH ni.. Tkpe thn dpn join ye..
Curahan rasa June @ ..Gejala Awal Masalah Hati ‘Hati Berlemak,Bengkak Hati,Sirosis Hati,Barah Hati & Hepatitis’
Saya amt berminat dgn Artikel2 Tuan rumah DH nie. Kalo tuan join mesti ramai follower.. Blh mng tu..
Bro, tak masuk ker? Rasanya pengikut ramai dan ada peluang wehh..
Curahan rasa Ismail N @ ..Kopi Bancuh Dan Espresso
Itulah. Mungkin tahun depan? insyaAllah…kami sokong!
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri 5:Ambil Kesempatan Blogger November!
bila plak DH boleh masuk ni?
Curahan rasa encikarman @ ..Sushi bahaya kepada jantung
Mula2 sebelum baca, ingatkan ada…rupanya takde…mungkin tahun depan?
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri 5:Ambil Kesempatan Blogger November!
Betul tu. Nak tunggu bro DH join juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Punca Rambut Gugur dan Cara Merawatnya
woowwww…dah ada rancangan realiti utk para selebriti online ye… dah mcm rancangan masterchef, akademi fantasia.. tp kenapa tak di tontonkan di televisyen ye… apa2 pun semoga berjaya untuk semua yg bertanding….
Curahan rasa zie fauzi @ ..Projek Rahsia Dua Beradik
vote for Ben…
p/s: patutnya ramai lagi blogger yg layak tuh
Curahan rasa encikarman @ ..Kalau duit tak cukup, apa-apa pun jadi
Ben mmg antara yg terbaik! Moga dia berjaya!
Curahan rasa hafizmd @ ..Siri 5:Ambil Kesempatan Blogger November!
Comments are closed.