Dah hujung tahun ni, azam nak kurus dah tercapai?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah hujung tahun ini, siapa lagi yang masih tak kurus-kurus lagi? Tentu ada sahaja yang masih belum kurus walaupun sudah menyimpan azam dari awal tahun lagi. Eh, tapi simpan azam sahaja tanpa usaha pun tak guna juga.

Bila nak cakap pasal kuruskan badan serta miliki badan yang ideal ini tentu sahaja ramai yang menginginkannya. Tapi ramai yang nak jalan yang mudah dan cepat. Kalau bab-bab jaga makan dan juga bersenam ini kalau boleh tak nak dan rasa terbeban.

Tak nak jaga makan, atau bersenam, ada cara lain ke nak kuruskan badan? Tentu sahaja ADA.

Ketawa

Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Ketawa 100 kali bersamaan dengan 15 minit senam berbasikal. Ketawa selama 10 minit hingga 15 minit boleh membakar banyak kalori. Ketawa selama 20 minit juga membantu membakar kalori sama dengan berlari sejauh 1.5 kilometer.

Selain itu juga, ketawa pun boleh kurangkan stress dan hasilkan hormon gembira. Mungkin ada yang tidak percaya dengan kenyataan ini tetapi, tidak salah untuk kita mencuba dan merasa sendiri nikmat ketawa itu.

Memasak

Jangan terkejut! Memasak pun sangat baik untuk buang kalori. Rajinkan diri untuk ke dapur kalau nak kuruskan badan anda itu. Nak siapkan bahan memasak pun boleh bakar 128 kalori. Itu belum lagi kalau pergi beli bahan di pasar. Agak-agak berapa banyak yang terbakar.

Pergi gym

Jika anda malas nak keluar, anda boleh sahaja pergi ke gym. Dengan pergi ke gym selama 15 minit dah boleh bantu anda buang 107 kalori. Tapi, adalah digalakkan untuk ke gym selama 30 minit sehari.

Berdiri

Berdiri selama 30 – 40 minit boleh bantu anda untuk membakar 1000 kalori. Kalau nak hilang penat berdiri bolehlah anda dengar muzik, membaca artikel dan chatting.

Bersihkan bilik mandi

Memberishkan rumah juga salah satu cara mudah untuk anda bakar kalori anda. Bilik mandi adalah kayu ukur betapa pembersihnya sesebuah keluarga itu. Jadinya, jangan lupa untuk sental segala kotoran, lumut dalam bilik mandi selama 20 minit sebab ia bantu bakar kalori anda.

Macam mana? Dah sedia nak kurus tahun depan? Kena azam macam brother ni Dulu 105kg baju saiz XXL, kini dah saiz M.


Spread the love

3 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!