Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Kali ini Ariffshah sekali lagi membawa tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….
Saya tertarik dengan artikel terbaru di ProBlogger.net bertajuk How Often Should You Blog. Ada kebenaran di sebalik entri tersebut. Mari kita bincangkan sedikit tentang topik ini.
Kerap Update Blog
Kebaikan update blog dengan kerap:
- Efek yang sangat positif kepada SEO. Blogger baru sangatlah digalakkan untuk mengemaskini blog sekurang-kurangnya sekali sehari supaya trafik dan bot/spider dari search engine boleh masuk dan index blog anda. Dua blog yang saya nampak sendiri berjaya dengan teknik ini adalah blog Abang Ensem, SweetKurma dan of course blog saya sendiri 😛
- Trafik banyak masuk. Yang ni khas untuk blogger yang ada platform income yang sesuai. Apa yang saya maksudkan dengan platform income ini ialah kalau ada kempen iklan CPM/Buffered Earning tengah jalan kat blog. Contoh blogger yang berjaya dengan teknik ini adalah Kid dan Eyriqazz.
- Dapat meningkatkan bilangan pembaca dengan cepat. Asalkan apa yang ditulis kena dengan selera pembaca, cara ni memang efektif untuk menambahkan bilangan pembaca setia blog anda dengan cepat.
Secara peribadi, saya kurang berminat dengan teknik update terlalu kerap kerana:
- Kekurangan idea. Nak update dengan kerap ni kena ada banyak idea, terutamanya kalau pembaca di blog anda sukakan pembacaan yang ada input dan mungkin sedikit berilmiah. You have to respect that.
- Kekurangan masa. Sebab dah bekerja sekarang, saya hanya mempunyai masa selepas kerja untuk update blog.
Jarang Update Blog
Okay. Bagaimana pula dengan mereka yang jarang update blog? Jangan ingat kalau jarang update blog adalah sesuatu yang tak bagus. Kadang-kadang, ada manfaatnya juga.
- No stress. Mereka yang kurang kerap update blog ni boleh ikut kelapangan mereka sendiri. Tiada gesaan, tiada bebanan. Dengan itu, penulisan yang lebih berkualiti dapat dihasilkan.
- Penulisan berkualiti. Bandingkan kerja yang dilakukan dalam masa yang singkat dengan sesuatu yang dilakukan dalam masa yang mencukupi. Pastilah entri yang ditulis dalam masa yang cukup itu lebih berkualiti kan?
- Orang sempat baca ke? Anda kena ingat, bukan semua pembaca anda mempunyai masa yang lapang seperti anda untuk membaca setiap update yang dikeluarkan (sekiranya terlalu kerap). Akhirnya nanti, ada update yang tak sempat dibaca oleh sesetengah orang sebab terlalu banyak dan ini merugikan anda kerana update tadi tak mendapat bilangan pembaca yang sepatutnya anda dapat.
Cuma sebelum anda membuat keputusan untuk mengurangkan bilangan kemaskini blog yang dilakukan, anda perlu mengambilkira kesan sekiranya negatif daripadanya:
- Kurang income. Kurang update, kurang orang baca dan kurang income.
- Malas. Kalau dah lama tak update blog, lama-lama anda sendiri akan berasa malas nak update dan akhirnya berhenti terus menulis.
- Kehilangan pembaca. Ada pembaca yang suka membaca kemaskini blog terbaru daripada anda. Jadi bila dah kurang update, mereka semakin jarang masuk blog anda dan akhirnya blog anda akan dilupakan terus.
Jadi itulah sedikit sebanyak huraian yang dapat saya berikan dalam entri ini. Harap dapat membantu blogger di luar sana untuk membuat keputusan tentang arah blog anda dan kekerapan blog anda dikemaskini.
Entri ini akan diletakkan di dalam eBook terbaru saya dan akan dihuraikan dengan lebih mendalam lagi.
271 Comments
DH-terpulang pada tuan blogger sendiri..selalunya kalau trafik tinggi rajin post blog sampai satu hari 3 atau 4 post artikel..sebaliknya blogger sendiri yang tahu strategi untuk berblogging…
Masih mencari idea utk update terbaru.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri-Pantun Syawal
itulah yang saya praktikkan…tapi masalah utamanya ialah idea atau tajuk entry yang hendak di buat tu…kena ambil masa nak fikir kannya kerana kekadang tu terputus idea…itulah penyebab kenapa ramai tak update blog ..
Curahan rasa Syarih @ ..Kereta Persona Tukar Timing Belt – Dah Cukup Masa Dah.
saya masih baru. Cuba untuk menulis blog setiap hari bagi menaikkan traffik. Terima kasih diatas tips dan review yang bagus. Banyk lagi benda kene belajar dari otai-otai yang lain
Curahan rasa saupz @ ..Kelakar giler.. Selamat Hari Raya
saya masih baru. Cuba untuk menulis blog setiap hari bagi menaikkan traffik. Terima kasih diatas tips dan review yang bagus.
kalo dh x der idea..elakkan copy paste pula..salah satu nk dpt idea pi bercuti la..hehe
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Kelebihan Verify Semua Langkah Google Webmaster
Ada yg kerap update belog tapi saya suka sbb contentnya menghiburkan n bersahaja tapi ada yg update belog seolah2 update fb.. lepaskan batuk di tangga..itu saya tak berapa suka nak baca .. n saya pun akan hadkan masuk belog tue sekali je sehari walau dia update 5 kali sehari…
Masalah idea ni kdg-2 melanda blogger otai gak… Tapi macam aku, blogger tepian longkang yg x berapa otai… Kena la rajin-rajin bukak laman web berita…
Curahan rasa eXception @ ..Bermesra Dengan Bini Sendiri Kini Menjadi Satu Dosa?
kekadang takde idea entry blog, boleh buat lawak merapu dengan rakan blogger.. hehehehe
Curahan rasa KiD @ ..Tangisan di Hari Raya Keempat
seminggu sekali pun kira cantik dah tu..tu pun kalau ada masa, kalau tak sebulan 3 kali pun kira ok la kot…
ahhaaa.. patut laah tersedak jap kat sini.. hehehe.. actually, memang betul kata DH tu.. sekali atau dua kali sehari pun dah okay.. melainkan kalau ada ‘killer’ entry yang perlu dibuat pada hari tersebut.. macam DH dengan game arsenal nya..
Curahan rasa KiD @ ..Belanja Sakan Sebelum Raya
Betul jugak tu, entri ttg bolasepak pasti byk idea.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri-Pantun Syawal
Kadang2 terlalu kerap update pun tak elok jugak, byk entri yg kita buat tidak dibaca oleh para pembaca.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri-Pantun Syawal
bila lama tak update memang kalau nak update balik memang rasa malas. raya punya hal. haha.
Curahan rasa khairil @ ..LAWAK! Pertandingan Mencari Orang Paling Malas Di Dunia
Bagus entri ini utk dikupas, memberi para blogger berfikir sejenak, le arah mana perlu di ikuti, kerap update atau sekali sekala?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri-Pantun Syawal
nak update tp kadang2 tu ada perasaan malas.. susah gak..
Curahan rasa shera @ ..Duit raya terkumpul
Belum cukup tegar untuk “update” sekerap yang mungkin. Pada saya, kalau boleh konsisten “update” sekali sehari sudah memadai..
Curahan rasa anif @ ..Samsung Galaxy Beam – RM1599
Comments are closed.