Perlu Ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Kali ini Ariffshah sekali lagi membawa tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….

Saya tertarik dengan artikel terbaru di ProBlogger.net bertajuk How Often Should You Blog. Ada kebenaran di sebalik entri tersebut. Mari kita bincangkan sedikit tentang topik ini.

 Kerap Update Blog

Kebaikan update blog dengan kerap:

  • Efek yang sangat positif kepada SEO. Blogger baru sangatlah digalakkan untuk mengemaskini blog sekurang-kurangnya sekali sehari supaya trafik dan bot/spider dari search engine boleh masuk dan index blog anda. Dua blog yang saya nampak sendiri berjaya dengan teknik ini adalah blog Abang EnsemSweetKurma dan of course blog saya sendiri 😛
  • Trafik banyak masuk. Yang ni khas untuk blogger yang ada platform income yang sesuai. Apa yang saya maksudkan dengan platform income ini ialah kalau ada kempen iklan CPM/Buffered Earning tengah jalan kat blog. Contoh blogger yang berjaya dengan teknik ini adalah Kid dan Eyriqazz.
  • Dapat meningkatkan bilangan pembaca dengan cepat. Asalkan apa yang ditulis kena dengan selera pembaca, cara ni memang efektif untuk menambahkan bilangan pembaca setia blog anda dengan cepat.

Secara peribadi, saya kurang berminat dengan teknik update terlalu kerap kerana:

  • Kekurangan idea. Nak update dengan kerap ni kena ada banyak idea, terutamanya kalau pembaca di blog anda sukakan pembacaan yang ada input dan mungkin sedikit berilmiah. You have to respect that.
  • Kekurangan masa. Sebab dah bekerja sekarang, saya hanya mempunyai masa selepas kerja untuk update blog.

Jarang Update Blog

Okay. Bagaimana pula dengan mereka yang jarang update blog? Jangan ingat kalau jarang update blog adalah sesuatu yang tak bagus. Kadang-kadang, ada manfaatnya juga.

  • No stress. Mereka yang kurang kerap update blog ni boleh ikut kelapangan mereka sendiri. Tiada gesaan, tiada bebanan. Dengan itu, penulisan yang lebih berkualiti dapat dihasilkan.
  • Penulisan berkualiti. Bandingkan kerja yang dilakukan dalam masa yang singkat dengan sesuatu yang dilakukan dalam masa yang mencukupi. Pastilah entri yang ditulis dalam masa yang cukup itu lebih berkualiti kan?
  • Orang sempat baca ke? Anda kena ingat, bukan semua pembaca anda mempunyai masa yang lapang seperti anda untuk membaca setiap update yang dikeluarkan (sekiranya terlalu kerap). Akhirnya nanti, ada update yang tak sempat dibaca oleh sesetengah orang sebab terlalu banyak dan ini merugikan anda kerana update tadi tak mendapat bilangan pembaca yang sepatutnya anda dapat.

Cuma sebelum anda membuat keputusan untuk mengurangkan bilangan kemaskini blog yang dilakukan, anda perlu mengambilkira kesan sekiranya negatif daripadanya:

  • Kurang income. Kurang update, kurang orang baca dan kurang income.
  • Malas. Kalau dah lama tak update blog, lama-lama anda sendiri akan berasa malas nak update dan akhirnya berhenti terus menulis.
  • Kehilangan pembaca. Ada pembaca yang suka membaca kemaskini blog terbaru daripada anda. Jadi bila dah kurang update, mereka semakin jarang masuk blog anda dan akhirnya blog anda akan dilupakan terus.

Jadi itulah sedikit sebanyak huraian yang dapat saya berikan dalam entri ini. Harap dapat membantu blogger di luar sana untuk membuat keputusan tentang arah blog anda dan kekerapan blog anda dikemaskini.

Entri ini akan diletakkan di dalam eBook terbaru saya dan akan dihuraikan dengan lebih mendalam lagi.


Spread the love

271 Comments

  1. salam..
    kerapan mengupdated blog boleh mempengaruhi trafik masuk
    kalau pada blog saya..kalau saya boleh maintain 2 entry sehari
    dalam 3,000 lebih masuk sehari..tapi itu dulu bila blog di carian
    depan SERP..sekarang dah kena penalty gamaknya dengan Google, updated 2 entry dah tak seperti dulu, nak maintain 1,500
    pun dah susah, jadi sekadar updated agar ada cerita baru je
    Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Dapat Kad Raya Dari PM NajibMy Profile

  2. salam…

    kekerapan update blog nih pada pendapat saya bergantung kepada niche blog…jika niche blog yang bersifat teknikal mungkin sukar even nak update setiap hari satu entri…bagi saya klu bleh dapat seminggu 2 atau 3 entri pun dah cukup ok….

    bagi saya klu blog entri kita unik dan berkualiti itu pun dah bagus….sebab dapat tarik lebih banyak organic traffic dari search engine…..jgn lupa juga mengenai keywords density dalam entri kita…klu blog yang pasang google adsense keywords density perlu diberi perhatian jika hendak dapat relevant ads dlm blog…

    sekian pendapat dari saya….
    Curahan rasa zainal @ ..Cut Movie File With Free Video CutterMy Profile

  3. Pada pendapat saya, mengemaskini belog sekerap mungkin tetapi menulis dengan kreatif dan menarik perhatian merupakan pendekatan terbaik yang perlu diambil oleh si penulis belog.

    Sebelum menulis kita perlulah menetapkan golongan sasaran pembaca yang kita kehendaki. Selepas itu menyusun ayat berdasarkan target audiens yang telah kita buat. Kalau boleh kurangkanlah segala patah perkataan yang kurang menarik untuk mengelakkan pembaca daripada bosan dan membaca separuh jalan.

    Paling bagus sekiranya kita mampu menghantar belog baru sebanyak dua kali sehari ataupun paling kurang sehari sekali (‘seperti anda memakan ubat’) tetapi dengan memastikan bahan yang ditulis adalah menarik, memberi inspirasi dan paling penting ia mestilah lahir dari hati kita. Ingatlah belog yang berjaya ialah bila mana bahan yang ditulis mampu menyentuh emosi pembaca meskipun cuma seorang!
    Curahan rasa Mama Murai @ ..Alexa ranking bukan penentu populariti blogMy Profile

  4. Salam Lebaran buat AriffShah dan Team Denaihati. Sesungguhnya artikel ini benar memberi menfaat terutamanya dalam menentukan hala tuju blog dan web masing2. Jika kupasan dengan lebih terperinci dilakukan (seperti dalam ebook Ariff) sekurangnya dapat memberikan inspirasi dan idea dalam menentukan strategi dan skedul penulisan tidak kiralah niche blog.

    Tidak dinafikan ada pro dan cons dalam update posting mengikut masa tertentu. Adalah lebih afdal untuk menentukan skedul harian penulis masing2 sebelum menentukan kapasiti post yang bakal dijalankan. Samada untuk menjana income atau ingin berkongsi pengalaman dan penulisan, pentingnya informasi disampaikan dapat di manfaat oleh pembaca.

    Semoga dengan adanya kepelbagaian rujukan sebegini dapat memberikan inspirasi kepada pemilik-pemilik blog.
    Curahan rasa irsah @ ..Pengurus Pemilik Blog OhBulan Tolak Saman 1 Juta?My Profile

    1. Dapat masukan berharga nih bang jika suatu saat kita memutuskan menjadi full time blogger, sekarang masih jadi blogger serabutan saya mah kadang terlalu rajin update kadang juga malah seminggu nggak pernah update
      Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk SehatMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!