Bila diuji teruk dengan masalah tiada siapa dapat bantu, ini yang perlu kita lakukan…

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

“Orang Islam sepatutnya menjadi manusia yang paling berjaya di dunia berbanding orang lain kerana kita sudah dijanjikan dengan berbagai jalan untuk menjadi manusia yang berjaya.”

Masih terngiang-ngiang syarahan ustaz di sebuah masjid yang kami singgah solat berjemaah maghrib beberapa minggu lepas.

Apabila kalian diuji masalah bagai tiada sahabat dan keluarga yang sudi membantu maka

1. Berbicaralah dengan ALLAH setiap 2/3 malam kerana ketika itu Yang Maha Penyayang berada paling hampir dengan kita.

2. Kalau masih belum didengar bicara itu mungkin kerana dosa kita yang banyak maka bermunajatlah pada hari Jumaat kerana ada satu waktu di hari Jumaat dimana doakan kita akan dimakbulkan.

3. Kalau masih belum tercapai hajat mungkin kerana dosa yang lama maka bersedekahlah setiap hari dan niatkan semuga ALLAH selesaikan urusan yang masih membelenggu dan gandakan sedekah itu pada hari Jumaat.

4. Kalau masih juga belum didengar rintihan hati kita mungkin kurang yakinnya kita dengan janji ALLAH maka pergilah bermusafir dan titipkan doa disetiap langkah kalian.

5. Kalau masih juga tidak selesai urusan dunia yang menyebabkan kita tidak karuan panjangkan musafir kalian ke tempat paling mustajab berdoa iaitu multazam. Lekatkan tubuh kalian di dinding dan menangislah sepuas-puasnya merendah diri memohon ampun dan hajat kepada ALLAH yang Maha Esa.

6. Kalau masih juga tidak diterima rintihan hati bukan bermakna ALLAH tidak sayang pada kita tapi mungkin rukun Islam kita belum sempurna maka pergi menadah tangan di bumi Arafah ketika langit terbuka seluas-luasnya pada hari Arafah. Mintalah apa yang diinginkan samada untuk hal dunia juga untuk kehidupan akhirat kerana janji Allah apabila berdoa ketika wukuf, tiada satu doa kalian yang tidak dimakbulkan melainkan memang doa itu lebih sesuai nanti di Syurga.

Ustaz nasihatkan jemaah, jangan pernah putus asa untuk meminta dari Maha Kuasa kerana ALLAH sedang melihat kesungguhan kita berusaha sebagaimana usaha Rasulullah SAW. walaupun sudah dijanjikan Syurga.

Tahap mana usaha kalian ketika hati sudah putus asa mengharap bantuan dari Yang Maha Memberi?

Mengambil berkat hari Jumaat ini jom kongsikan satu doa kalian untuk sama-sama kita saling mendoakan semuga doa kita di bumi di dengar di langit nan luas oleh ALLAH SWT.

Amir Hassan
Baru nak start @ t.me/DenaihatiNetwork


Spread the love

2 Comments

  1. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha mengetahui segala2nya..tiada kata yg dpt d ungkap saat ini..hnya memohon keampunan dan pertolongan dr Allah..semoga kta semua d permudahkan dlm apa jua urusan..Allah sdh berjanji..d setiap kepayahan pasti akn ada kebahagiaan yg menanti..In sha Allah..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!