Perkara yang kita patut ambil tahu tentang anak lelaki – Dr Redza

Spread the love

Perkongsian daripada Dr Redza Zainol tentang perkara yang kita patut tahu tentang anak lelaki:

1. Otak anak lelaki cenderung untuk melakukan sesuatu (action oriented). Kalau ada masalah, mereka suka untuk cuba selesaikan.

2. Untuk memahami dan berkongsi perasaan sendiri dengan orang lain adalah tak mudah untuk anak lelaki. Jadi hargailah bila anak lelaki berkongsi rasa dengan kalian.

3. Kita kena sayang anak lelaki sebanyak mana kita sayang pada anak perempuan. Hanya kerana mereka lelaki, tak bermakna mereka tak perlukan kasih sayang yang banyak.

4. Didik anak lelaki untuk dia urus konflik dengan tutur kata yang halus dan beradab. Bukan dengan serangan perkataan yang kasar, mengugut atau menggunakan kekerasan.

5. Anak lelaki perlu diberi masa dan ruang untuk:

  • berlari
  • memanjat
  • melompat
  • melakukan aktiviti fizikal lain

6. Anak lelaki perlu diberi perhatian untuk mengasah kemahiran otot halus (fine motor) seperti menggunting, bermain playdough, memegang pensel dan melukis.

7. Anak lelaki suka jika mak ayah bacakan mereka buku cerita terutama dari usia 1 – 8 tahun. Mereka suka bila kita terangkan proses yang berlaku di sekeliling mereka.

8. Anak lelaki kadang-kadang buat keputusan terburu-buru. Kongsikan dengan mereka pilihan yang ada serta cara mengurus cabaran dalam hidup. Berani menghadapi ujian dan bukan lari dari masalah.

Telegram


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!